Salam Kasih Dariku ;

Assalamualaikum & Salam Sejahtera. Terima Kasih byk2... Thanx a lot... Arigato... Gambsahabnida... sbb sudi singgah & belek2 dapurku ini. TERIMA KASIH & SELAMAT MENCUBE kepada yang sudi ingin mencube resepi2 yang ada di sini. Saya budak baru belajar. Hehehe... Mula ghairah & bersemangat dgn ape jua masakan sejak bergelar isteri & jadi surirumah. Sejak itu, setiap hari dok belek majalah2 resepi, internet & ape jua sumber utk mencari sesuatu yg menarik untuk dimasak & dijamu buat suami tercinta. Setiap hari jua cuba untuk belajar sesuatu yg baru. Tapi skang, berusaha untuk cube masak best2 sebab dah sibuk dgn kerja... Moga kalian dapat memberikan semangat & sokongan serta pandangan yg berguna buatku... Silalah FOLLOW, COMMENT & VOTE blog saya ini. Terima kasih daun kari... Lain kali dtg la cni lagi... hehe (~_^) Sebarang pandangan, bolehlah email saya di yayang.nasir@gmail.com atau pun YM : yayang2332. terima kasih.



Anda suke blog ini?

Mee Goreng Special, Telur Mata Lembu, Jemput-jemput Kentang

Tuesday, March 29, 2011
Assalamualaikum.. Alhamdulillah... hari ni ade sikit happy. Sbb Mr Hubby ade di rumah. So, xdek lah rase sunyi dehh... Well, mlm td kami dinner simple cuisine je... Mee Goreng Special dgn Telur Mate Lembu. Haha... mase aku habaq kat fb smlm, ade sorg member cakap, apsal mate lembu. Hehe... sukati aku la... aku yg masak... Huhu, tu ayat kasar aku. Ala, saje nak bg kelainan. Lagipun, telur tu pun aku buh bentuk bulat supaya ianya cantik bila masak. Mata dia jadik kecik la tu... Kire cam mate lembu.. Kekekeke suke2 aku je.

Ok, pg td, kami bekfes, belen mee mlm td... bile dah celur. byk plak... tulah, nafsu manusia. hehe... pastu, aku goreng Jemput-jemput Kentang. Abih plak jemput2 tuh! Ngap...ngap...ngap... xsedar sbb kriuk2 jemput2 tu aku suke.

Okla...kite layan ape bhn2 dia...

(1) Mee Goreng Special

Bahan2 :

  • 3 keping Maggi Bungkus (yg tiada perencah) - celur dgn air panas skjp & toskan
  • 1 mangkuk kecik ayam yg telah dipotong kecik2
  • Sedikit Mix Vege
  • Sedikit Capsicum Hijau - potong kecik
  • Sedikit Bunga Kantan yg diracik halus
  • 1 ulas bawang besar (yg kecik) - potong dadu
  • 3 ulas bawang putih - ketuk je
  • 2 sb sos tiram
  • 3 sb kicap manis (agak2 sbb ikut selera masing2)
  • sedikit garam (jika perlu)
  • 2 sk serbuk lada hitam
  • 2 sb cili kisar

Cara2 :

  • Tumis bawang2 & bunga kantan sehingga naik bau. Kemudian, masukkan cili kisar. Masak hg pecah minyak. Masukkan serbuk lada hitam, sos tiram & kicap manis. Masukkan ayam & tutup kuali supaya ayam empuk & masak. Bila ayam dah masak, masukkan mix vege & mee yg tlh dicelur. Ratakan bahan ke atas keseluruhan mee. Tambah kicap jika perlu. Kemudian, masukkan capsicum & boleh dihidang panas2.

(2) Telur Mata Lembu

Bahan2 :

  • Telur 2 biji yg di goreng berasingan
  • 2 cubit lada sulah (utk 2 biji telur)
  • 2 cubit secukup rasa (utk 2 biji telur)
  • Sedikit butter/marjerin
  • acuan telur

Cara2 :

  • Panaskan butter & letak acuan telur di tengah2 kuali leper. Pecahkan telur di tengah2 di dalam acuan tersebut & tunggu hingga masak. Letakkan secubit lada sulah & secukup rasa di atas telur tersebut. Guna api sederhana. Setelah masak, keluarkan acuan & terbalikkan telur sekiranya nak bagi telur merah masak. Ulang untuk telur yg selebihnya.

