Salam Kasih Dariku ;

Assalamualaikum & Salam Sejahtera. Terima Kasih byk2... Thanx a lot... Arigato... Gambsahabnida... sbb sudi singgah & belek2 dapurku ini. TERIMA KASIH & SELAMAT MENCUBE kepada yang sudi ingin mencube resepi2 yang ada di sini. Saya budak baru belajar. Hehehe... Mula ghairah & bersemangat dgn ape jua masakan sejak bergelar isteri & jadi surirumah. Sejak itu, setiap hari dok belek majalah2 resepi, internet & ape jua sumber utk mencari sesuatu yg menarik untuk dimasak & dijamu buat suami tercinta. Setiap hari jua cuba untuk belajar sesuatu yg baru. Tapi skang, berusaha untuk cube masak best2 sebab dah sibuk dgn kerja... Moga kalian dapat memberikan semangat & sokongan serta pandangan yg berguna buatku... Silalah FOLLOW, COMMENT & VOTE blog saya ini. Terima kasih daun kari... Lain kali dtg la cni lagi... hehe (~_^) Sebarang pandangan, bolehlah email saya di yayang.nasir@gmail.com atau pun YM : yayang2332. terima kasih.



Anda suke blog ini?

Pes Bawang, Ikan Kembung Asam Pedas, Sayur Pak Coi Goreng Ikan Masin

Friday, April 29, 2011
Assalamualaikum.... Alhamdulillah... kejap je dah penghujung April 2011. Begitu pantas masa berlalu. Ohh ye, sebelum tu, nak ucapkan tahniah kat adikku; Muhammad Zulfaqar Mohd Nasir sbb ditawarkan ke Kolej Matrikulasi Teknikal Johor selama setahun. "Adik, InsyaAllah ni permulaan utk masa depan adik. Dah dekat dah tu.. Buat yang terbaik sbb itu minat adik. Akak support dari belakang...k. All the best for ur future! Semoga impian nak jadi engineer tercapai. InsyaAllah..."

Well, semalam, aku xmasak. Ntahla... rasa malas pulak. Lagi2 en hubby xmau makan. Dia kan tgh on diet. Susah pulak aku sbb aku nak masak tuk diri sendiri, jgn harapla... Malam semalam, makan luar. Itupun sbb aku teringin Maggi Sup ngan Satay kat Restoran Agus, Taman U, JB tu.... Tapi, semalam aku rajin pulak nak buat pes bawang. Ni pun, sbb pk... kut2 rezeki kerja bulan Mei ni ada, takut malas plak nak kopek2 bawang. Dah buat pes, senang sket.. So, petang semalam menangis sendirian kopek bawang merah. Huhuhhu.. teringat kat hubby masa beli barang dapur kat pasar aritu. Uikhhhh cam nak kenduri je. Hehhee... beli bawang lebih sket... Beli kentang.... tu yang berat semacam je... Hehehe...

Harini aku tekad, (itupun sbb dah kene lecture ngan hubby semalam)...huhuhu, harini aku masak jugak. Hubby nak makan ke x, kita letak tepi. Yang penting, aku makan... Yela, aku pun xnak la susah kan hati en suamiku itu wp sebenarnya aku ok je...

So, harini aku masak Ikan Kembung Asam Pedas ngan Sayur Pak Coi Goreng Ikan Masin. Jomla kite tengok resepi2 kat bawah... Selamat menikmati la ye! ehhehe (*_^)

(1) Pes Bawang

Bahan2 :

  • 4 biji bawang besar
  • 4 labu bawang putih
  • 26 biji bawang merah @ 1 mangkuk
  • Minyak yang secukupnya untuk menggoreng

Cara2 :

  • Panaskan minyak di dalam kuali dengan api sederhana. Goreng semua bawang secara berasingan. Bawang merah & bawang besar goreng sehingga masak. Tidak perlu sehingga garing. Goreng bawang putih sehingga kekuning2an. Sejukkan sebentar. Kisar halus semua bahan bersama2 minyak gorengan & tambah jika tidak cukup. Kemudian, tumis semula semua bawang2 yang telah dikisar & tumis sehingga bawang2 tersebut masak. Setelah masak, tunggu sejuk baru masukkan ke dalam bekas & simpan ke dalam peti sejuk. InsyaAllah boleh tahan lama. Sedia digunakan bila2 masa diperlukan. Mudah digunakan untuk semua masakan yang memerlukan bawang2 sebagai bahan tumis. Selamat Mencuba!

(2) Ikan Kembung Asam Pedas

Bahan2 :

  • 1 ekor ikan kembung (belah 2) - hehehe resepi tuk makan ber2.
  • Beberapa helai daun kesum
  • 1 sb pes bawang (boleh juga guna 1 biji bawang merah, 2 ulas bawang putih)
  • 3 sb cili kisar
  • 1 sb air asam jawa
  • 1 sk serbuk lada hitam
  • 1/2 inci kunyit hidup (tumbuk)
  • 1/2 inci halia (tumbuk)
  • garam, gula secukupnya.
  • Minyak utk menumis & air secukupnya

Cara2 :

  • Panaskan minyak dengan api sederhana di dalam periuk. Tumis halia & kunyit. Masukkan pes bawang / bawang2. Tumis hingga naik bau. Masukkan cili kisar, serbuk lada hitam & tumis hingga pecah minyak. Masukkan air asam jawa. Masukkan ikan & kacau sebati. Masukkan air sehingga ikan tenggelam. Masukkan garam, gula secukupnya. Kacau & tutup periuk supaya ikan mudah masak. Apabila telah mendidih, rasa & tambah perasa jika perlu. Masukkan daun kesum & masak dalam 5 minit. Tutup api & boleh dihidang bersama nasi panas.

