Salam Kasih Dariku ;

Assalamualaikum & Salam Sejahtera. Terima Kasih byk2... Thanx a lot... Arigato... Gambsahabnida... sbb sudi singgah & belek2 dapurku ini. TERIMA KASIH & SELAMAT MENCUBE kepada yang sudi ingin mencube resepi2 yang ada di sini. Saya budak baru belajar. Hehehe... Mula ghairah & bersemangat dgn ape jua masakan sejak bergelar isteri & jadi surirumah. Sejak itu, setiap hari dok belek majalah2 resepi, internet & ape jua sumber utk mencari sesuatu yg menarik untuk dimasak & dijamu buat suami tercinta. Setiap hari jua cuba untuk belajar sesuatu yg baru. Tapi skang, berusaha untuk cube masak best2 sebab dah sibuk dgn kerja... Moga kalian dapat memberikan semangat & sokongan serta pandangan yg berguna buatku... Silalah FOLLOW, COMMENT & VOTE blog saya ini. Terima kasih daun kari... Lain kali dtg la cni lagi... hehe (~_^) Sebarang pandangan, bolehlah email saya di yayang.nasir@gmail.com atau pun YM : yayang2332. terima kasih.



Anda suke blog ini?

Salam Ramadhan 1433H dari Mrs Aireel's Cuisine

Sunday, July 22, 2012
Assalamualaikum.

Alhamdulillah. Ramadhan ke-2 baru berkesempatan belek-belek sini. Bukannya apa, tanggungjawab pada Allah diutamakan dahulu. Alhamdulillah jugak, puasa di bulan Ramadhan tak banyak beza bagi saya sebab kita dah biasa berpuasa sebelum kedatangan Ramadhan lagi. Tidak kiralah samada puasa Qadha' ataupun puasa sunat. Bagi saya, yang penting, nawaitu kita.

Dapur Pn Aireel tetap berasap. Cumanya, tidak berkesempatan untuk di letakkan di sini. Semalam, puasa pertama, saya menyediakan juadah ringkas sahaja. Gulai Asam Pedas Johor dan Sayur Bendi. InsyaAllah, di lain hari, andai berkesempatan, akan dikongsi bersama.

Syukur Alhamdulillah, Ramadhan kali ini kita dapat jumpa lagi. Syukur kepada Allah atas sgl nikmatNya. Kali ini, saya terasa semakin mahu dekat kepadaNya. Semakin mahu banyakkan membaca Al-Quran. Sejujurnya, sebelum ini memamg terlalu jarang sekali saya membaca Al-Quran. Kononnya sibuk. MasyaAllah. Astaghfirullahala'zim. Ianya membuatkan saya malu padaNya. Bukan kita tak pandai baca. Malah, kita arif tentang hal tajwid. Itu yang membuatkan saya semakin malu pada Allah. Itu yang membuatkan saya muhasabah kelemahan diri ini. Dalam masa yang sama, ingin saya kongsikan bersama rakan-rakan agar kita tidak jauh melupakanNya.

Kita harus ingat. Rezeki yang kita kecapi selama ini datangnya dari Allah S.W.T. Dan, andai kita melupakanNya, nikmat itu boleh ditarikbalik bila2 masa sahaja dan dalam apa jua keadaan. MasyaAllah.

Tiba2, saya terasa rugi masa2 silam saya. Rugi kerana x rebut peluang masa Ramadhan. Amat jarang menunaikan solat sunat muakkad yang dituntut Allah, iaitu solat Tarawikh. Namun, kini... saya berazam. Walaupun tidak dapat menunaikan di masjid/surau, saya akan usahakan di rumah. InsyaAllah. Bulan Ramadhan, bulan penuh keberkatan. Bulan ini juga doa kita dimakbulkan Allah. Allah pasti akan maakbulkan doa kita andai kita tidak lupakanNya. InsyaAllah, dengan nawaitu di hati, usaha yang istiqamah serta tawakkal atas usaha tersebut, pasti ada ganjaranNya. InsyaAllah...