(3) Jemput-jemput Kentang

Bahan2 :

  • 1 biji kentang (kupas kulit, potong dadu, rebus sebentar & toskan)
  • Sedikit lobak merah di racik halus & pnjg
  • Sedikit Mix Vege
  • 1 ulas bawang merah - potong dadu
  • 3 @ 4 sb tepung gandum
  • Sedikit garam
  • Sedikit air panas
  • Sedikit air biasa
  • Minyak untuk menggoreng

Cara2 :

  • Masukkan tepung & garam di dalam mangkuk. Gaul sebati. Masukkan sedikit air panas yg mendidih & gaul tepung & garam supaya rata. Kemudian masukkan sedikit air biasa. Pastikan adunan tidak terlalu cair. Masukkan kesemua bahan2 lain & kacau sebati. Panaskan minyak & sudukan sedikit demi sedikit ke dalam minyak panas & masak sehingga adunan garing sedikit, kekuning2an.
p/s : kalau buat jemput-jemput letak ayam pun sedap. ayam xperlu direbus @ dimasak terlebih dahulu. potong ayam kecik2 & campurkan ke dalam adunan tepung bersama2 bahan2 lain.

Ikan Kembung Asam Pedas Xpress, Sayur Kobis Bunga Kantan, Caramel Jelly

Monday, March 28, 2011
Ting tong... ting tong.... Assalamualaikum.... kedengaran bunyi loceng rumahku. Hurmm, abang dah balik. Detik hatiku. Terus aku meluru ke pintu depan. Maklumlah, aku ade dalam bilik, tgh on9. Sebaik aku bukak pintu rumah, terukir senyuman di wajah suamiku & lalu ku salam & cium tgnnya & cium ehem2..... hehe Kemudian aku tanya, "kenapa tgn abang bau satay ek?" Belum sempat dia jawab, terus diberikan bungkusan di tangannya kepadaku. Aku terus tersengih manje. "Hehehhehe... patutla bau satay. Eh, ape lagi ni bang?" Sebaik aku bukak bungkusan yang satu lagi, "Yeay! ade apam balik! hehe.... Macam tau2 je sayang dah teringin nak makan apam balik..." Senyum je suamiku. "Abang singgah pasar td. Mmg saje nak beli utk sayang..." "Hehehe... sonoknye... terime kasih, abang..."

Haha... itulah sedikit drama malam td. Dah lame teringin nak makan satay ngan apam balik. Tak sangka suamiku tau apa yg aku pk. Penah nak wat apam balik.... asik lupe je nak beli jagung tin tu... huhu... xpelah. Ape2 pun, kenyang sangat mlm td. Lauk Ikan Kembung Asam Pedas Xpress ngan Sayur Kobis Bunga Kantan aku pun licin kami makan.... Ditambah lagi Caramel Jelly yg aku buat... Alhamdulillah.... Caramel Jelly tu buat sbb nak guna agar2 yg tersalah beli. Nak beli yg plain, aku beli kaler merah lak.... huhu

Okla, kite jenguk resepi2 lauk aku malam td.

(1) Ikan Kembung Asam Pedas Xpress

Bahan2 :

  • 1 ekor ikan kembung (hehe yela..tuk makan 2 org je)
  • Sedikit Air asam jawa
  • 3 sb cili kisar
  • 1 btg serai
  • 1 inci lengkuas (aku xletak sbb xde)
  • 1 inci halia - tumbuk
  • Segenggam Daun Kesum (aku xde, aku belasah daun limau purut..sedap gak)
  • 1 btg Bunga Kantan (potong 2)
  • 5 ulas bawang merah - tumbuk
  • 3 ulas bawang putih - tumbuk
  • 1/2 inci kunyit hidup - tumbuk
  • sedikit belacan (aku xde)
  • 1 sb serbuk lada hitam
  • Sedikit buah keras - tumbuk
  • Garam secukupnya

Cara2 :

Perap ikan dengan air limau kasturi & sedikit garam dlm 10-15 mins. Kemudian tumis bahan tumbuk sampai wangi. Masukkan cili kisar & tumis sehingga pecah minyak. Kemudian masukkan semua bahan. Kacau sebati. Masukkan ikan & bubuh air (agak2 tenggelam ikan). Tutup periuk & tunggu hingga ikan masak. Rasa & tmbah garam jika perlu. Makan panas2 mmg sedap... menyegarkan.

