Salam Kasih Dariku ;

Assalamualaikum & Salam Sejahtera. Terima Kasih byk2... Thanx a lot... Arigato... Gambsahabnida... sbb sudi singgah & belek2 dapurku ini. TERIMA KASIH & SELAMAT MENCUBE kepada yang sudi ingin mencube resepi2 yang ada di sini. Saya budak baru belajar. Hehehe... Mula ghairah & bersemangat dgn ape jua masakan sejak bergelar isteri & jadi surirumah. Sejak itu, setiap hari dok belek majalah2 resepi, internet & ape jua sumber utk mencari sesuatu yg menarik untuk dimasak & dijamu buat suami tercinta. Setiap hari jua cuba untuk belajar sesuatu yg baru. Tapi skang, berusaha untuk cube masak best2 sebab dah sibuk dgn kerja... Moga kalian dapat memberikan semangat & sokongan serta pandangan yg berguna buatku... Silalah FOLLOW, COMMENT & VOTE blog saya ini. Terima kasih daun kari... Lain kali dtg la cni lagi... hehe (~_^) Sebarang pandangan, bolehlah email saya di yayang.nasir@gmail.com atau pun YM : yayang2332. terima kasih.



Anda suke blog ini?

Perbezaan antara ASB & Public Mutual Unit Trust

Thursday, May 26, 2011
ASB :
  1. 1) Diuruskan oleh kerajaan khas untuk BUMIPUTERA sahaja.
  2. 2) Masih dikategorikan TIDAK PATUH Syariah oleh Suruhanjaya Sekuriti. Sila lihat sini. Yang bertanda * adalah mematuhi Syariah.
  3. 3) Tawarkan 1 bentuk pulangan sahaja iaitu Dividen. (6%-8%)
  4. 4) Tiada yuran pengurusan @ Yuran tahunan.
  5. 5) Harga untuk jual beli ADALAH SAMA. RM1.00 seunit. Kalau laburkan RM10,000 boleh jamin dapat semula modal RM10,000. Jaminan pelaburan modal tidak akan lupus adalah TIDAK SAH menurut ulama' 4 mazhab. Sila lihat sini.
  6. 6) Anda boleh keluarkan bila2 masa sahaja pada waktu pejabat. Duit akan dapat terus.

Public Mutual Unit Trust :

  1. 1) Diuruskan oleh badan swasta & terbuka kepada semua. Terdapat Pelaburan Syariah & Pelaburan Konvensional.
  2. 2) Unit Trust Islamic Fund adalah patuh Syariah. Terdapat Panel Penasihat Syariah.
  3. 3) Memberikan 2 bentuk pulangan iaitu; Dividen & Pertambahan Unit.
  4. 4) Setiap pelaburan dikenakan servis caj 5.5% & Yuran tahunan 1.5%.
  5. 5) Harga jual beli BERUBAH-UBAH & tiada jaminan modal pelaburan.
  6. 6) Boleh keluarkan bila2 masa sahaja. Tetapi pembayaran dibuat melalui debit akaun @ cek.
  7. 7) Terdapat beberapa jenis pelaburan yang boleh disesuaikan dengan profile risiko pelabur iaitu Aggresive, Imbang & Konservatif.

P/s: janganlah tunggu LAMA-LAMA !!!

Melaburlah dengan Unit Amanah Public Mutual

Assalamualaikum... Alhamdulillah, syukur kepada Allah sbb kita diberikan lagi nafas di bumi Allah ini. Dan, dalam pada yang sama, ucapan takziah kepada keluarga mangsa tanah runtuh di Rumah Anak2 Yatim Hulu Selangor.

Ok, sorry jugak sbb harini saya x buat entry untuk masakan. Tapi, saya nak share berkenaan Public Mutual Unit Trust. Sebagai salah seorang Perunding Kewangan di Public Mutual, saya nak berkongsi & dalam pada masa yang sama membantu anda untuk menggandakan nilai simpanan anda untuk jangka masa panjang.

Banyak orang bertanya; apa kelebihan Public Mutual Unit Trust?

  1. --> Tentunya Syarikat Pelaburan Swasta No.1 di Malaysia.
  2. --> Pelaburan yang berlandaskan Syariah/Islamik.
  3. --> Pulangan yang tinggi serendah 10%-20% setahun, dan mungkin lebih.
  4. --> Modal yang tidak hilang.
  5. --> Boleh membuat pengeluaran pada bila2 masa shj. Namun, ianya tidak digalakkan kerana tujuan pelaburan adalah untuk jangkamasa panjang & mendapat pulangan yang tinggi (Min 3 tahun).
  6. --> Insuran Takaful percuma.
  7. --> Selamat - sebab ada pemegang Amanah (trustee).
  8. --> Pengurus dana yang berpengalaman lebih 30 tahun.
  9. --> Modal serendah RM1000. Tambahan pelaburan Min RM100 bila2 masa shj.
  10. --> Tak cukup modal? Boleh keluarkan daripada KWSP 20% daripada Akaun 1. Duit akan dipindahkan terus ke Public Mutual. So, tak akan hilang.
  11. --> Kalau melabur menggunakan KWSP, akan dapat purata Dividen KWSP 5% + purata Dividen Public Mutual 15% = 20%.
  12. --> Purata Pulangan / Dividen : Simpanan Tetap = 3% - 4%, KWSP = 4% - 5%, ASB = 8%, Public Mutual Unit Trust = 10% - 20% & mungkin lebih. (Fikir2kanlah ye...)