(3) Sayur Pak Coi Goreng Ikan Masin

Bahan2 :

  • 1 cekak Sawi Pak Coi
  • sedikit Ikan Masin Talang (guna ikan masin tenggiri pun boleh..)
  • 1 sb sos tiram
  • 1/2 sb pes bawang ( @ 1 biji bawang merah, 2 ulas bawang putih)
  • Sedikit minyak untuk menumis
  • Sedikit air

Cara2 :

  • Panaskan minyak. Goreng ikan masin. Masukkan pes bawang / bawang2. Tumis sehingga naik bau. Masukkan sos tiram, sedikit air & masukkan sayur. Goreng sehingga sayur layu sedikit. Sedia dihidang.

Ayam Panggang Masak Kari, Spicy Potato Fingers, Egg Benedict

Monday, April 25, 2011
Alhamdulillah... hari ni hubby off. So, ada la kawan kat umah. So, hubby balik pagi tadi (sbb keje shift malam) mmg ada bawak kuih tuk breakfast. Tapi, still aku buat jugak breakfast. Ala, buat Egg Benedict cam semalam. Tapi hari ni aku xbuang tepi roti, but still ok je. Then, tengahari tadi, teringin nak goreng kentang yang tinggal 2 tu je. Esok dah nak beli barang dapur.. So, on je la. Masak nasi 1 pot, buat lauk Ayam Panggang Masak Kari. Sedap gak... hehehhe... ni mmg resepi aku sendiri. Tak rasa pulak ade kat luar... hehhe Actually, aku menggunakan kreativiti sendiri gunakan barang2 yang ada kat dapur.

Okla, jom tengok resepi2 aku hari ini....

(1) Ayam Panggang Masak Kari

Bahan2 :

PERAP AYAM

  • 3 ketul ayam
  • 1 ulas bawang putih (tumbuk halus)
  • 1 sk ketumbar (sangai & kisar)
  • 1 sk jintan manis (sangai & kisar)
  • 1 sk blackpepper (sangai & kisar)
  • sedikit garam
  • sedikit secukup rasa
  • 1 sb sos tiram
  • 1 sk madu

  • 1/2 biji bawang besar (potong dadu)
  • 2 uals bawang putih (ketuk)
  • 1 inci halia (ketuk)
  • 3 sb serbuk kari (dibancuh dgn sedikit air)
  • 1 sb cili kisar
  • 1 keping asam gelugor
  • 1 sk secukup rasa
  • garam & gula secukupnya
  • 1 sk tepung jagung (dibancuh dengan sedikit air) @ boleh gantikan dengan 1/2 biji buah keras yang ditumbuk halus
  • Air secukupnya

    Cara2 :

  • Perap ayam dengan semua bahan perap selama 1 jam atau lebih. Aku perap 1/2 jam je sebab dah terlambat nak masak, kang kelaparan kami... ekekkkeke... tp, still sedap. Kemudian, setelah ayam diperap, panggang ayam menggunakan frying pan di atas api kecil. Letak sedikit minyak & panggang sehingga ayam masak. Kemudian, tumis bawang merah, putih, halia sehingga naik bau dengan menggunakan api sederhana. Masukkan cili kisar. Tumis sehingga cili masak. Masukkan bancuhan serbuk kari, tumis lebih kurang 2, 3 minit. Masukkan air, asam gelugor, garam, gula & perasa secukupnya. setelah mendidih, masukkan ayam yang telah dipanggang tadi. Masukkan bancuhan tepung jagung/ buah keras & tunggu sehingga kuah pekat & boleh dihidang bersama nasi panas.
  • Petua : asam keping perlu dikeluarkan setelah rasa yang diperlukan sudah cukup kerana kalau dibiarkan di dalam periuk, kuah akan semakin terasa asamnya.

(2) Spicy Potato Fingers

Bahan2 :

  • 2 biji kentang - dipotong panjang (jejari) & rebus sehingga empuk. Masukkan sedikit
  • garam & secukup rasa ketika merebus.
  • 5 sb tepung rangup *
  • 2 sk serbuk paprika *
  • 1 sk serbuk blackpepper *
  • 2 sk serbuk kari *
  • sedikit garam *
  • 1 sk secukup rasa *
  • Air secukupnya *

    Cara2 :

  • Bancuh semua bahan bertanda (*). Adunan tidak terlalu cair @ terlalu pekat. Masukkan kentang yang telah direbus ke dalam bancuhan tadi. Gaul dengan berhati2 kerana dikhuatiri kentang akan patah dua. Pastikan semua kentang diselaputi adunan tadi. Panaskan minyak dengan menggunakan api sederhana. Setelah minyak betul2 panas, masukkan kentang tadi satu persatu. Goreng kentang sehingga kuning keemasan. Ulang sehingga kentang habis & boleh dimakan bersama sos cili.

(3) Egg Benedict

Resepi boleh tengok kat sini. Semalam buat tuk sendiri. Harini buat tuk en hubby sekali.

Egg Benedict

Sunday, April 24, 2011
Assalamualaikum & Selamat berhujung minggu! U olz buat ape weekend ni? Aku? Hurmm, since hubby keje malam Sabtu & Ahad, so... lepak2 kat umah jela. Lagipun, aku ade keje & urusan sendiri yang nak dibuat. Selain Cabaran Choco M.A.C yang aku nak buat start May ni, aku ada jugak projek lain untuk 1st anniversary kami nanti. Actually, surprise tuk hubby. ehehhhe...

