Salam Kasih Dariku ;

Assalamualaikum & Salam Sejahtera. Terima Kasih byk2... Thanx a lot... Arigato... Gambsahabnida... sbb sudi singgah & belek2 dapurku ini. TERIMA KASIH & SELAMAT MENCUBE kepada yang sudi ingin mencube resepi2 yang ada di sini. Saya budak baru belajar. Hehehe... Mula ghairah & bersemangat dgn ape jua masakan sejak bergelar isteri & jadi surirumah. Sejak itu, setiap hari dok belek majalah2 resepi, internet & ape jua sumber utk mencari sesuatu yg menarik untuk dimasak & dijamu buat suami tercinta. Setiap hari jua cuba untuk belajar sesuatu yg baru. Tapi skang, berusaha untuk cube masak best2 sebab dah sibuk dgn kerja... Moga kalian dapat memberikan semangat & sokongan serta pandangan yg berguna buatku... Silalah FOLLOW, COMMENT & VOTE blog saya ini. Terima kasih daun kari... Lain kali dtg la cni lagi... hehe (~_^) Sebarang pandangan, bolehlah email saya di yayang.nasir@gmail.com atau pun YM : yayang2332. terima kasih.



Anda suke blog ini?

Mi Sup Pikat Suami

Friday, April 22, 2011
Waah....bace tajuk je hangat ek! hehehhehe.... Btw, ni tuk lunch aku & hubby tadi. Hubby balik solat Jumaat je, kami terus makan. Aku dah lapo sbnrnye... heheheh.

Ok, let's check it out ape bahan2 yang aku gunekan ek utk pikat suami...ehehehhe...*wink*

Mi Sup Pikat Suami

Bahan2 :

  • 1 1/2 keping CINTAN Non-Fried Noodle (celur dengan air panas yang mendidih, toskan & ketepikan)
  • 1 mangkuk ayam yang telah dipotong kecik

BAHAN TUMIS

  • 1/2 biji bawang besar (potong dadu)
  • 2 ulas bawang putih (ketuk)
  • 1 inci hali (ketuk)
  • 1 keping bunga lawang
  • 1 batang kayu manis
  • sedikit cengkih
  • sedikit buah pala

  • 2 sk serbuk lada putih
  • 3 sb rempah sup - bancuh dgn sedikit air panas
  • 1 kiub pati ayam - bancuh bersama rempah sup
  • garam secukupnya
  • 2 sk Secukup Rasa
  • Air secukupnya
  • 2 sb minyak jagung
  • 2 biji telur

SAYURAN (optional)

  • Kobis (potong halus)
  • Lobak Merah
  • Taugeh

* Sayuran boleh dicelur sahaja & tuang ke dalam mangkuk berisi mi & kuah sup ketika menghidang.

Cara2 :

  • Panaskan minyak dengan menggunakan api sederhana. Tumiskan bahan tumis sehingga naik bau. Masukkan rempah sup & kiub yang dibancuh dengan air panas. Kemudian masukkan air separuh periuk. Masukkan serbuk lada putih, garam secukupnya & secukup rasa. Kacau sebati. Masukkan ayam & tutup periuk supaya ayam cepat masak. Setelah ayam masak, masukkan lagi air ikut berapa banyak yang kita perlukan. Tambahkan garam jika perlu. Ketika kuah mendidih, pecahkan telur satu persatu & tunggu kira2 5 minit atau lebih sehingga telur masak. Mi yang telah dicelur, masukkan ke dalam mangkuk hidangan bersama sayur2an & tuang kuah ke atasnya. Sedap di makan ketika panas. Selamat Mencuba. Suami pasti terpikat! hehehhe....

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...