Tidak dinafikan segala bentuk pelaburan itu berisiko, namun, anda tidak perlu risau kerana sejarah Public Mutual itu sendiri menunjukkan peningkatan pulangan. Tidak dinafikan juga, andai krisis kewangan berlaku, ianya memberikan kesan kepada pelaburan unit amanah ini. Tetapi, ianya segera diatasi tanpa menunggu lebih lama. Kenapa? KERANA : duit/dana kita itu akan dilaburkan ke dalam syarikat2 besar di papan utama Bursa Saham seperti; TM Berhad (tempat kerja lama saya), Sime Darby, Petronas & sebagainya yang berlandaskan syariah. Syarikat2 besar ini tidak mungkin sekali akan mengalami kerugian besar & sekiranya berlaku kerugian kecil, ia pastinya mudah untuk diatasi.

Sebenarnya, kalau anda pening kepala nak fikirkan pasal pelaburan anda, anda tidak perlu risau. Serahkan saja kepada perunding kewangan anda. Mereka akan uruskan dana anda. Mereka akan sentiasa membantu anda. Ianya tidak perlu dibayar.

Takut perunding kewangan/agen unit trust ini menyalahgunakan duit anda? Tidak perlu risau. Cek yang anda serahkan tentunya di atas nama Public Mutual Berhad & tidak boleh ditukarmilik.

Fikirkanlah. Masa depan kita akan terjamin andai kita melaburkan duit/dana kita ke arah yang terbaik & sesungguhnya ianya berlandaskan Syariah.

Anda kaya? tak tahu nak buat apa dengan duit anda? ingin menggandakan duit anda? Atau anda pemilik syarikat? Ingin menggandakan nilai keuntungan syarikat anda? Melaburlah dengan bijak di Public Mutual Unit Trust. Saya sedia membantu anda.

Testimonial : Ada seorang pakcik melabur dengan rakan saya sebanyak RM30,000. Selang 7 bulan beliau ingin keluarkan duit itu untuk tujuan kecemasan. Sebaik rakan saya memeriksa simpanan pelaburan pakcik itu di Public Mutual, nilai RM30,000 telah bertambah RM8,000 kepada RM38,000 untuk 7 bulan. Bayangkan sekiranya duit/dana itu dilaburkan untuk tempoh paling kurang 3 tahun? Fikir2 kanlah...

Siti Hajar Mohd Nasir

Unit Trust Consultant
Public Mutual Berhad
013-2085499

p/s : buatlah keputusan BIJAK & TERBAIK hari ini untuk masa depan anda!

Ikan Siakap Asam Pedas

Wednesday, May 25, 2011
Assalamualaikum. Selamat Petang... Hurmm, hari ni aku masak. Tp, simple2 je. Resepi kat bawah lauk aku ngan hubby Isnin kelmarin. Sedap tul makan ikan siakap ni. Manis je isi dia. Memang one of my fav fish la... Tp, bak kata hubby, xleh selalu... Ongkosnyaaa.... ehhehehehe... Seekor aku beli tu pun bape belas hengget ye... lupe...

Sepanjang hari ni aku sebuk buat research lagi pasal Public Mutual. Yelah... nak meyakinkan orang, kita kena study & buat research. Semua tu penting. Kepada sesiapa yang belum invest lagi, meh laburkan duit anda di Public Mutual. Apa2, boleh baca details kat entry aku pasal Public Mutual.

Aku teringat kata2 Jhang Hyuk dalam siri MIDAS kat Channel 393 Astro. Dia cakap; hanya orang yang kurang bijak sahaja melabur di dalam hartanah. Hurmmm.... fikir2kanlah ye.

Ok, jom tengok resepi yang menyelerakan kat bawah ni. Sedap tauuu!!

Ikan Siakap Asam Pedas

Bahan2 :

  • 1 ekor ikan siakap (belah 2)
  • 4 sb pes cili @ cili kisar
  • 1 sb pes bawang
  • 1 1/2 inci belacan (dibakar & kisar)
  • 1/2 inci halia (kisar)
  • 1/2 inci kunyit (kisar)
  • 1 biji tomato (kisar)
  • Air asam jawa secukupnya
  • Air secukupnya
  • Segenggam Daun Kesum
  • Garam & Gula secukupnya
  • Sedikit minyak untuk menumis

Cara2 :

  • Panaskan minyak di dalam periuk. Tumis bahan kisar, pes cili & pes bawang sehingga pecah minyak. Masukkan air. Kacau sebati. Masukkan ikan & tutup periuk. Setelah mendidih, masukkan air asam jawa, daun kesum, garam & gula secukupnya. Setelah mendidih, matikan api & boleh dihidang panas2 bersama nasi putih. Sungguh menyelerakan! Selamat mencube!

Kek Batik Jawe

Tuesday, May 24, 2011
Hehehhehe... tang "Jawe" tu aku tambah sendiri. Sukahati aku la ek... Aku yang masak... ehheehhe... Aku buat kek batik ni masa family datang sini. Jomla tengok resepi kat bawah.

Kek Batik

Bahan2 :

  • 1 peket biskut Marrie
  • 200gm Milo
  • 3/4 susu pekat
  • 5 biji telur
  • 1 sk esen vanila
  • 2/3 cawan butter
  • 2 sb serbuk koko
  • 1 sk nescafe
  • 2 sb air panas

Cara2 :

  • Loyang 7 inci di lapik dengan kertas minyak/baking paper. Pastikan kertas tu lebih sebab senang nak keluarkan nanti. Satukan semua bahan, kecuali butter ke dalam periuk. Masak di atas api sederhana untuk pastikan bahagian bawah tidak hangit. Kacau sehingga sebati. Masukkan butter. Kacau sehingga pekat dan berbintil2. Matikan api. Patah2kan biskut Merrie ke dalam mangkuk lain. Kacau sebati & sendukkan sedikit demi sedikit ke dalam loyang tadi sehingga habis. Tekan sedikit dengan lebihan kertas supaya rata & tutup. Sejukkan di dalam peti sejuk beberapa jam. Potong & hidangkan.