Bercakap pasal Cabaran Choco M.A.C, orang lain mungkin pk, ala... simple je tu. Bagi aku, still need a preparation & planning. Haritu, aku dah list down all the recipes. Then, skang ni duk study pasal resepi2 tu semua & list down all the ingredients yang diperlukan, bermakne nak kene list semua bahan2, berapa diperlukan & berapa kos jugak yang diperlukan for a month. Kire bekerja keras jugak la. Aku xnak orang pk, aku main2 @ hangat2 tahi lembu ke ape... Mmg kalau difikirkan balik, mungkin jugak ade orang pk, membazir je tu.... Yela, bukan aku nak jual kan? Tak pe, kawan.... mule2 kita bagi orang rase dulu... xsalah kite sedekah pada orang. Lebih banyak kita bg pada orang, InsyaAllah... akan lebih banyak jugak la yang kita dapat... betul x?

Okla, straight away... hehehe... pagi td actually breakfast jemput2 lobak merah. Habis dah... ahakss... Yang egg benedict ni, waktu di antara selepas breakfast & sebelum lunch... Hahahha! tibe2 teringin nak makan. Hubby bgn tido td pun, aku pelawa, dia xnak... Dok layan AF sbb mlm tadi kan dia keje... Pagi2 tadi aku la pengulas AF kat dia. ehehehhe.... Hurmmm, sejak bile ntah minat AF aku nih... Mungkin sbb ni AF yang last, so xsalah aku layan je. Lagipun, hiburan aku kat umah. Ade aku kisah? ngeee3....

Ok2... banyakla cot-cet aku harini... ehehhe... Jom2 tengok ape bende Egg Benedict tu...

Egg Benedict

Sumber : MyResipi.com

Bahan2 :

  • 1 biji telur
  • 1 keping roti putih (buang tepi. tepi tu boleh simpan tuk dimakan. Jgn membazir)
  • sedikit garam (agak2 la. nanti masin plak)
  • sedikit lada hitam
  • sedikit lada sulah
  • sedikit serbuk paprika
  • sedikit secukup rasa
  • sedikit butter (untuk disapu pada bekas & pada roti)

Cara2 :

  • Panaskan oven terlebih dahulu. Sapu butter pada bekas & juga pada roti. Masukkan roti ke dalam bekas oven-safe. Letak sedikit serbuk lada hitam, serbuk paprika ke atas roti. Pecahkan telur & masukkan ke dalam bekas yang berisi roti. Letak sedikit serbuk lada sulah, sedikit garam & sedikit serbuk secukup rasa di atas telur. Actually, boleh ikut citarasa masing2. Kemudian, masukkan di dalam oven, 180C selama 15-20 minit @ sehingga telur putih masak & telur merah separuh masak @ ikut selera. Keluarkan dari bekas perlahan2 & boleh dihidang serta dimakan panas2. Sedap jugak... Selamat Mencube!

Mi Sup Pikat Suami

Friday, April 22, 2011
Waah....bace tajuk je hangat ek! hehehhehe.... Btw, ni tuk lunch aku & hubby tadi. Hubby balik solat Jumaat je, kami terus makan. Aku dah lapo sbnrnye... heheheh.

Ok, let's check it out ape bahan2 yang aku gunekan ek utk pikat suami...ehehehhe...*wink*

Mi Sup Pikat Suami

Bahan2 :

  • 1 1/2 keping CINTAN Non-Fried Noodle (celur dengan air panas yang mendidih, toskan & ketepikan)
  • 1 mangkuk ayam yang telah dipotong kecik

BAHAN TUMIS

  • 1/2 biji bawang besar (potong dadu)
  • 2 ulas bawang putih (ketuk)
  • 1 inci hali (ketuk)
  • 1 keping bunga lawang
  • 1 batang kayu manis
  • sedikit cengkih
  • sedikit buah pala

  • 2 sk serbuk lada putih
  • 3 sb rempah sup - bancuh dgn sedikit air panas
  • 1 kiub pati ayam - bancuh bersama rempah sup
  • garam secukupnya
  • 2 sk Secukup Rasa
  • Air secukupnya
  • 2 sb minyak jagung
  • 2 biji telur

SAYURAN (optional)

  • Kobis (potong halus)
  • Lobak Merah
  • Taugeh

* Sayuran boleh dicelur sahaja & tuang ke dalam mangkuk berisi mi & kuah sup ketika menghidang.

Cara2 :

  • Panaskan minyak dengan menggunakan api sederhana. Tumiskan bahan tumis sehingga naik bau. Masukkan rempah sup & kiub yang dibancuh dengan air panas. Kemudian masukkan air separuh periuk. Masukkan serbuk lada putih, garam secukupnya & secukup rasa. Kacau sebati. Masukkan ayam & tutup periuk supaya ayam cepat masak. Setelah ayam masak, masukkan lagi air ikut berapa banyak yang kita perlukan. Tambahkan garam jika perlu. Ketika kuah mendidih, pecahkan telur satu persatu & tunggu kira2 5 minit atau lebih sehingga telur masak. Mi yang telah dicelur, masukkan ke dalam mangkuk hidangan bersama sayur2an & tuang kuah ke atasnya. Sedap di makan ketika panas. Selamat Mencuba. Suami pasti terpikat! hehehhe....

Bombay Toast

Assalamualaikum semua.... Alhamdulillah, kita masih bertemu lagi Jumaat ni. Penghulu segala hari. Harini tak ada ape yang menarik sangat. Cuma, aku nak share dengan semua yang start Jumaat (hari ini) sehingga Ahad merupakan Hari Terbuka Iskandar Malaysia bertempat di Johor Bahru City Square. Haritu, balik dari interview, aku & hubby saje jalan2 kat sekitar Iskandar. Nak carik management office Danga Bay. Saje nak tnye, kut2 ade kosong ke... Sedih kan? Tak pe, semua perkara yang kita nak wat, kena ada usaha. Aku sanggup je jalan2 sekitar JB carik2 kut2 ade company advertise keje kosong.