(2) Sayur Kobis Bunga Kantan

Bahan2 :

  • Segenggam kobis yg di potong halus
  • 2 inci lobak merah (potong panjang & halus)
  • Segenggam kobis bunga (potong kecik)
  • 1 inci Bunga Kailan yg di racik halus
  • 1 ulas bawang putih - potong dadu
  • 2 ulas bawang merah - potong dadu
  • 1 sb sos tiram

Cara2 :

Tumiskan bawang merah & putih hingga naik bau. Kemudian masukkan sos tiram. Bubuh sedikit air & masukkan sayur2an. Masukkan garam jika perlu. Sedia dihidang.

(3) Caramel Jelly

Bahan2 :

  • 10gm serbuk agar2
  • 600 ml air
  • 300ml susu cair (sku belasah gune susu HL)
  • 120g gula (aku letak separuh je sbb susu HL tu pun dah manis)
  • 1 sb tepung kastard
  • 1 sk esen vanilla
Untuk Karamel :
  • 1 cwn gula @ 3/4
  • 3 sb air

Cara2 :

Utk karamel : masak gula menggunakan api sdhna. Kacau shg kuning keemasan & kelihatan berbuih. Kemudian, hati2 masukkan air & kacau sebati sehingga pekat. Angkat & tuang ke dalam bekas acuan. Kemudian, satukan susu & tepung kastard, kacau rata & tapis. Satukan air, gula & agar2. Kacau rata & masak di atas api sdhn. Bila dah larut, masukkan bancuhan susu & tpung kastard yg ditapis td. Kacau rata. Masak sampai bancuhan pekat. Angkat & tuang ke dalam bekas yang ada karamel td. Tunggu hingga 2 @ 3 jam sebelum dimasukkan ke dalam peti sejuk.

Mayonis Blackpepper Chicken Roasted, Mashed Potato with Blackpepper Sauce, Blackpepper Baked Beans, Simple Coleslaw, Nasi Ayam Xpress

Sunday, March 27, 2011
Dari kiri : Mayonis Blackpepper Chicken Roasted, Mashed Potato with Blackpepper Sauce, Blackpepper Baked Beans, Simple Coleslaw, Tempura Nugget (aku goreng dari peket segera je...) & Nasi Ayam Xpress..hehe)

Huhu... penat nak type! Ntah kenape ade error lak td time update blog mlm td.

Btw, banyak kan makanan dinner kelmarin? oh ye, tmbah lagi satu, Nasi Ayam Cepat = Xpress Chicken Rice. Haha! buleh pulak... mane x nye, dah siap yg len tu... tetibe terpk yg diri sendiri cam lapar pulak. Kang hubby balik pun, takut dia lapar... hehe.. So, aku masak la nasi ayam xpress. Sbb teringin nak bg rasa sket memandangkan lauk2 lain pun sedap2... lagi2 makan ngan ayam roasted tu. Nasi ayam xpress tu simple sgt. aku buh garam sket & bancuh kiub pati ayam sprh ngan air panas. buh la dlm periuk nasi biar dia masak cam biasa... Sedap jugak... hehe

Okla, make it fast. Ayuh kite tgk resepi2 dinner aku ngan hubby kelmarin.

(1) Mayonis Blackpepper Chicken Roasted

Bahan2 :

  • stgh ekor ayam
  • 1 sk serbuk
  • lada hitam
  • 1 inci halia – kisar
  • 2 ulas bawang putih – kisar
  • stgh bawang besar – kisar
  • 1 sb madu
  • 1 sk kicap manis
  • stgh sk garam
  • 2 sb mayonis
  • sdkt lada sulah

Cara2 :

Campurkan bahan kisar dlm bekas bersama madu, lada sulah, garam, kicap & serbuk lada hitam. Masukkan ayam dan gaul sebati. Kemudian masukkan mayonis. Gaul & perap selama 2 jam atau lebih di dalam peti ais. Bakar pada suhu 190C selama 40mins atau 1 jam sehingga ayam masak & keperang2an permukaan ayam. Sedia dihidang.