Resepi dari : HanaMemories (tq...)

Pengat Pisang Sweet Corn

Assalamualaikum... Dah beberapa hari tak update resepi2 ek? Bukan x masak... Weekend haritu family dari Salak Tinggi, Sepang turun JB. Mak, Abah, Adik Ana & Adik Ijul. Sebab nak hantar adik ijul masuk Kolej Matrikulasi Teknikal Johor kat Pontian. Alhamdulillah... ada adik yang dekat2 ngan JB. So, kalau2 dia xnak balik Salak, boleh duduk rumah aku kat JB. Hubby pun setuju.

So, masa mak abah datang, mak abah ada bawak Pisang Awak beberapa sisir. Banyak jugak. Apa lagi... Semalam, aku teringin nak makan pengat, aku buatlah Pengat Pisang satu sisir. Dapatlah 2 bekas untuk aku bagi jiran tetangge. Sedap jugak buat Pengat Pisang guna pisang awak sbb x berapa manis sangat. Manis2 buah la...

Ok, tak yah nak cot-cet panjang2, jom kita tengok resepi kat bawah...

Pengat Pisang

Bahan2 :

  • 7 biji @ 1 sisir pisang awak (potong serong, potong 2)
  • 2 sb sagu
  • 1 kotak santan @ 200ml
  • 1 tin Sweet Corn (Jagung Manis)
  • Gula Kabung secukupnya
  • Gula Pasir secukupnya
  • 1 sk esen vanila
  • Air secukupnya
  • Beberapa helai daun pandan (disimpul)
  • 3 sb tepung gandum (bancuh dengan sedikit air & sedikit madu)

Cara2 :

  • Masak sagu bersama air sehingga kejernihan @ mendidih. Gunakan api yang sederhana. Masukkan bancuhan tepung sedikit demi sedikit (seperti buat jemput2, tp sikit2 je) ke dalam air yang mendidih. Dalam beberapa minit, kacau & pastikan tepung tidak melekat antara satu sama lain. Masukkan pisang, gula kabung, gula pasir, esen vanila & daun pandan. Kacau rata. Mendidih, masukkan santan & kacau. Rasa & tmbh gula jika perlu. Sedia untuk dihidang. Sedap di makan panas ataupun sejuk.

French Toast

Wednesday, May 18, 2011
Assalamualaikum... Alhamdulillah.. masih lagi kita bernafas di bumi Allah ni. Harini xde apa yang menarik. Cuma, nak share aku breakfast apa pagi tadi. Kali ni aku try resepi dari Joy Of Baking. Mmg sedap la. Cuma, aku buh gula sket. Kalau guna french bread mungkin lagi sedap. Maklumlah, ni guna Gardenia je... eheheh... Ape2 pun, still sedap. Lemak, manis & berkrim. Hurmmm ni hubby aku x suka. Dia x suka makanan yang manis2. Klau buat bread toast utk dia, buat jenis biasa2 kita buat tu, telur ngn sedikit garam je... Pastu, dia cicah ngn sambal... Hurmm, itu fav dia la. Aku ni ala2 western la kunun... ehhehe.... Bukan ape, suka mencube macam2 jenis makanan. Yela, sok mane tau tercampak kat negara orang, xdek la dok risau nak makan ape. Terpk nak bawak belacan ke ape... Asalkan makanan tu halal dimakan, ngappp saje lah... ehehhe...

Ok, jom tengok resepi kat bawah. Aku dah kurangkan sukatan. Bergantung kepada roti yang aku gunakan + jimat telur... ehehhe

French Toast

Resepi asal dari Joy Of Baking.

Bahan2 :

  • 4 keping roti putih (potong ikut suka)
  • 1 biji telur
  • 60 ml susu segar (1/4 cawan)
  • Sedikit serbuk kayu manis
  • Sedikit esen vanilla
  • Sedikit garam
  • 1 sb gula
  • Sedikit butter for frying

Cara2 :

  • Pukul telur bersama2 bahan2 lain. Kacau sebati. Panaskan frying pan dengan sedikit butter. Celupkan roti sedikit demi sedikit & masukkan ke dalam frying pan. Terbalik2kan & pastikan kedua2 belah masak keperang2an. Ulang semula sehingga roti & bancuhan telur habis. Sedia dimakan utk sarapan pagi @ minum petang.

p/s : breakfast pagi tadi french toast bersama segelas susu suam. hurmmm.....

Jemput-jemput Ayam, Ayam Merah Pedas

Monday, May 16, 2011
Assalamualaikum... Morning u olz! ehehhe... awal ye aku bangun? Ala... tu pun, sbb hubby harini bgn utk g keje kul 6:15pg. So, pergi keje dah terang... aku pun xdek plak teringin nak lelapkan balik mate. Kalau selalu, bgn kul 5:00pg, menerawang la mate aku! lepas hubby g keje, aku solat subuh... sambung balik jap mimpi. ehhehe...

Pagi ni, aku panaskan jemput-jemput ayam malam tadi nye kat dalam oven tuk breakfast. Ingatkan semalam xnak masak atas sbb2 tertentu. Tp, memandangkan hubby suke makan kat rumah, x pelah... Asalnye masak jemput2 je. Pastu, bile terpk nak masak lauk pulak, jemput2 tu xterusik dek penangan ayam merah pedas ku... Perghh pedas gak chilli paste yang aku buat smlm. Ingatkan, cili kering yang kerinting yang pedas. Hurmm, so next time jgn buh banyak sangat. Perut aku sensitif sket makan pedas2 sangat. Dia scan abis kang...

Okla, jom tengok resepi2 kat bawah. Oh ye, jemput-jemput ayam tu sedap tau... Aku pun xsangke sesedap ni... Makan ngan cili sos & mayonis... Sedappp...