Waktu aku pergi kat area Iskandar tu tengahari panas terik. Huh.... megahnya tengok bangunan Iskandar. Macamane megahnya masa aku kerja di Menara TM. Well, aku & hubby pergi kat mgt office Danga Bay. Hurmmm.... receptionist tu suh aku anta je resume. Hurmm, ok la tu. At least, aku tanye kan. Lagipon boleh jalan2. So, kat ctu jugak aku nampak banner tentang Hari Terbuka Iskandar Malaysia. Actually, kat sekitar JB pun dah ade.

InsyaAllah, kalau xdek aral melintang, lepas solat Jumaat ni ajak hubby pergi sana. Jenguk2 kut2 ade rezeki. Kepada sesiapa yang perlukan maklumat, boleh klik di Facebook Iskandar Malaysia & Website.

Okla, pagi ni aku & hubby breakfast Bombay Toast je. InsyaAllah tghri nanti aku masak berat sket. Berat tu... idak ler sampai bile timbang tu, timbang pun xboleh bace. Hhhehehhe...

Jom jenguk apa bahan2nye...

Bombay Toast

Bahan2 :

  • 3 keping roti (potong 4)
  • 2 batang pisang (potong kecik) - kisar
  • 1 biji telur - kisar
  • 1 sk gula perang - kisar
  • sedikit butter utk menggoreng

Cara2 :

  • Kisar semua bahan kecuali roti. Panaskan butter atas frying pan guna api kecil. Celup roti & terus goreng. goreng kedua2 belah & pastikan ianya kekuning2an. Ulang semula sehingga roti habis. Kalau ada lebihan adunan, boleh ditambah roti & disimpan dalam fridge. Sedap dimakan begitu sahaja atau dicicah dengan susu pekat atau madu. Tapi, aku suka makan camtu je..

Spiced Chicken Stew

Thursday, April 21, 2011

Assalamualaikum semua... Harini dok pk2 jugak nak masak ape. Belek2 buku Mmmm Chicken, terus dapat idea. Yela, memandangkan stok ayam ada dalam fridge. Kire orait la tu. Cume, dari resepi asal, banyak yang aku ubah ikut citarasa aku & jugak bahan2 yang ade dalam simpanan. Lagipun, kalau tengok kat dalam resepi omputih tu, kena letak wine. Uiksssss bhye sehhhh... Maunye kang aku ngan hubby biol2 lepas makan stew tu. Yela... Most of the reason jugak, we're muslims & haram la menggunakan bahan yang boleh memabukkan. Betul x semua??? hehe cam ustazah lak... Teringat kat bonda & adindaku... (~_~)

Okla... ape2 pun, bahan2 kat bawah tetap boleh digunakan & still sedap. Tak caye, cubelah... hehe.... Ok, xyah citer banyak, jom tengok ape bahan2nye...

Spiced Chicken Stew

Bahan2 :

GORENG AYAM

  • Beberapa ketul ayam (potong kecik)
  • 2 tbsp paprika
  • 2 tbsp olive oil
  • 1 tbsp butter

STEW

  • 1 biji bawang besar (potong dadu)
  • 2 ulas bawang putih (ketuk)
  • 1 inc halia (ketuk)
  • 1 biji yellow pepper (potong dadu) - xletak sbb xdek dlm stok
  • 2 biji tomato (potong dadu) - xletak jugak
  • 1 kiub stok ayam
  • 1 tbsp sos tomato
  • 1 tbsp sos blackpepper
  • 1 tbsp sos cili
  • 1 tbsp serbuk paprika
  • 1 tsp serbuk blackpepper
  • 1/2 tsp tabasco
  • 1 tbsp parsley yg dipotong halus
  • 1/3 cup sweetcorn - xletak
  • 1 batang lobak merah kecik (potong panjang)
  • 1 tbsp tepung jagung (dibancuh dgn 2 tbsp air)
  • garam (jika perlu. tp, aku masak xletak garam sbb dah cukup masin.)
  • Air secukupnya

Cara2 :

  • Panaskan minyak bersama butter di dalam periuk atau kuali besar. Goreng ayam sehingga kekuning2an & angkat. Dalam minyak gorengan tadi, masukkan bawang besar, putih & halia. Tumis hingga naik bau. Masukkan lobak merah. Tumis lagi lebihkurang seminit. Masukkan bahan2 lain 2 tumis sehingga pekat. Masukkan ayam & masukkan air secukupnya. Jangan banyak sangat. Kemudian, rasa dahulu. Jika perlu, masukkan sedikit garam. Tapi, aku tak letak garam sebab dah cukup rasa. Bila sudah pekat, boleh dihidang panas2. Makan dengan roti putih atau wholemeal bread pun sedap... mengenyangkan. Selamat Mencuba!
p/s : gambo2 yang aku amek sume xmenarik la. Yela, gune henpon je. layannn....

Jemput-jemput Nasi & Ikan Bilis, Pengat Pisang

Wednesday, April 20, 2011
Selamat Malam Sayang.... Selamat Malam kasih.... hehehehe layan lagu Faizal Tahir pulak... Tak pelah.... Honestly, aku minat FT. Lantakla org nak kate ape... hehe... Orang pertama yang TAK SOKONG aku yang tang ni.... sape lagi kalau bukan En Suami. Haha..! Ade unsur2 kejelesan la tu... "Ala abangku sayang... sayang SAYANGKAN abang sorang je..." Hehhehehe.... *wink*

Okla, since ada orang nak berdiet & sesungguhnya sapa lagi yang nak sokong kalau bukan isteri sendiri. So, duk fenin2 lalat jugak aku memikirkan what is the best cuisine for tonite. Tghri td, aku lapo, aku goreng ikan sekor, makan ngan sambal nasi lemak (sambal hubby bawak balik dari tempat keje). So, ade nasi lebih... ala, nak masak lauk2, ade orang xnak makan nasi malam ni. So, tingggg.... idea! Aku buat la Jemput2 Nasi & Ikan Bilis. Lps tu, ada la sesisir pisang berangan tuh. Lame2 kang, masak benor plak. Busuk... So, aku belasah suka hati aku, aku buat la Pengat Pisang. Bondaku kate, nak sedap buat pengat pisang ni, guna pisang tanduk ke...pisang abu ke... pisang emas ke... hurmmm, bonda, xpelah ye... tp, sedap jugak... hehe... Kunun2 nak bg jiran sebelah yg baru pindah ni.... tp, alamak... tinggal sket plak.... (hehe tu tandenye ape? Lu pikirlah sendiri.... eekkekkekkekke)

Okla, jom tgk ape yang aku masak petang td...