(2) Mashed Potato @ Kentang Putar

p/s : teringat kat bondaku... dia sangat suke kentang putar kfc. haha..bile satu masa adik bongsuku keje kat kfc lps spm, hari2 balik bawak kentang putar sampai naik jemu pulak... hehe

Bahan2 :

  • 4 biji kentang saiz sdhn
  • 1 sb marjerin
  • 1/3 cawan susu segar
  • sedikit garam
  • sedikit lada sulah

Cara2 :

Rebus kentang sehingga empuk & toskan & terus lecek kentang tu since dia masih panas lagi. Masukkan balik dalam periuk & masukkan susu serta marjerin. Kacau sebati & masukkan lada sulah. Rasa kentang, kalau xcukup sedap, masukkan sedikit garam. Kacau hingga pekat & angkat & boleh dihidang. Sedap...rasenye lemak2 sket.

(3) Gravy @ Blackpepper Sauce

Bahan2 :

  • 2 sb kicap manis
  • 1 sb serbuk lada hitam
  • 1 sk serbuk lada sulah
  • sedikit bawang besar - potong dadu
  • sedikit bawang putih - potong halus
  • sprh kiub pati ayam
  • 1/2 cawan air
  • garam secukupnya
  • sedikit bancuhan tepung jagung
  • sedikit minyak bijan/minyak biasa

Cara2 :

Tumis bawang besar, putih shg naik bau. Masukkan bahan2 yg selebihnya kecuali bancuhan tepung jagung. Kacau sehingga sebati. Masukkan air, kiub ayam & kemudian bancuhan tepung jagung. Kacau sehingga pekat. Angkat & sejukkan. Kemudian, kisar sos lada hitam & boleh dihidang.

(4) Simple Coleslaw

haha..spttnye xleh bg nama coleslaw sbb xguna kobis pun. aku guna ape je ade kat umah.

Bahan2 :

  • Mix Vege (beli dalam peket)
  • Sedikit bawang besar yg dipotong dadu
  • Sedikit mayonis
  • Sedikit madu
  • Sedikit garam
  • Sedikit lada sulah

Cara2 :

Celur Mix Vege & bawang dalam air yg mendidih. Aku xsuka bawang mentah. tu pasal celur. Toskan. Kemudian, gaulkan dengan mayonis, madu, garam & sedikit lada sulah. Rasa & simpan dlm peti sejuk utk dihidang bersama ayam panggang & kentang putar :)

(5) Blackpepper Baked Beans

Bahan2 :

  • 1 tin kecil Baked Beans
  • 1 sb serbuk lada hitam
  • sedikit bawang besar
  • sedikit garam

Cara2 :

Tumis bawang hingga wangi. Masukkan baked beans & serbuk lada hitam. Rasa & tambah garam jika perlu. Siap...

Ungkep Chicken & Suhun Goreng Tiram

Friday, March 25, 2011
Assalamualaikum semua! Selamat pagi Jumaat. Waah kejap je dah Jumaat balik. Uwaa... this weekend hubby kije lagi. Last weekend pun kije. Tak pelah... aku bersyukur, redha & sentiasa mendoakan kesejahteraan buatnya. Ape2pun, doakan kalian pun sama. Kena ceria2 selalu & kalau ada problem, sentiasa mendekatkan diri pdNya. Teringat kata2 kawan aku masa kat sekolah menengah dulu.... Hanya dengan mengingatiNYA, hati kita akan tenang... InsyaAllah (~_^)

Haha! harini nak cite pasal resepi semalam. Ungkep Chicken! Saje je aku campurkan Jawa & English (JAWENG)..hehe Btw, orang jawa je yang tau masak ungkep tu camane. Ok, utk orang yang bukan jawa, let's me explain... hehe Ungkep sama maksud dengap perap la... Tp tutup masakan ayam tu kat atas api. Bagi ayam tu masak. Dengan api yg sederhana. Itu ape yg aku faham jugak la... hehe. Aku sendiri pun orak reti banget ngomong jowo. Marah pakcik aku bile aku xreti cakap. Aku faham... cume, nak balas org cakap tu, kena bina ayat betul2. Kang malu je. Maklumlah, lahir kat kawasan Negeri9. Hurmm... Ade x org buat kelas bahasa jawa? hehe...