(1) Jemput-jemput Ayam

Bahan2 :

  • 1 mangkuk kecik Ayam tanpa tulang - potong kecik2 (tak perlu digoreng dahulu)
  • 1 sb pes bawang (aku rase, yang menyedapkannya adalah pes bawang. selalu buat pakai bawang biasa, xdeklah kaw2 camni... ayam tu rasa cam ala2 grill. terasa bahan2 tu meresap kat ayam)
  • 5 sb tepung gandum
  • Garam & 'secukup rasa' secukupnya
  • Sedikit air panas yang mendidih (utk lembutkan jemput2)
  • Sedikit air biasa
  • Minyak untuk menggoreng (tidak perlu banyak sangat. Cukup sekadar meliputi separuh jemput2)

Cara2 :

  • Masukkan tepung gandum, pes bawang, garam & perasa ke dalam mangkuk yang sederhana besar. Masukkan sedikit air panas yang mendidih, kacau sebati. Air panas tu tak perlu banyak sangat. Cukuplah sekadar boleh gaulkan kesemua tepung. Masukkan ayam yang telah dipotong kecik ke dalam mangkuk tepung. Masukkan sedikit air biasa. Pastikan ianya tidak cair. Gaul sebati. Panaskan minyak ke dalam kuali. Jemputkan @ sudukan sedikit demi sedikit bancuhan tepung & ayam tersebut ke dalam kuali. Goreng & terbalik2kan kedua2 belah jemput2 tersebut & pastikan ianya masak keperang2an kedua2 belah. Ulang sehingga bancuhan tepung habis. Sedia dihidang & sedap dimakan bersama sos cili & mayonis. Selamat Mencube!

(2) Ayam Merah Pedas

Bahan2 :

  • 4 ketul ayam sederhana besar
  • 3 sb pes cili
  • 1 sb pes bawang
  • 3 sb air asam jawa
  • Garam & Gula secukupnya
  • Air secukupnya

Cara2 :

  • Panaskan sedikit minyak ke dalam kuali. Tumis pes bawang & pes cili sehingga cili masak. Masukkan air, garam & gula secukupnya. Kacau sebati. Masukkan ayam & kacau sebentar. Tutup kuali & pastikan sehingga ayam masak @ kuah mendidih. Masukkan air asam jawa. Kacau & rasa kuah. Tambahkan perasa jika perlu. Tunggu sehingga mendidih & boleh dihidang untuk makan tengahari @ malam.

p/s : pes bawang @ pes cili boleh tgk resepi di bahagian 'categories'.

Petua Dapur #1

Sunday, May 15, 2011
Assalamualaikum.. Selamat Malam. Hurmm, esok dah Isnin. So, kepada sesiapa yang bekerja, tidurlah awal ye...

Ok, kali ni terpanggil pulak untuk aku share petua2 dapur utk manfaat bersama. Petua2 ni aku dapat dari sebuah buku resepi; Mmm Enaknya.

Ayam Goreng Lebih Rangup

Petua : Gaulkan ayam dengan garam dan kunyit. kemudian salutkan sedikit tepung sagu pada ayam tersebut dan goreng seperti biasa. Selain lebih rangup, ayam goreng juga akan menjadi lebih sedap.

Buang Tulang Ikan Terubuk/Parang

Petua : Pegang bahagian ekor dan kepala ikan. Tarik ia arah bertentangan sehingga bunyi berderap. Cara ini akan memudahkan kita memakan isi ikan tersebut.

Udang Sentiasa Segar

Petua : Bagi mengelakkan udang berbau busuk, perahkan air limau nipis semasa hendak menyimpannya di dalam peti sejuk. Selain sentiasa segar, udang juga akan bertahan lebih lama.

Cara Mudah Bersihkan Sotong

Petua : Rendam sotong di dalam air beras dan biarkan selama 10 minit. Hasilnya, kulit sotong akan lekang dan ia akan memudahkan anda untuk membersihkannya selain bau hanyirnya juga akan hilang.

Simple Bread Toast

Oh ye, ni breakfast aku pagi tadi. Lupe lak, pagi tadi makan ape. Pagi tadi bgn tido rasa cam berpinar2 lak pale... Hubby dah bising suh makan ubat bagai... Bukan ape, aku ni paling malas la nak makan ubat. Yelah kan.. ubat klinik ni, kalau teruk je aku makan. Sebab ape, sebab kunun2 xnak manjakan diri yang kunun2 sakit. eheheh...

Jom la tgk resepi paling senang untuk breakfast nih...

Simple Bread Toast

Bahan2 :

  • 2 keping roti (potong 2 - ikut suka la ye...)
  • 1 biji telur
  • sedikit garam
  • sedikit 'secukup rasa'
  • sedikit mayonis
  • Sedikit butter (untuk menggoreng roti)

Cara2 :

  • Pukul telur bersama2 bahan2 lain. Sementara itu, panaskan butter di atas frying pan menggunakan api yang kecil. Celup kan roti di dalam bancuhan telur & masukkan ke dalam frying pan. Terbalik2kan roti & pastikan kedua2 belah masak keperang2an. Ulang sehingga bancuhan telur & roti habis. Sedia dihidang & sesuai untuk sarapan & minum petang.

Ikan Kembung Masak Kicap Lada Hitam

Hurmm... ni lauk semalam sebenarnya. Salah satu operasi gugur ikan! haha... Nasib la... Kaye tul asik makan ikan je... Ni last la ikan yang ade dalam stok. Next week beli lain sbb nak beli lauk lebih sket memandangkan Bonda & Ayahandaku serta adik2 nak turun JB. Yeay yeay!! Rindu derang! Itupun sbb nak anta adik bongsuku pergi Matrik Teknikal kat Pontian.