Mari sama2 kita muhasabah diri. Selang beberapa tahun, bulan, hari, jam, minit, saat dan ketika... pasti akan ada sahabat serta keluarga kita yang akan dijemput Allah. Bila2 masa jua akan tiba masa kita. Sekuat mana kita bekerja yang merupakan jua ibadah, jangan lupa tuntutan kita yang wajib kita tunaikan. Biarlah duniawi dan ukhrawi seiring sejalan. Mesti ada 'wasatiah' (kesederhanaan) dan 'qana'ah' (merasa cukup dengan pemberian Allah-redha) dalam kehidupan. Yang penting, sentiasa utamakan yang wajib dahulu.

Barangsiapa menginginkan teman, cukuplah Allah menjadi temannya.
Barangsiapa menginginkan kekayaan, cukuplah qana’ah menyertainya.
Barangsiapa menginginkan nasihat, cukuplah kematian menasihatinya.
Barangsiapa menginginkan harta simpanan, cukuplah Al-Quran menjadi barang simpanannya.
Barangsiapa yang tidak cukup dengan keempat-empat hal ini, cukuplah neraka baginya.

Nauzubillah...

Salam Ramadhan 1433H dari saya dan suami.
Semoga kita mendapat keberkatan dari Ramadhan kali ini. InsyaAllah...


Baked French Toast Casserole, Jemput-jemput Lobak Merah

Saturday, July 7, 2012
Assalamualaikum....

Salam dihari Sabtu. Kesibukan saya sebagai Fulltime Eksekutif Akaun (Amansari Residence Resort, Seri Alam, Masai), Partime Unit Trust Consultant (Public Mutual Berhad), Partime Job (e.ReeL Touch) dan Surirumah sekaligus membataskan saya untuk update resepi-resepi yang menarik. Kadangkala masak simple-simple je coz hubby pun x kisah masak apa. Bagi saya, air tangan isteri yang sahaja boleh membahagiakan hubungan suami-isteri. Walaupun ada sesetengah orang fikir, ianya terlalu simple untuk dimasak. Saya x kisah. Yang penting, suami saya suke. Alhamdulillah...

Selain dari itu, saya juga suka masak untuk bawak ke office. Maklumlah... officemate pun suka bila kita masak. At least, dapat pahala kan... Mudah2an... Seronok rasanya bila kita masak, orang suka makan masakan kita. Syukur Alhamdulillah....

Ingat pesan bonde tercinta, "Jangan kedekut dengan makanan".... Sebab, seandainya kita rajin bersedekah kepada orang tanpa mengambilkira siapa dia.... InsyaAllah, rezeki kita semakin dimurahkan dan diberkatiNya... InsyaAllah....

Malam tadi, dah sediakan bahan-bahan tuk breakfast pagi tadi... Sambil-sambil tu, masak sekali lauk sardin atas permintaan suami tercinta. Suke betul dia makan sardin... hurmmm...

Kat bawah ni ada resepi terbaru. 1st time cuba. Itupun, hasil idea dari : ForTheLoveOfFood



1) Baked French Toast Casserole

Bahan-bahan :
  • 1 batang panjang Roti Perancis - potong serong
  • Sedikit mentega/marjerin - untuk disapukan pada bekas

Bahan-bahan A :
  • 5 biji telur
  • 1 cawan susu segar
  • 2 sb gula
  • 1 sk esen vanila

Bahan-bahan B :
  • 1/2 cawan gula perang/brown sugar
  • 1 cawan mentega/marjerin
  • 4 sb peanut butter
  • 1/2 cawan chocs chip
  • 1 sk esen vanila
  • 1/2 cawan almond flakes - disangai/bakar oven sehingga kekuning-kuningan terlebih dahulu

Cara-cara :
  • Susun roti perancis yang telah dipotong ke dalam bekas tahan oven.
  • Campurkan semua bahan A dan pukul sehingga sebati. Jangan terlalu lama pukul.
  • Curahkan dengan rata bahan A yang telah dipukul sebati ke dalam bekas yang telah disusun roti.
  • Tutup dengan aluminium foil dan simpan ke dalam fridge semalaman.
  • Keesokan hari : Panaskan oven terlebih dahulu.
  • Campur semua bahan B di dalam mangkuk dan kacau sebati.
  • Letak sebagai topping ke dalam bekas roti yang telah disimpan di dalam fridge semalaman.
  • Bakar ke dalam oven dengan suhu 160c selama 45-60 minit atau sehingga masak.