Okla. Jom kite tgk resepi2 Ungkep Chicken & Suhun Goreng Tiram utk dinner aku ngan hubby semalam. Licin jugak pinggan hubby. Siap bertambah2 nasi. Maklumlah.... 1st time rase masak ungkep ni. hehe... Utk suhun tu, since xdek sayur dlm fridge & sbb ade sebungkus tinggal, so aku masak je la buat tmbah2 lauk...

(1)Ungkep Chicken

Bahan2 :

  • 4 ketul ayam
  • 3 batang serai (diketuk)
  • 1 keping kecik asam gelugor (xmau byk sgt, nnti masam. time masak, kalau agk2 dah cukup masam, keluarkan asam tu.)
  • 2 helai daun salam (kat umah xde, aku blsh gune daun kunyit. sedap gak...hehe)
  • 1 sb gula merah/gula biasa
  • garam secukupnya
  • air secukupnya

Bahan kisar :

  • 1 biji bawang besar@5 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1/2 inci lengkuas
  • 3/4 inci kunyit hidup
  • 1 biji buah keras
  • 5 biji cili padi (pedas ikut selera sendiri)
  • 1 sk ketumbar (digoreng tnpa minyak dahulu)
  • 1 sk jintan kasar (digoreng tnpa minyak dahulu)
  • 1 sk jintan halus (digoreng tnpa minyak dahulu)

Cara2 :

  • Ayam cuci & toskan. Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bahan kisar hingga naik bau.
  • Masukkan serai & daun salam.
  • Kacau rata & masukkan ayam.
  • Tuang air secukupnya & tutup kuali supaya ayam masak sebati dengan rempah2 & bahan yang digunakan.
  • Bila agak2 5 minit (bergantung pd jumlah ketulan ayam), pastikan ayam sudah masak, masukkan asam gelugor, gula & garam.
  • Klau dah cukup rasa, boleh angkat & kuah bergantung pada citarasa anda.

p/s : bondeku, betul x resepi anakande ni? hehe...maklumlah, suatu masa dulu, suke makan je kat umah.... ingat2 lupe bahan2nye. Kang tipon mak, maunye bising...haha

(2) Suhun Goreng Tiram

Ni lagi simple. main campak2 je...hehe Sbnrnye, nak masak ni kene kreatif. Ape yg ade kat dapur tu, campur2...campak2...jadik le sedap...hehe

Bahan2 :

  • 1 bungkus kecik suhun (xkisah jename ape..hehe)
  • 2 batang cili kering (potong kecik2)
  • 2 ulas bawang merah (potong halus)
  • 1 ulas bawang putih (potong/ketuk je..)
  • 2 sb sos tiram
  • 1 sb kicap manis kipas udang (guna kicap ape2 pun buley..hehe)
  • garam secukupnya

Cara2 :

  • Rendam suhun dalam air biasa. agak2 dah lembut, toskan.
  • Tumiskan cili kering, bawang merah & putih bersama sos tiram & kicap.
  • Masukkan suhun yang telah direndam tadi & masak hingga rata kesemua suhun.
  • Kalau xcukup rasa, bubuh sedikit garam. Tp, kalau ikutkan dah cukup masin sebab dah ade sos tiram ngan kicap.
  • Taraa...terus hidang. (hehe..smlm, lum sempat hubby balik, dah ngapp sikit...)

Jemput-jemput Ikan Bilis Rangup

Thursday, March 24, 2011
Jemput la ye.... hehe. Tibe2 rase lapar tghri td ni. Nak makan ape lak ek. Sorang2 aje kat umah. Tibe2 teringin nak makan Jemput-jemput Ikan Bilis Rangup. Hurmm teringat kat hubby. Dia suke ikan bilis rangup.

Abang, sorila ye sbb pg td sayang xdone nak buat tuk breakfast abang. Pg td abang breakfast Oat Bread Toast dgn Kek Cekelat mlm td yg sayang masukkn dlm fridge. hehe...Sori...