Ok2.. lauk kicap lada hitam ni lauk sempoi je sebenarnye. Main campak2. Ni pun, time nak type resepi, dok cube ingat2 balik ape yang aku campak dalam koli smlm. Rase? sedap je... kalau x sedap, hubby xmakan licin.. Nasi 1 pot yang selalu x abis pun, abis... ehehhee

Jom2 tgk resepi campak2 aku... ekekkeke....

Ikan Kembung Masak Kicap Lada Hitam

Bahan2 :

  • 1 ekor ikan kembung (kes makan berdua je! hehe) - goreng garing dengan sedikit serbuk kunyit & garam
  • 1 sb pes bawang @ 2 biji bawang merah & 1 ulas bawang putih (tumbuk)
  • 1 sb cili kisar
  • 1 sk serbuk lada hitam
  • 1 inci halia
  • bahan rempah : 1 batang kayu manis, 1 kuntum bunga lawang, 2 biji buah pelaga
  • Kicap secukupnya (lupe plak nak agak2 berapa byk guna. Tp, bg aku, asalkan dah pekat, rasa ok, ok la tu... Apa2 pun, ikut selera sendiri)
  • Air secukupnya
  • Minyak utk menumis
  • Sedikit perasa (jika perlu)

Cara2 :

  • Panaskan minyak. Tumis pes bawang, halia, cili kisar & bahan rempah sehingga naik bau. Masukkan kicap & serbuk lada hitam. Kacau sebati. Masukkan sedikit air. Masukkan ikan yang telah digoreng terlebih dahulu. Kacau sebati & pastikan kicap mencukupi. Tidak perlu masukkan garam. Cukup sekadar masukkan sedikit perasa, jika perlu. Setelah mendidih & kuah seakan pekat, matikan api & boleh dihidang. Sesuai untuk makan tengahari @ malam.

p/s : semalam ada jugak masak sayur kobis goreng bersama udang. tp lupa nak amek gmbo lak. haa... tu kes lapo.. eheh

Simple Chilli Paste

Alhamdulillah... dapat gak aku buat pes cili petang tadi. Ni pun, gara2 cili boh dalam stok dah abis. Malas la nak beli cili boh je. Better buat sendiri kan? Cuma, rajin x rajin je sebenarnya. Ni tadi, siap asik terbersin2 lepas rebus cili tu... gas cili tu sampai ke lobang idung ku... Alhamdulillah gak, tgnku xdek la panas2 ye bergelumang cili td..

Okla, jom kita tgk versi yang simple mimple ni. Actually, ada byk jenis pes cili yang sedap. Kirenye, kalau kite masak lauk pauk kite, ada rase lebih sket umpphh la.. Btw, kire ok la kan. Cili kisar dah ada.. senang je nak masak nnti.

Simple Chilli Paste (Pes Cili yang paling mudah)

Bahan2 :

  • 150gm cili kering (potong serong dengan gunting supaya biji cili mudah keluar)
  • Sedikit garam
  • Sedikit perasa
  • Minyak secukupnya (utk kisar cili)
  • Air secukupnya (utk merebus cili & kisar)
  • 2 biji limau kasturi

Cara2 :

  • Potong serong cili satu persatu supaya mudah biji cili keluar. Tak elok makan biji cili byk. Boleh kena 'appendiks'. Kemudian, rendam cili dalam 5-10 minit. Toskan & masukkan ke dalam periuk yang berisi air secukupnya. Masukkan garam & perasa secukupnya. Rebus cili sehingga mendidih. Toskan & sejukkan sebentar. Kisar cili bersama air & minyak secukupnya. Masukkan juga perahan limau kasturi. Kisar sehingga cili lumat. Biji cili akan mudah hancur sekiranya sedikit minyak dimasukkan ketika mengisar. Selepas kisar, goreng tanpa minyak sehingga mendidih & sejukkan sebentar sebelum disimpan ke dalam peti sejuk. Ianya boleh tahan lama sekiranya dimasak terlebih dahulu. Selamat Merajinkan diri ye! (*_^)

Kenapa Menyepi?

Saturday, May 14, 2011
Assalamualaikum... Alhamdulillah... aku sihat harini. dah beberapa entry yg aku buat, baru ni berpeluang nak citer sikit kesihatan aku & apa kes menyepi je... Weekend ni, duk umah cam biasa jugak la. Actually, still ada benda yang nak dibuat. Tak delah... bangun tidur makan tu je. Astaghfirullahala'zim... teruk betul pulak kan. Hubby keje weekend ni. Tak pelah, bila2 time dia off, aku still available utk habiskan masa dengannya. Now, i'm free!

Cerita 1 : Anak

04.05.2011 haritu, sebenarnya aku mengalami keguguran! Bukan aku nak sembunyikan cerita @ gembira meng war2 kan kepada semua. Mana yang baik ambil sebagai tauladan, yang x baik jadikan sempadan. Aku sendiri xtau. Padahal baru miss sehari je period. Btw, entah kenapa petang tu, aku rasa sakit sangat perut. Badan pun terasa lemah semacam. Bila ketulan darah dah keluar, aku terasa lega sangat. Malam tu, macam seperti bulan2 lepas, setiap bulan aku akan jumpa Mak Bidan. Dia akan urut perut aku. Dia sendiri cakap, aku ok. Cuma rezeki belum sampai. Malam tu, aku cerita pada dia & dia check perut aku, dia akui, aku keguguran. Mungkin baru beberapa minggu. Aku disuruh makan jamu utk bersihkan perut. Tak perlu cuci doktor. Walaubagaimanapun, aku & hubby tetap pergi jumpa doktor. Alhamdulillah, bersih & tiada apa2 yang mencurigakan.