* Kalau saya, nak tau masak ke tidak, topping dia berwarna kekuning-kuningan.




2) Jemput-jemput Lobak Merah

Ni resepi sendiri. Jemput-jemput ni boleh letak isi apa-apa je. Semuanya sedap. Instant breakfast!

Bahan-bahan :
  • 1 labu bawang besar - potong dadu
  • 1 batang lobak merah - potong halus panjang (2 inci)
  • 2 cawan tepung gandum
  • Sedikit air panas
  • Sedikit air
  • Secukup Rasa secukupnya :)
  • Minyak untuk menggoreng

Cara-cara :
  • Campurkan bawang, lobak merah, secukup rasa dan tepung gandum ke dalam bekas.
  • Masukkan sedikit air panas.
  • Kacau sebati.
  • Masukkan air dan kacau sehingga adunan tidak terlalu cair dan tidak jugak terlalu pekat.
  • Panaskan minyak di dalam kuali.
  • Sudukan adunan sedikit demi sedikit ke dalam kuali yang panas minyak.
  • Goreng sehingga adunan kekuning-kuningan.
  • Ulang sehingga adunan habis.
  • Sedap di makan bersama sos cili.

3) Sos Cili - buat sendiri! ehehhe...

Bahan-bahan :
  • 5 tangkai cili merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 sb sos tiram
  • 2 keping asam keping
  • Gula dan Perasa secukupnya

Cara-cara :
  • Kisar cili bersama bawang putih.
  • Masukkan ke dalam kuali dan masak dengan api yang kecil.
  • Setelah cili masak, masukkan gula, secukup rasa dan asam keping.
  • Masak sehingga pekat.
  • Setelah pekat, matikan api dan boleh disimpan ke dalam fridge setelah sejuk.


Happy Cooking! (>_<)


Yayang : Masak dengan hati yang ikhlas, pasti hasilnya menawan!

Brunch Bake a.k.a Baked Bread

Wednesday, June 13, 2012

BRUNCH BAKE

Bahan2 :
* 10 - 15 keping Wholemeal Bread - potong 9
* 10 biji Telur + Secukup Rasa + 2 sk Mayonnaise - Pukul & ketepikan

Untuk Tumis :
* 1 biji Bawang Besar - potong dadu
* 1 pkt Minced Chicken
* 1 pkt Mix Vege
* Sedikit butter
* Secukup Rasa

Taburan Hiasan (On The Top) :
* 1 biji Tomato - buang tengah, potong dadu
* Sedikit Daun Bawang @ Kucai - potong dadu
* 1 pkt Grated Cheese (Separuh pkt dicampurkan dengan bahan2 tumis & roti)

Cara2 :
  1. Pukul telur bersama2 bahan2 yang diperlukan & ketepikan.
  2. Panaskan sedikit butter & tumis bawang sehingga wangi.
  3. Masukkan Minced Chicken & masak sehingga ianya kering & betul2 masak.
  4. Masukkan Mix Vege & masak sebentar.
  5. Setelah bahan tumisan telah masak, sejukkan dan ketepikan.
  6. Campurkan roti + bahan2 yang ditumis + separuh grated cheese & masukkan ke dalam bekas untuk dibakar.
  7. Masukkan bancuhan telur ke dalam bekas tersebut.
  8. Hiaskan bahan2 hiasan di atas sekali.
  9. Simpan di dalam fridge semalaman @ selama 2-3 jam.
  10. For Bake : Panaskan oven. Keluarkan bahan yang disimpan di dalam fridge & sejukkan sebentar lebih kurang 15 minit. Kemudian, bakar bahan tersebut selama 30-60 minit (160c) @ sehingga masak bergantung kepada ketebalan bekas yang digunakan.
  11. Setelah masak, sedia dihidang.
  12. Selamat Mencube! (^_~)