(1) Pengat Pisang

Bahan2 :

  • 4 batang pisang (potong 3)
  • 2 helai daun pandan (diikat)
  • 5 cawan air
  • 200ml santan pekat (aku gune santan kotak tu...)
  • 1/4 gula pasir
  • 1 sb madu
  • 1/2 sb gula perang (kalau ada gula melaka lg sedap...ni sbb belasah ape yg ade kat umah...)
  • secubit garam
  • 3 sb tepung gandum (dibancuh sedikit dgn air & sedikit madu)

Cara2 :

  • Masak air & masukkan daun pandan, gula pasir & secubit garam. Masak sehingga mendidih. Kemudian, masukkan sedikit2 tepung gandum yang telah dibancuh tadi menggunakan sudu kecil. Kacau & tunggu sehingga mendidih. Kemudian masukkan santan, pisang. Kacau selalu. Masukkan madu & gula perang. Sebaiknya rasa dahulu & ikut selera sendiri. Lagi sedap kalau pengat ni manis2 buah. * kalau nak sedap lagi, boleh jugak letak ubi kayu & sagu.

(2) Jemput-jemput Nasi & Ikan Bilis

Bahan2 :

  • 5 sb tepung gandum
  • 1/2 cawan nasi (kisar dgn sedikit air)
  • 2 genggam ikan bilis (dibasuh)
  • Sedikit lobak merah yang dihiris halus
  • Sedikit bawang merah (potong dadu) - aku xletak sbb cam malas lak tadi...hehe
  • Garam secukup rasa
  • 1 sk secukup rasa (ala...yg macam TUMIX tu...)
  • Sedikit air panas
  • Minyak untuk menggoreng

Cara2 :

  • Bancuh tepung gandum dengan sedikit air panas. kacau rata. Masukkan bahan2 lain termasuk nasi yang telah dikisar tadi. kacau rata & pastikan adunan tidak terlalu cair. Panaskan minyak & pastikan ianya betul2 panas dengan api yang sederhana. Masukkan adunan sedikit demi sedikit dengan menggunakan sudu. Tapi, aku guna tangan sbb nampak cumell.. hehe. Pastu, pastikan ianya masak kekuning2an atau kalau suka garing, sampai garing. Jgn lama sangat... nanti geseng.. hehe.. Ulangi langkah yang sama sehingga adunan habis. Sedia dimakan bersama sos cili. Since aku malas nak buat sambal, makan ngan sos thai je. But, still kenyang utk dinner kami & menyelerakan jugak... :)

Choco M.A.C

Assalamualaikum semua... sihat? Alhamdulillah aku sihat. Aku ade idea & cabaran tuk diri aku sendiri. Aku buat ni pun sbb minat & sbb aku pun duk umah lagi stkt ni. So, aku ade plan tuk buat projek masakan di mana aku nak masak apa2 masakan yang berasaskan coklat selama setahun untuk 100 resepi. So, aku mintak jasa baik kawan2 utk support aku. Bg moral support cukupla. Maklumlah, aku ni amatur. Bukan professional. So, sedikit sebanyak aku boleh belajar sesuatu. Untung la raya nnti. Sure banyak biskut aku buat... hhehe...

Buat Cik Musalmah, aku dah brief kat dia long term projek ni. Tq sbb sokong aku. Btw, mane tau, kalau2 ada yang nak order dari aku.... dialu2kan... sedap atau tak, kalian judge lah sendiri. Tapi, yang pastinya aku xde lah nak buat naye... hehe...

Hopefully, this is the 1st step utk aku set up my own business. InsyaAllah...

Okla, kat bawah ni... aku nak share recipes for May 2011. Go go chayok!!

Sticky Chicken Wings Curry Spicy

Tuesday, April 19, 2011
Assalamualaikum... Lama sgt dah x main masak2 kan? Ala...cane? Sejak 2 menjak ni, since hubby off je, duk berjalan la kami. Tak penah nak duk diam kat umah. Kalau kuar, contohla... gi main bowling pagi... tghri abis, makan2 kat luar la sbb cam dah penat kan... Pastu, balik xdek la masak. Hubby pun xnak makan banyak... Org tgh nak diet, kite bg la moral support. Hehehe...

Hari ni? Kuar gi interview pg td. Pehhh.... 2 jam tuh. Lame sangat dalam bilik interview tu. Aku interview kat Danga City Mall. Post Coolie je... hehehheh... Hubby tunggu kat luar pun, sempat layan psp. Mmg banyak la interviewer tu tnye aku. Alhamdulillah.... selesai sudah... Hopefully, ade rezeki. Senang sket, lps ni nak shopping2 ade duit sendiri... ahaksss....

Okla, balik dkt Zuhur td. So, hubby dah kenyang makan Mee Goreng Special kat gerai dalam mall tu. aku xmakan sbb excited baru lps interview. Haus je lebey. Penat bercakap. So, Balik2 umah petang tadi, cume goreng Jemput2 Ikan Bilis bersama Lobak Merah ngn Sticky Chicken Wings Curry Spicy. Jemput2 tu hubby dah makan byk gak la... Pastu, yg kepak ayam 2 tu, ade sebelah daging ayam tu aku bakar gak... Last2 aku yg kene makan 3 ketul ayam tu... Errrkkk kenyangnye... Alhamdulillah....