So, Alhamdulillah... selama seminggu aku jaga apa2 yang patut & kini aku beransur cergas & sihat. InsyaAllah... mungkin itu bukan rezeki kami. InsyaAllah... akan ada yang menyusul nanti. :)

Cerita 2 : Kerja

05.05.2011 - aku diterima bekerja di salah sebuah management office untuk shopping complex di JB. Aku seronok sebenarnya. Mungkin rezeki kerja sampai dulu. Hari pertama aku, aku ok. Boleh la. Tak de masalah. Biasalah... Orang tatang kita hari pertama je. Duk kulu kilir jumpe aku tnye aku ok ke tak. Itu HR diorg. Rupa2nya, hari kedua aku bersamaan hari last org yg kunun2 sepatutnya assists aku buat kerja. Ajar aku. Rupa2nya aku macam tertipu. Aku kene bljr dr bos. Bukan xnak. Cuma, process flow pun xajar lagi. Pastu, banyak bende yang buat aku keliru. Bukan nak banding2kan dengan company besar yang pernah aku kerja. Cuma, at least, ajar aku ikut flow. DAN, byk perkara lagi yang aku rasa boleh buat aku stressed! Lagi2 membayangkan aku yang kene buat sendiri. Nak pegang henpon 1 saat pun kene sound. Cess... Kalau belum kahwin, aku sanggup. Tp, dah kahwin, banyak perkara yang perlu aku lihat. Aku sayangkan suami & rumahtangga aku. Since my passion pun dah berubah, better aku resigned. Ilmu yang pernah aku belajar akan tetap aku aplikasikan satu hari nanti. Cuma, dgn cara yang berbeza. InsyaAllah.

09.05.2011 - aku anta surat resigned notis 24 jam! Bos tu mmg menjangkakan aku akan berenti satu hari nnti tp, x sangka seawal itu. Tak pelah... rezeki Allah ada di mana2. Yang penting, hubungan aku dengan suami tak jauh.

Cerita 3 : Gubahan Hamper Hari Raya

Alhamdulillah... gmbr2 kat atas tu adalah sebahagian sampel2 gubahan hamper hari raya yang aku buat sendiri. Macam ni ceritanya, alkisah kawan hubby yang meng'offer' aku. Dia mmg buat kuih2 raya, bahulu & macam2 lagi. So, kawan dia nak dia buat sampel hamper hari raya utk vip2 kat company2. So, kakak ni tanya aku, samada aku berminat. Alhamdulillah... dia xsalah carik orang. ecehhh... ehehhe aku bukan ape. Hobi kan... So, cube2lah... Kat atas tu belum siap sepenuhnya. Ada beberapa bende nak kena touch up. Itupun setelah hubby balik semalam, dia la yang komen. Cehhh pengkritik aku la tu... Overall dia suka. Cuma ada beberapa yang perlu diubahsuai. Ala... itupun, aku buat ikut bahan2 yang ada di rumah & bahan2 yang kakak tu bagi. Maklumlah, 1st time. Next time, sure pasti gempak. So, kalau ade sape2 sekitar JB yang nak tempah hantaran kahwin, atau gubahan hamper, sudi2kanlah mencuba hasil gubahan dari Chenta Creative ye... Simple, Murah & Menarik...

So, Alhamdulillah... terisi sket masa kat umah ni... Kire cam bz jugak la sbnrnye... ehehhe...

p/s : Cabaran Choco M.A.C terpaksa ditangguhkan sementara waktu atas sebab2 tertentu. InsyaAllah... tunggu jelah nanti ye....

Ikan Kembung Asam Pedas, French Toast

Alhamdulillah... inilah antara resepi2 yang tertangguh. 1 hari sekali 2, 3 entry aku buat. Tak pelah, yg penting, ada masa, aku kongsi jugak. Walaupun resepi tu se-simple 1 2 3. ecehhh... Oklah, jom tengok ikan ape pulak kali ni? ehehhehe....

(1) Ikan Kembung Asam Pedas

Bahan2 :

  • 2 ekor ikan kembung (belah 2)
  • 1/2 cawan air asam jawa
  • 4 sb cili kisar
  • 1/2 inci halia (ketuk) *
  • 2 sb pes bawang @ 5 biji bawang merah & 2 ulas bawang putih (tumbuk halus) *
  • 1/2 inci belacan (tumbuk halus) *
  • 1/2 inci kunyit hidup (tumbuk halus) *
  • 1 sk serbuk lada hitam *
  • segenggam daun kesum
  • Garam & Gula secukup rasa
  • Air secukupnya

Cara2 :

  • Ikan dicuci bersih & toskan. Panaskan minyak, tumis bahan bertanda (*) sehingga naik bau. Masukkan cili kisar sehingga pecah minyak. Masukkan ikan & air secukupnya. Masukkan garam & gula secukup rasa. Tutup periuk & tunggu sehingga ikan masak @ kuah mendidih. Masukkan air asam jawa & daun kesum. Rasa kuah & tambah perasa jika perlu. Tunggu mendidih, matikan api & sedia dihidang bersama nasi panas.
P/s : kalau buat resepi style Cik Mat letak nenas, sedap kut... Tp, aku kene pantang nenas. So, x berani nak letak. Cubalah resepi Cik Mat di sini. (*_^)

(2) French Toast

Resepi asal dari Joy Of Baking.Com.

Bahan2 :

  • 6 keping roti putih dipotong 4
  • 1 biji telur
  • 1/2 cawan susu segar
  • 1 1/2 sb gula
  • sedikit esen vanilla (cadangan shj)
  • Sedikit serbuk kulit kayu manis (cadangan shj)
  • Sedikit butter/marjerin

Cara2 :

  • Pukul telur bersama bahan2 lain. Panaskan frying pan dengan sedikit butter/marjerin. Celup roti di dalam bancuhan telur tadi. Goreng roti di atas frying pan & terbalik2kan ke dua2 belah roti tersebut & goreng sehingga keperang2an & ulang langkah yang sama sehingga bancuhan telur & roti habis. Sedia di hidang. Sedap di makan begitu sahaja @ bersama2 madu & butter. Sesuai untuk hidangan pagi @ petang.