Chicken Ham Baked Loaf



Chicken Ham Baked Loaf

Bahan2 :
> 8 keping Chicken Ham
> 6 keping Cheese
> 10-12 keping White Bread
> 6 - 8  Eggs
> Sedikit Daun Kucai (Chives) - Hiris Halus
> Secukup Rasa - Dibancuh bersama2 telur

Cara2 : (Senang je....)
  1. Pukul telur bersama secukup rasa dan ketepikan.
  2. Susun roti sebagai base di dalam bekas tahan oven/loyang. Sebaiknya sapu sedikit butter disekeliling bekas supaya mudah keluarkan "loaf" tersebut untuk dipotong.
  3. Susun pula kepingan Chicken Ham di atas roti.
  4. Kemudian susun keping cheese di atas kepingan Chicken Ham.
  5. Ulangi sehingga habis @ penuh bekas tersebut.
  6. Bahagian paling atas, potong sedikit Chicken Ham & Cheese & susun mengikut kehendak sendiri.
  7. Tuang bancuhan telur tadi ke dalam bekas tersebut sedikit demi sedikit & pastikan ianya dituang rata.
  8. Hias di atas sekali dengan hirisan daun kucai.
  9. Simpan dalam fridge semalaman @ selama 2-3 jam untuk pastikan bancuhan telur tersebut meresap sebaiknya ke setiap lapisan roti. (bekas ditutup dengan aluminium foil & seumpamanya).
  10. For Bake : Panaskan oven terlebih dahulu. Keluarkan bekas yang disimpan dalam fridge & tunggu sehingga lebih kurang 15 minit, barulah masukkan ke dalam oven. Bakar hidangan tersebut ke dalam oven selama 30-60 minit (160c) bergantung kepada ketebalan bekas yang digunakan.
  11. Bakar sehingga kekuningan & sejukkan sebentar sebelum dipotong & dihidangkan.
  12. Selamat mencube! (^_^)

I'm Back!

Sunday, June 10, 2012
Assalamualaikum...
Alhamdulillah... Setelah sekian lama, baru hari ni diberikan kekuatan untuk update blog ni. Ini pun, atas dasar persahabatan & ingatan buat semua, tak kira sesiapa sahaja yang singgah di sini.

Memandangkan weekend ni seorang diri kat rumah, ini antara aktiviti yang saya lakukan.... Maklumlah, en Hubby keje...

1) Sketch Mini Pelamin untuk Pertunangan adik saya August nanti... Theme : Modern Vintage.


2) Masak untuk dinner dgn suami. Campak2 je.... Very simple!

- Ikan Selar Masak Merah

 


- Mix Vege Oyster Sauce



Oh ye... haritu ade masak Brunch Bake a.k.a Baked Bread...


p/s : Bahan2 & cara2 akan saya beri kemudian ye....

I AM SORRY....

Saturday, December 31, 2011
.......that,
Ehehehhehhehe..... Seriously! I'm quite busy right now....
Ya la,
Monday till Saturday : 815am till 515pm will be the timing of my working time. The traffic went around 2 hours for going & back to/from work.
Then, 715pm till 500am will be my family time. If I've an energy & time, OF COZ i'll cook for my darling hubby. But, it's a simple one. Nak tayang gambo pun segan... sebab lauk biase2 je... Ntah la, sejak kerja ni... KEMALASAN untuk memasak sangat2 keterlaluan... Padahal KEINGINAN tu ade....
Sunday : Of coz waktu beristirehat... Lately mmg rase letih je...
Teringin sebenarnye nak masak2 yang best2.... Cume, ntahla... tunggu je la ek... InsyaAllah, ade rezeki, kita share sesame....
Selain dari tu, sibuk dengan perancangan urusan yg lain2...
InsyaAllah, mudah2an tiada sengketa antara kita & mudah2an segala yang dirancangkan akan berjalan dengan lancar... InsyaAllah... :)