Nak tau ke ape resepi kepak ayam tu? Ala...simple je. Main campak2. Tak perap pun, sbb dah kebulur kan... xdone nye nak perap2... Tp, not bad gak...hehhe

Okla, check it out....*wink*

Sticky Chicken Wings Curry Spicy

Bahan2 :

  • Beberapa ketul kepak ayam (bergantung pd individu. Aku guna 3 ketul je)
  • Sedikit garam
  • 1 tsp secukup rasa (penting gak sbb dia bg rasa tu sedap sket)
  • 1 tbsp serbuk kari
  • 1 tbsp serbuk paprika
  • 1 tsp minyak jagung (apa2 pun buley)

Cara2 :

  • Kelar sikit kepak ayam. Masukkan semua bahan dalam mangkuk dan gaul rata. Masukkan ayam dalam grill oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu, 200C selama 20 minit atau sehingga ayam masak. Sedia di makan panas2.

Masak Cincai je la...

Friday, April 15, 2011
Assalamualaikum.... Salam Jumaat buat semua. Seminggu ni mmg aku malas yang teramat utk update ape2 masakanku. Lagipun aku masak simple sgt2.. Segan plak nak share. Mlm td kitorg lagi la... Tak makan berat. Tu pun sbb pagi semalam aku ngan hubby main bowling. Hubby cuti. Dia nak release tension la tu. So, tghri kitorg makan kedai. Tu pun jugak aku makan roti canai je. Mlm td aku cume buat jemput2 ikan bilis dengan kobis (jemput2 lagi....) hehe... tu je yg mengenyangkan & mudah. sihat tu sbb ade kobis. Pastu, aku buat baked wages hot & spicy. Malas nak amek gmbo. Tak pe, next time aku tunjuk baked wages hot n spicy tu ek. Simple je....

Okla... hari ni, aku malas jugak. Pagi td kemas2 umah.... then, aku masak nasi cam biasa. Tu pun, 1 pot selalu x abis... memasing diet la kunun2... hehe... Lauk, aku masak Ikan Goreng je ngan Telur Masak Blackpepper bersama kentang.

Jom la tengok ape bende yg aku masak ek... Tak caye, cincai je masak2 ni.... Malas... huhuuhu

(1) Telur Masak Blackpepper bersama Kentang

Bahan2 :

  • 2 Biji Telur (digoreng mate lembu)
  • 1 Biji Kentang (dikupas kulit & potong kecik)
  • 1 Biji Bawang Merah
  • 2 Ulas Bawang Putih
  • 1 sb sos tiram
  • 1 sb sos blackpepper
  • 1 sk blackpepper powder
  • 3 sb kicap manis
  • Sedikit air

Cara2 :

  • Tumis bawang merah & putih hingga naik bau.. Masukkan semua bahan termasuk kentang, kecuali telur. Masukkan sedikit air. Tumis sehingga kentang empuk. Setelah kentang empuk, matikan api dan tuang kuah blackpepper tersebut ke atas telur yang telah digoreng. Sedia dihidang.

(2) Ikan Goreng

Senang je.... lumur ikan dengan sedikit garam, sedikit serbuk kunyit, sedikit tepung jagung & sedikit tepung rangup.... goreng dengan minyak yang panas.... sedap makan panas2...hurmmm

Udang Tofu Masak Lemak Cili Api, Kobis Bunga bersos Brokoli, Telur Dadar

Thursday, April 7, 2011
Assalamualaikum.. Harini xberapa sihat sangat. Biasela... sakit orang perempuan... hehe Tapi, masak tetap masak selagi terdaya. Harini hubby keje malam. So, tghri td aku masak lauk simple je la... Malas nak pk2 sangat. Lagipun, nak abiskan udang dalam fridge tu. Lusa, balik kampung! yeay yeay! Rindu mak, abah ngn adik2 ku...

Menu tghri td; Udang tofu masak lemak cili api, Kobis Bunga bersos Brokoli & Telur Dadar. Hehe... Udang tu, kes sbb nak abiskan tofu dalam stok. 1st time buat. Ikut sukati aku je. Sedap gak... rase cam lemak berkrim je...

Okla, xmo cot cet panjang2... xlarat la... huhuhu... (buat muke sedih....kekekekeke)

(1) Kobis Bunga Bersos Brokoli

Bahan2 :

  • 1 mangkuk kecik kobis bunga
  • 1 mangkuk kecik brokoli (3/4 kisar dgn 1 sb santan pekat), (1/4 potong kecik2)
  • 1 sb bawang besar yg dipotong dadu
  • 1 ulas bawang putih (diketuk)
  • 1 sb sos tiram
  • 1 biji telur
  • garam secukupnya

Cara2 :

  • Tumis bawang besar & putih hingga naik bau. Masukkan sos tiram, kacau rata. Masukkan brokoli yg dikisar bersama santan. Kemudian, pecahkan telur. Tunggu hingga masak sedikit & kacaukan. Kemudian, masukkan brokoli yg lebih & kobis bunga. Rasa & tmbh garam jika perlu. Tunggu hingga sayuran masak & boleh dihidangkan.

(2) Udang Tofu Masak Lemak Cili Api

Bahan2 :

  • 1 Mangkuk udang - dibuang kepala & ekor
  • 130gm smooth egg tofu - kisar
  • 1 biji bawang besar - kisar
  • 3 ulas bawang putih - kisar
  • 1 inci halia - kisar
  • 1 inci kunyit hidup - kisar
  • 5 batang cili padi - kisar (pedas ikut suka)
  • 1 batang serai - diketuk
  • 1 helai daun kunyit - hiris halus
  • 1 keping asam gelugor
  • 3 sb santan pekat
  • garam secukupnya

Cara2 :

  • Tumis semua bahan kisar hingga naik bau. Masukkan serai & daun kunyit. Kacau rata. Masukkan udang. Kemudian masukkan santan & tutup periuk sehingga udang masak. Setelah itu, masukkan asam gelugor & garam secukupnya. Bila dah mendidih & pekat, tutup api & boleh dihidang.