Ikan Cencaru Sumbat Bakar, Sambal Belacan, Sayur Kobis bersama Brokoli Ala2 Bening (lauk orang jawa)

Alhamdulillah.... resepi seterusnya utk operasi gugur ikan jugak! ehehhe... Ni pun kes nak habiskan stok ikan. So, korang akan nampak la berderet2 resepi ikan.. ecehhh... ehehhe.. Jom layan terus resepi...

(1) Ikan Cencaru Sumbat Bakar bersama Sambal Belacan

Bahan2 Ikan Sumbat Bakar :

  • 1 ekor ikan cencaru
  • 1 sb cili kisar, 1 batang serai, 1 sb pes bawang & sedikit garam (kisar bersama)

Bahan2 Sambal Belacan :

  • 2 batang cili merah
  • 5 biji cili api
  • 1 inci belacan (bakar)
  • 1 sb air asam jawa
  • 1 biji limau kasturi
  • Garam & Gula secukupnya

Cara2 :

  • Ikan Sumbat Bakar - Belah ikan cencaru bahagian atas kedua2 belah. Sumbatkan bahan kisar. Bakar ikan @ goreng ikan sehingga masak kedua2 belah. Ketepikan.
  • Sambal Belacan - Goreng cili merah, cili api dengan sedikit minyak. Kemudian, tumbuk @ kisar bersama belacan yang telah dibakar, air asam jawa & perahan air limau kasturi. Masukkan garam & gula secukupnya. Sedia dihidang. Sedap juga dimakan sebagai pencicah ikan bakar.

(2) Sayur Kobis bersama Brokoli Ala2 Bening

ehehe... ni lauk orang sakit @ lauk jawa la. Simple sangat lauk ni. Tp, menyelerakan & menyegarkan bile dihirup kuahnya ketika panas2.

Bahan2 :

  • 3 ulas kobis (potong separuh. biar lebar2 sikit...)
  • 1/2 cawan brokoli
  • 1 biji kentang (potong wedges)
  • 2 sb pes bawang @ 4 biji bawang merah & 2 ulas bawang putih (tumbuk)
  • 1 sk serbuk bawang putih (sebagai perasa)
  • Garam & Air secukupnya

Cara2 :

  • Panaskan sedikit minyak & tumis pes bawang sehingga naik bau. Masukkan kentang, serbuk lada putih, garam & air secukupnya. Rebus sehingga kentang empuk. Kemudian, masukkan sayur2an & masak sehingga sayur2an masak. Jgn masak lama sangat. Mendidih, tutup api & sedia dihidang. Senang kan?

Ikan Bawal Masak Merah, Brokoli Goreng Cili Api

Salam sejahtera.... Haritu beberapa hari asik dok makan kedai je kami. Bukan ape, kadang2 niat kuar g carik barang.... tot tet tot tet... mau dekat zuhur.... So, en suami kata xyah masak... So, off la kejap... ehehe.. Tp tulah... kesian pulak dengan ikan2 yang dok lama dalam fridge tu. Tak leh simpan lelame... tak fresh nnti... So, ni salah satu operasi gugur! ahahha... cam AF pulak. So, ikan bawal ni mmg beli sekor je. Itupun, mencanak gak nak abiskan... Apepun, layan resepi simple kat bawah ye...

(1) Ikan Bawal Masak Merah

Bahan2 :

  • 1 ekor bawal hitam (goreng garing)
  • Serbuk kunyit & sedikit garam
  • 3 sb cili kisar
  • 1 sb pes bawang @ 1 labu bawang besar & 3 ulas bawang putih (kisar)
  • 1 inci halia (tumbuk)
  • 1 batang serai (ketuk)
  • 1 biji tomato (kisar)
  • 1 biji tomato (belah dua)
  • 1 sb sos tomato
  • Minyak utk menggoreng ikan & tumis
  • Garam & Gula secukupnya

Cara2 :

  • Panaskan minyak untuk menggoreng ikan. Lumur ikan bersama2 sedikit serbuk kunyit & sedikit garam. Goreng ikan sehingga garing. Ketepikan.
  • Panaskan minyak untuk bahan tumis. Tumis pes bawang, cili kisar, serai, halia & tomto yang dikisar sehingga naik bau. Masukkan sos tomato, garam & gula secukupnya. Masukkan tomato yang dibelah dua. Kacau sebati & sehingga tomato separuh masak. Tutup api & tuangkan kuah tersebut ke atas ikan yang telah digoreng garing.

(2) Brokoli Goreng Cili Api

Bahan2 :

  • 1 cawan brokoli
  • 1 peket jagung muda (potong serong)
  • 5 biji cili api (potong halus)
  • 1 sb pes bawang @ 2 biji cili merah & 1 ulas bawang putih (tumbuk)
  • Air, Garam & perasa secukupnya

Cara2 :

  • Panaskan sedikit minyak. Tumis pes bawang & cili api sehingga masak. Masukkan sayur2an, garam, perasa & sedikit air secukupnya. Kacau sebati & setelah mendidih, tutup api & boleh dihidang bersama nasi panas.

Bee Hoon Asam Pedas

Alhamdulillah... Assalamualaikum kawan2... kembali bersiaran. Sepanjang beberapa hari ni, banyak pulak cerita yg nak diceritakan sebenarnya.. Apapun, nnti aku cerite ye... Nak upload banyak resepi2 tertangguh... ecehhh... Hehehe... yela, berkongsi tu kan amalan yang mulia lagi berpahala. So, selagi aku terdaya untuk share apa jua masakan yang aku buat, aku kongsikan. InsyaAllah... mudah2an memberikan manfaat untuk semua...