Amansari Residence Resort, Seri Alam, Masai, Johor

Sunday, September 11, 2011

Assalamualaikum semua... Lama sangat kan dah x post resepi2 atau cerita2 terbaru? Alhamdulillah, sebenarnya, awal bulan 8, 2011 haritu saya dapat kerja kat Amansari Residence Resort, Seri Alam, Masai, Johor. Lebih kurang 35-40 mins dari Taman Pulai Utama, JB. So, sama jugak dulu masa keje kat KL, lebih kurang waktu tu dari rumah. Jammed? Mmg x dinafikan Highway Pasir Gudang mmg jammed. Tp, Alhamdulillah... sbb dah biasa dgn jammed, xdekla rase terbeban sangat...

1st time dapat job kat hotels industry. Mmg new experience. Mudah2an segala2nya berjalan lancar. Tak dinafikan jugak, awal2 saya masuk, ade masalah sket dari segi pemakaian tudung. Be Honest, since masa interview xde highlight issue tu, so saya tetap dengan pendirian saya & Alhamdulillah... Allah permudahkan. (Saya Slumber je la...ehehe) Kalau dia nak saya resign, saya bersedia. Saya xnak hanya kerana saya kena kerja, saya perlu bukak tudung. And, for others yang teringin nak masuk hotels line, kena bersedia dgn issue2 macam ni. Tak semua hotel sama. So, tetapkan pendirian anda. Rezeki Allah luas di muka bumi ni, selagi anda carik rezeki yang Halal, pasti Allah permudahkannya... InsyaAllah...

Tentang position saya, Alhamdulillah jugak, new experience sbb saya handle hotel's costing. Sebelum ni asik handle payment to creditors/suppliers je... Skang buat costing. So, best la.. Dealing ngn semua org dalam hotel & sedikit sebanyak kite belajar selok belok hotel. Generally, accounting for hotels lain sket. Tp, xjauh beza. Ape2 pun, belajarlah kite selagi kite terdaye... Seronok belajar perkara baru dalam hidup. Dan, mesti ingat, mestilah ianya berlandaskan syariah... InsyaAllah berkat hidup.

Agaknya mmg saya xboleh jadik cikgu. hehehhe.... Haritu ade gak anak murid & ade jugak bbrp mak org call... Tp, entahla... mungkin bukan itu rezeki saya, ade je halangannya. Ape2pun, bersyukur sbb Allah sentiasa bukak pintu rezeki saya & suami... Alhamdulillah...

Impian saya kerja kat hotel x lama kut. Bukan apa... Banyak sangat dugaannya & kadangkala kita takut iman kita yang nipis ini akan semakin nipis & hilang. Nauzubillah.... Ape2 pun, saya tekad untuk kuatkan iman, tambahkan ilmu & insyaAllah... mungkin, satu hari nanti boleh bukak resort/hotel sendiri yang bercirikan islamik... InsyaAllah. Ade orang cakap, kalau bercirikan islamik, susah nak dapat clients/customers & susah nak buat sales... Ye ke??? Wallahua'lam... bagi saya, apa yang kita ada di muka bumi ini semuanya dari Allah... Kalau kita ikut jalan Allah, InsyaAllah... pasti boleh bertambah2 rezeki itu.... Mudah2an...

So, nasihat untuk saya & kawan2.... Sesibuk mana pun kita, Serumit mana pun kita, Sesusah mana pun kita, jangan sekali2 kita lupa Allah... Yang penting, solat jgn tinggal... Allah boleh tarik nikmat kita perlahan2 tanpa kita sedari... Kadang2 bukan harta yang Allah tarik, tp ketenangan dalam hati kita... So, sama2 lah kita ingat mengingati... Perkara macam ni xkire la samada kita kerja hotel atau tempat lain.. Yang penting niat kita....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...