(3) Telur Dadar

Bahan2 :

  • 3 biji telur
  • 2 sk mayonis
  • sedikit daun bawang (hiris halus)
  • sedikit bawang besar yg dipotong dadu
  • secubit garam

Cara2 :

  • Panaskan sedikit minyak atas fry pan. Campurkan semua bahan ke dalam mangkuk & pukul2kan sedikit dengan menggunakan garfu & supaya semua bahan sebati. Masukkan adunan telur tersebut ke dalam fry pan yg telah panas. Terbalik2 kan untuk pastikan kedua2 belah masak kekuning2an. Sedia dihidang... Makan telur dadar panas2 sedap tau wp dgn nasi kosong... hehe

Happy Birthday Mak! (05.04.2011)

Wednesday, April 6, 2011

05.04.2011 - It's my mother in-law's birthday! Selamat Hari Lahir, Mak... Perasaan aku sama macam birthday mak aku sendiri. Of coz! Sejak kahwin dgn En Mohd Suhaireel, keluarga dia keluarga aku jugak. Seronok rasanya ade byk mak. Semakin besar keluarga kami. Actually, last week dah plan dengan hubby & adik2 ipar, masa birthday aku xdapat balik umah mak ayah mertua wp dekat. Hubby keje. So, kitorg plan nak wat kek... Ala, bukan terer masak pun. Tp, suka masak...kire ok la tu. So, tghri smlm buat Chocolate Cake ngan Rich Chocolate Pudding. Sedapp...nyuummy... Pastu, pk2 balik... nak wat lauk sket la. So, aku masak Ayam Ungkep lebih bawak sket g Majidee.

So, mlm td aku bawak g Majidee. Adik2 ipar aku beli KFC. Sampai2 je, nenek ngh makan. Ade lauk ketam lemak... terliur plak. Hubby g makan, aku join skali. Hurmmm... satu hari nnti aku wat ketam masak lemak cili api ek....hurmmmm terliur plak tibe2... hehe...

Lepas makan nasi, mulelah acare makan2 sempena beday mak mertuaku. Siap nyanyi lagu beday lagi... hehe... Ayah xdek. Ayah keje balik kul 11 malam. Hubby kene balik awal sbb keje pg. So, dah tinggalkan la sket tuk ayah...

Okla, jom kite tengok resepi Rich Chocolate Pudding. Resepi Chocolate Cake leh tgk kat SINI. Dan Resepi Ayam Ungkep jugak ade kat SINI. Daaa.... selamat mencube (~_^)

Rich Chocolate Pudding

Bahan2 :

  • 10 gm Serbuk agar2
  • 1/2 cwn serbuk koko (serbuk koko aku xcukup, aku guna Hersey's)
  • 1/2 sk garam
  • 1 cawan gula
  • 4 1/4 cawan susu segar
  • 4 sb tepung jagung
  • 1/2 sk esen vanilla
  • 3 sb butter

Cara2 :

  • Campurkan semua bahan kecuali butter & kacau sebati sehingga mendidih. Kemudian, masukkan butter & kacau hingga pekat. Angkat & masukkan ke dalam loyang @ acuan yang anda suka. Sejukkan & masukkan ke dalam peti sejuk.

Ikan Selar Masam Manis, Okonomiyaki a.k.a Pizza Jepun

Hehehehe mesti korang tensen. Sorila... ni pun lauk kelmarin aku masak. Yang pizza jepong tu saje2 plak teringin nak try test. Ala...simple je. Sedap pun sedap wp aku xikut resepi asal bolat2 (dari JintanManis.Com Tq Ros, hehe), sbb bhn xcukup. Ni sauk je ape yg ade kat dalam fridge.

Tak yah nak cot-cet panjang2. Jom kite tgk resepi2 nye.... layannn..... zassss....hehe

(1) Ikan Selar Masam Manis

(tgk la... ikan aku menganga besar tu....hehehe)

Bahan2 :

  • Ikan selar sekor (goreng dengan sedikit tepung jagung, kunyit & garam)
  • 2 sb cili kisar
  • 1 biji bawang besar (potong dadu)
  • 2 ulas bawang putih (ketuk je)
  • 2 sb sos cili
  • 1 sb sos tomato
  • 1 sb jus lemon
  • sedikit mix vege

Cara2 :

  • Panaskan minyak. Tumis bawang besar & putih hingga naik bau. Kemudian masukkan bahan2 lain. tambahkan sedikit air jika perlu kuah. Kemudian, setelah masak, curahkan kuah ke atas ikan yg telah digoreng tadi.

(2) Okonomiyaki @ Pizza Jepun

(Resepi asal : JintanManis.Com)

Bahan2 :

(untuk bancuhan tepung okonomiyaki - dapat 4 @ 5 keping saiz sdhn)

  • 120gm tepung gandum
  • 1/2 sk garam
  • 1 biji telur
  • 150ml air
  • 1/2 sk baking powder
  • 1 sk serbuk dashi (aku xletak sbb xdek...hehe)

Bahan campuran lain :

  • 150gm kobis yg dicincang halus
  • 5 ketul kanikama (crabstick) - potong kecil (aku xbuh...xdek)
  • sdkt hirisan daun bawang
  • sdkt hirisan tako (octopus) - hiris nipis (aku xbuh...xdek gak)
  • 1/2 cwn tenkasu (adunan tempura goreng kosong) (aku xbuh jugak)
  • sdkt minyak masak
  • bbrp titis minyak bijan

Untuk topping :

(kbyknnye aku xbuh sbb xdek. aku just sapu sos blackpaper, Mayonis & letak ikan bilis goreng rangup... hehe belasah.... sedap jugak... xpe, nxt time nak cube betul2 yg resepi nih...)