Ni resepi ringkas aku & en suami. Bile suamiku tak mahu makan berat, aku masak la ape2 yg ringkas & mengenyangkan. Alhamdulillah...

Bee Hoon Asam Pedas

Bahan2 :

  • Bee Hoon sekeping (celur dengan air panas jangan lama2. Nnti boleh hancur)
  • 1/2 cawan udang
  • 1/2 cawan sotong
  • 1 sb pes bawang @ 5 biji bawang merah & 3 ulas bawang putih dikisar
  • 3 sb cili kisar
  • Sedikit air asam jawa
  • 1 ketul pes tom yam (dibancuh dgn sedikit air panas)
  • Garam, Gula & Air secukupnya

Sayur2 hiasan :

(boleh ikut selera sendiri)

  • Sedikit kobis (racik halus)
  • Sedikit lobak merah (potong halus)
  • sedikit taugeh (celur dgn air panas)
  • 1 batang cili merah (potong halus)
  • Sedikit daun bawang

Cara2 :

  • Panaskan sedikit minyak. Tumis pes bawang & cili kisar sehingga pecah minyak. Masukkan bancuhan pes tom yam, air asam jawa & kacau sebati. Masukkan udang & sotong bersama2 air, garam & gula secukupnya. Tutup periuk & tunggu sehingga udang & sotong masak. Setelah itu, rasa kuah tersebut & tmbah perasa jika perlu. Setelah mendidih, matikan api & sedia dihidangkan bersama2 bee hoon yang telah dicelur tadi & juga sayur2an. Simple bukan? Selamat Mencube.

Nak Masak ke Tak?

Sunday, May 1, 2011

Assalamualaikum.... korang buat apa weekend nih? Cuti sampai esok lagi kan? Yela, sempena 1 May 2011 - Hari Pekerja (Labour Day). Ohh ye, Selamat Hari Lahir ke-18 buat adik bongsu ku, Muhammad Zulfaqar. Hurmmm... kiranya tawaran dia dapat kat Matrik Johor tu hadiah hari lahir jugak la tu. Rezeki. InsyaAllah mudah2an apa yang diimpikan akan tercapai & jgn lupa org tua. Tu yang penting.

Okla.. kalau tengok tajuk N3 hari ni mmg dah kene jugak la sebenarnye. AND, sorry sangat2 sbb gambo2 yang aku letak dalam N3 ni bukan aku yang masak. Alkisahnye begini...... Malam tadi ada kenduri tahlil kat rumah ayah mertuaku. Petang semalam, aku ngn hubby pergi Majidee. Dah sampai pun petang, tu pun sbb hubby keje... So, dapat la tolong sikit2. Mlm lepas kenduri tu baru aku tolong banyak2. Alhamdulillah.. semuanya berjalan lancar wp waktu Maghrib tu hujan lebat jugak. Risau kalau2 orang surau xdapat nak redah hujan. So, bila acara bungkus membungkus, aku takdek la join. Itupun, mak mertuaku yang tolong bungkuskan. Banyak pulak bila dicampurkan semua. So, pagi tadi.. aku panaskan la Ayam Masak Merah, Kuah Dalca ngan Nasi Serai dengan Mix Vege... (Kire sedap la jugak...). So, pagi ni aku ngan hubby dah makan BERAT.... Nampaknya, NO LUNCH yeee.... Make ur body fit! ahahhahha poyo je aku... Kang agak2 kul 3,4 sure terkedek2 g dapur carik makanan.

Eh, korang nak tau? Kelmarin aku ada buat Chocolate Bottom Banana Square. Kire, cam kek cekelat pisang la. Sedap mmg sedap. Sori la... Bukan x nak share kat sini. Hari tu buat, ade sikit failed! Dari segi rupa bentuk. So, xpe2... next time aku pasti akan buat lagi. Sbb ape? Sbb sedap. Yelah, hubby balik keje tengok bawah tudung saji ade kek tu... banyak kali gak dia ngapp. Aku tnye, sedap ke? Dia cakap sedap... Alhamdulillah. Okla tu. Pastu, semalam aku ada buat Kek Gula Hangus @ Kek Sarang Lebah. Aduhaiiiii.... sib baik atas & bawah kek je xjadi. So, aku potong cantik2 amek tgh2. Bawak g umah ayah mertuaku, Alhamdulillah... boleh tahan jugak licin. Okla tu... Lepas ni, nak try Kek Gula Hangus tu edisi kukus la pulak... Ye la, bila bakar, kene maksure oven tu xboleh panas sangat. Kalau tengok dari segi lobang2 sarang tu, menjadik jugak.. Tak pe2....ape bende pun dalam dunia ni kene buat berulang kali baru kita boleh jadik perfect! Practise Makes Perfect! Yeahhhh!!!

Xtvt weekend + cuti Hari Pekerja ni aku ngan hubby xpegi mane. Harini hubby keje malam. So, buat hal cam biasalah. Aku dok tunggu2 gak org Danga City Mall kata nak call. Hurmm, xpelah. Kalau ada rezeki, xkemane kan? Jangan risau, rezeki Allah ni terbentang luas. Terpulang pada kita sendiri nak carik kat mana. Betul x?

So, kesimpulannya... moral of the story... AND, jawapan bagi N3 hari ni ialah TAK MASAK. Yelah, dalam Islam pun ada cakap, Membazir itu Amalan Syaitan. So, xelok membazir makanan kan? Nasi tu banyak lagi dalam periuk nuu...

p/s : Kalau ikut perkiraan, Cabaran Choco M.A.C sepatutnya telah berjalan. Tapi, aku still ada bende yang perlu dibuat. InsyaAllah... Minggu pertama bulan 5 mesti dah buat something... Go go Chayok!! (bg semangat kat diri sendiri...huhu)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...