Okla... layan la menu simple aku tghri ni td... wp cume makan jemput2, tp mateku cam ngantuk plak nih...huhu

Jemput2 Ikan Bilis Rangup

Bahan2 :

  • 1 cawan Tepung Gandum
  • Sedikit Ikan Bilis
  • Sedikit bawang besar (potong dadu)
  • Sedikit garam
  • Sedikit Secukup Rasa
  • Sedikit Air Panas
  • Sedikit Air biasa
  • Minyak utk menggoreng

Cara2 :

  • Basuh Ikan bilis.
  • Campurkan Ikan bilis, bawang, tepung, garam & secukup rasa.
  • Gaulkan dengan sedikit air panas & kacau bagi rata.
  • Campurkan sedikit air biasa/sejuk. Agak2 adunan tidak terlalu cair.
  • Panaskan minyak & masukkan adunan sedikit2 ke dalam minyak panas & goreng sehingga masak. (aku suke guna jari jemariku & mesti jadik comel...hehe)
  • Ok...selamat mencube.

Happy Birthday, Sayang! (23.03.2011)

Happy Birthday, Sayang!

Itulah ucapan pertama yang singgah di telingaku tepat jam 11:30 malam 22.03.2011. Haha! awalnye wish! Ye la... en asben takut tido awal... kang ade yang merajuk kalau x wish. Kalau xdapat present, tp dpt wish pun dah cukup bersyukur. Thanx so much to My Darling Hubby & we've a wonderfull candle light dinner last night. Simple but nice. Terharu plak sbb lepas acara makan2, acara potong kek yg aku buat tu... Hubby siap nyanyi birthday song tuk aku. Ahakss sungguh terharu. Kalau last year, celebrate ngan Mak, Abah & adik2 je... Tp, this year, dgn hubby plak. It's such a great year & aku bersyukur sgt2... Alhamdulillah...

Btw, thanx a lot jugak to all my dear frens yg wish via fb & sms. Penuh wall aku! hehe... kadang2 kan, wp ianya cuma ucapan 2 perkataan tu je yg kite terima dr kawan2, ia ttp bg kesan kat diri kite. Terasa yang sbnrnye kite ni x keseorangan kat JB nih... uhukk....

Dan, terima kasih jugak x terhingga buat Adik2 ku, Ana, Ijul & Pipit & jugak Mak Abah, angah (adik iparku), Mak & Ayah Mertuaku atas ingatan mereka. Love u all...

Well, just a simple candle light dinner last night with My Darling Hubby. Aku masak Nasi Serai, Ayam Panggang Madu & Sup Sifar. Dan jugak Chocolate Cake....hehe sedappp....

(1) Chocolate Cake

Bahan2 :

Bahan A

  • 2 cawan tepung
  • 3/4 cawan serbuk koko (huhu..since serbuk koko xde, aku kene korbankan Hershey's aku..)
  • 2 sk serbuk penaik
  • 2 sk baking soda

Bahan B :

  • 2 cawan gula castor
  • 2 biji telur
  • 1 cawan minyak jagung
  • 1 sk esen vanilla

Bahan C:

  • 1 cawan susu segar
  • 1/2 sk garam, 1 sk Nescafe dicampur ke dalam 1 cawan air panas

Cara2:

  • Ayak bahan A.
  • Pukul semua bahan B lebih kurang 1 stgh minit.
  • Masukkan bahan A & bahan B. Kacau sehingga semuanya sebati.
  • Panaskan & bakar dalam oven 170C selama 45 min.

(2) Nasi Serai

Bahan2 :

  • 1 cawan beras (nak sedap, basmathi la...)
  • 2 cawan air stok ayam (aku guna 1 kuib ayam & 2 cwn air panas)
  • 1 helai daun pandan
  • 2 batang serai
  • 1/2 biji bawang besar (potong dadu)
  • 1 inci halia (hiris)
  • Sedikit bunga lawang, kayu manis
  • 1 sb marjerin/minyak sapi
  • sedikit garam

Cara2 :

  • Panaskan marjerin/minyak sapi & tumis bawang, bunga lawang, kayu manis & halia hg naik bau.
  • Masukkan serai & daun pandan. Masukkan sekali beras & gaul rata.
  • Masukkan air stok ayam & masak sehingga nasi masak.
  • Sedia dihidang bersama ayam panggang madu & sup sifar :)

(3) Ayam Panggang Madu

Bahan2:

Utk perap ayam :

  • 1 ekor ayam
  • 3 sb marjerin
  • 1 sb madu
  • 2 sb kicap
  • 2 ulas bawang putih (racik halus)
  • 1 inci halia (racik halus)
  • 1 sk lada hitam
  • sedikit garam

Utk sos :