  • Aosa (serbuk daun hijau)
  • Bonito Flakes
  • Sos Okonomiyaki
  • Mayonis

Cara2 :

  • Campurkan adunan untuk tepung okonomiyaki. kacau sebati. adunan xperlu cair sangat atau pekat sangat. Kemudian masukkan bahan campuran lain. Gaul rata. Panaskan fry pan & letakkan sedikit minyak masak & bbrp titis minyak bijan. Kemudian, cedokkan 1 senduk adunan & letak di tengah2 fry pan. Masak adunan seperti masak lempeng. Masak kedua2 belah hingga keperang2an & ulang adunan sehingga habis. Selepas itu, topping kan dengan sos okonomiyaki, sapu rata, paipkan mayonis @ sapukan...kemudia tabur dengan bonito flakes. sedia dihidang panas2...sedapp...

Ayam Merah Masak Lemon

Well, ini pun salah satu lauk last week aku buat. Tulah, peram gmbo lelame... Ala, sblm ni xleh nak on9 kat dining hall, kene on9 kat bilik je.... Rimas lak duk bilik pakaian tu lame2... Duk dining table best sket sbb leh sambil2 tgk tv. hehe... Alasan je ek....

Okla, jom tgk resepi kat bawah.

Ayam Merah Masak Lemon

Bahan2 :

  • 3 ketul ayam (makan tuk 2 org) - goreng dulu dengan kunyit & sedikit garam
  • 1 biji bawang besar (potong bulat)
  • 1 sb tomato puree
  • 1 sb sos tomato
  • 3 @ 4 sb cili kisar (pedas ikut suka)
  • 1 sb air asam jawa
  • 2 sb air lemon
  • sedikit gula pasir (kalau nak likat merah, guna gula merah)
  • garam secukupnya

Bahan kisar :

  • 1 inci halia
  • 1 btg serai (xnak kisar pun boleh, ketuk je)
  • 2 ulas bawang putih

Cara2 :

  • Panaskan minyak. Tumis bahan kisar hingga naik bau. Masukkan cili kisar hingga terbit minyak. Masukkan bahan2 lain & gaul rata. Masukkan ayam yg telah digoreng & kacau rata. Bila dah pekat & masak, boleh dihidangkan.

Roti Saj, Kari Ayam Kerisik

Assalamualaikum... lame dah x update masakan2 ek? Bukan ape... bile time malas tu dtg, xrajin la plak nak on my lappy ni... So, makanan tu sume dah abih... tinggal gambo je... hehe

Aritu, teringin la plak nak wat roti. Saje nak try Roti Saj ni. Rase dia macam roti jugak. Kire cam roti arab la. Cume, ade masalah la plak... bile dah sejuk, dia agak keliatan & kekerasan sket. Mungkin sbb aku terlebih uli kut. Yela... uli gune tangan je... Tak bley nak agak... Tunggu nnti aku dah ade breadmaker, rajin la aku wat roti sendiri.... huhuhuu... Takpelah, yg penting, kenyang gak aku makan roti tu...

Oklah, kite tgk ape bhn2 Roti Saj ngan Kuah Kari Ayam Kerisik yg aku wat last week...

(1) Roti Saj

Bahan2 :

  • 1 sb yis
  • 1 sb gula
  • 1 1/2 cwn air suam
  • 3 1/2 cwn tepung
  • 1/2 st garam
  • sedikit minyak

Cara2 :

  • Campurkan yis, gula, air suam dan garam. Sebatikan lalu masukkan tepung & diuli. Selesai uli, ketepikan 1 jam dan tutup kejap dengan plastik. Uli lagi & ketul2kan kepada beberapa bhgian. Bulat2kan & salut dgn minyak. Pastu terus amik seketul, xyah tunggu doh naik, terus tekan2 dalam pinggan & terus goreng atas kuali leper. Terbalik2kan utk pastikan kedua2 belah masak... Sedia dihidang...

(2) Kari Ayam Kerisik

Bahan2 :

  • Ayam sblh
  • 3 biji kentang (kupas, belah 4 & rendam)
  • 2 biji tomato belah 3 stp biji (aku xletak sbb xdek)
  • 1 keping asam gelugor
  • 1 liter santan cair
  • 250ml pati santan
  • 1/2 sb gula melaka @ gula biasa
  • 3 sb serbuk kari
  • 1 1/2 sb kerisek
  • garam secukupnya
  • 2 sb cili kisar (pedas ikut suka)

Bahan tumis :

  • 3 biji bawang merah - dihiris
  • 2 ulas bawang putih - dihiris
  • 2 tangkai daun kari
  • 1 btg kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 5 kuntum bunga cengkih
  • 3 biji buah pelaga (xletak sbb xde)

Bahan kisar halus :

  • 1 biji bawang besar
  • 2 biji bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 1/2 inci kunyit hidup
  • 1 1/2 inci halia

Cara2 :

  • Rempah kari bancuh bersama2 bhn kisar halus, kacau rata. Panaskan minyak & tumis bahan tumis hingga naik bau, kemudian masukkan bahan2 kisar halus & rempah kari yg dibancuh tadi. Masak hingga terbit minyak. Masukkan ayam, kentang, pati santan, gaul rata & tutup periuk supaya ayam & kentang empuk. Kemudian, apabila sudah mendidih, masukkan asam gelugor, kerisik, gula & garam secukupnya. Kacau rata. Tuang santan cair & kacau rata. Rasa & tmbh garam jika perlu. Tunggu hingga mendidih & pastikan api sederhana. Akhir sekali masukkan tomato & masak sekejap & boleh dihidang terus.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...