  • 1 sb sos tiram
  • 2 sb kicap
  • 2 sb air stok ayam (boleh guna kiub pati ayam & campur dgn air)
  • 1 sb madu
  • 1 sk minyak
  • 1 sb tepung jagung (bancuh dgn sedikit air)

Cara2 :

  • Ayam dibersihkan & tos. Klau lmbt sgt, lap je ngan kitchen towel boleh jugak.
  • Satukan bahan2 utk perap ayam.
  • Campurkan & lumur ke atas ayam & perap selama 1 jam.
  • Panaskan oven 200C. Panggang ayam selama 15 min & kecilkan suhu ke 150C dan terus panggang selama 30 min lagi sehingga ayam masak (tp, smlm aku panggang atas dapur terus sbb xcukup masa...hehe)
  • Utk sos : satukan semua bahan kecuali tepung jagung ke dalam kuali kecil. Kacau hg mendidih. Kecilkan api & masukkan bancuhan tepung jagung & kacau shg sos pekat.
  • Potong ayam & curahkan sos.

(4) Sup Sifar

Bahan2 :

  • Sedikit Bawang Besar (potong dadu)
  • Sedikit Bawang Putih (tumbuk)
  • 1 Batang Kayu Manis
  • 1 Kuntum Bunga Lawang
  • 1 sb rempah sup

Cara2 :

  • Reneh semua bahan dalam separuh air periuk kecik sehingga mendidih.
  • Tutup api & sedia dihidang.

Mode : Malas

Monday, March 21, 2011
Semalam malas sket. Lebih2 lagi dah lama x update menu2 masakan ku. Bukan ape, malas nak amek gmbo. Masak pun ala kadar je. Semalam masak simple je. Lagi2 barang kat fridge dah yilek... huhu al maklumlah... dah hujung bulan. Alang2 nak berbelanje dapur, tunggu je gaji hubby nanti.... hehe...

Ni tgh malas dan ngade2 nak amek gmbo dapur dan fridge, bukti xdek lauk menarik tuk dimasak... ngee3.... Yang tinggal, makanan2 segera je... cane tuh? :-P

Mari kite tgk kat dapur aku ngan dalam fridge bukti xdek stok lauk...huhuhu :-P

Dapur yg kelihatan bersih.. Mcm xrajin ke dapur je ek... eppp dapur mesti bersih tau...

See... tinggal kulit popiah, askem, nugget & bekas2 ais (tuk aku mandi ais...utk kesihatan..hehe)

Tinggal roti Butterscotch ngan Orange & Apple je... huhuhu...

Nengok... HL tu la tuk menu breakfast aku ngan hubby.... hehe

Meja makan yang dah siap lauk kat bawah tudung saji tu... tunggu hubby balik utk kami ngapp je..

Balang2 makanan yg mesti ade atas meja makan. Cam raye plak kan? hehe

Oklah, menu harini cume sambal kentang dan ikan bilis rangup bersama telur dadar kosong.

Sambal tumis ikan bilis rangup

Bahan2 :

  • Kentang sebiji (potong ikut suke) - goreng kekuningan
  • Ikan bilis (agak2 nak byk mane) - goreng rangup
  • 1 btg Serai (ketuk)
  • Cili Kisar
  • Sos Cili
  • Sos Tiram
  • Serbuk Secukup Rasa
  • Garam sket (jike perlu, sbb mungkin dah masin sbb ade sos tiram dan ikan bilis)

p/s : aku x gune bwg. sbb? huhu.. bwg dah abih tuh... tp, rase ttp sedap wehhh...

Cara2 :

  • Tumis serai, cili kisar, sos cili, sos tiram dan secukup rasa.
  • Letak air jika perlu utk bagi berkuah.
  • Masukkan kentang dan Ikan Bilis yang telah digoreng td.
  • Rasa masakan dan bubuh garam jika perlu.
  • Tadaaa....

Telur Dadar Kosong

Bahan2 :

  • Telur 2 biji
  • Sedikit Mayonis
  • Sedikit Serbuk Secukup rasa
  • Sedikit Udang kering ditumbuk

Cara2 :

  • Panaskan sedikit minyak
  • Kacau bahan2 semua dan masukkan ke dalam kuali.
  • Goreng hingga kedua2 belah masak.
  • Kalau suke garing, tunggu sampai garing sket...
  • Makannn...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...