Salam Kasih Dariku ;

Assalamualaikum & Salam Sejahtera. Terima Kasih byk2... Thanx a lot... Arigato... Gambsahabnida... sbb sudi singgah & belek2 dapurku ini. TERIMA KASIH & SELAMAT MENCUBE kepada yang sudi ingin mencube resepi2 yang ada di sini. Saya budak baru belajar. Hehehe... Mula ghairah & bersemangat dgn ape jua masakan sejak bergelar isteri & jadi surirumah. Sejak itu, setiap hari dok belek majalah2 resepi, internet & ape jua sumber utk mencari sesuatu yg menarik untuk dimasak & dijamu buat suami tercinta. Setiap hari jua cuba untuk belajar sesuatu yg baru. Tapi skang, berusaha untuk cube masak best2 sebab dah sibuk dgn kerja... Moga kalian dapat memberikan semangat & sokongan serta pandangan yg berguna buatku... Silalah FOLLOW, COMMENT & VOTE blog saya ini. Terima kasih daun kari... Lain kali dtg la cni lagi... hehe (~_^) Sebarang pandangan, bolehlah email saya di yayang.nasir@gmail.com atau pun YM : yayang2332. terima kasih.



Anda suke blog ini?

Ayam Goreng Mentega

Saturday, June 18, 2011
Assalamualaikum.... lama dah kan x update resepi? Sorry bebanyak sbb banyak urusan perlu diselesaikan segera. Bolehla jugak dikatakan tu salah satu rezeki yang datang. Mudah2an InsyaAllah.... So, sepanjang ni jugak, bukan x masak... Masak, and kadang2 amek gak gambo. Tp, tulah... bile dah byk pulak, x done nak update resepi2 tu. Btw, aku akan pilih resepi yang agak2 lain sket dari biasa la... Yg dah biasa buat, dah pernah letak kat sini. And, kadang2 jugak masak simple2 sgt. Main campak2... ehehhe...

Alhamdulillah.... dah separuh Rejab & hubby x ponteng lagi puasa sunat dalam bulan Rejab ni. Aku? dah awal2... sbb masalah wanita. ehehheh... dan, oleh kerana pg kene bgn tuk sediakan sahur, alang2 aku pun join la puasa. Pastu, segan plak bile x puasa sorang2... boring kan. So, dalam masa yang sama kite leh dapat keberkatan. InsyaAllah... (p/s : nasihat tuk diri sendiri jugak tuk rajin2 puasa sunat...)

Okla. Ni salah satu menu semalam. Wp smlm kami buke pose kat luar, aku masak siap2 tuk sahur. Senang, bgn tinggal masukkan dlm oven, panaskan... Tak larat de nak bgn mengopek bagai...

Ok2 jom tengok bahan2. Oh ye, resepi ni dapat dari Majalah Rasa keluaran Jun 2011 di mana aku dah upgrade & downgrade resepi tu ikut citarasa sendiri....

Ayam Goreng Mentega

Bahan (untuk Goreng Ayam) :

  • 1 mangkuk isi ayam yang dipotong kecil (basuh & toskan)
  • 2 ulas bawang putih (racik halus)
  • 1 sk serbuk paprika
  • 1 sk serbuk lada putih
  • Garam & perasa secukupnya
  • Tepung gandum secukupnya
  • Minyak untuk menggoreng
  • Sedikit mentega

Cara2 :

  • Perap ayam sekurang2nya 1 jam bersama bawang putih, serbuk paprika, serbuk lada putih, garam dan perasa. Setelah itu, panaskan minyak dengan api sederhana. Salutkan ayam yang diperap dengan tepung gandum & goreng sehingga kekuning2an. Angkat & ratakan dengan mentega. Ketepikan.

Bahan2 (untuk sampingan) :

  • 4 biji kuning telur
  • 2 tangkai daun kari
  • 3 biji cili kering (potong halus)
  • 50ml susu cair (xletak sbb xde. so, gantikan dgn air)
  • Sedikit serbuk lada putih
  • Garam secukupnya
  • Sedikit minyak
  • Sedikit mentega

Cara2 :

  • Kacau kuning telur bersama2 garam, serbuk lada putih dan susu. Pukul rata. Panaskan minyak dengan mentega dengan api sederhana. Tuangkan telur yang dipukul tadi dan kacau mengikut arah jam. Kacau sehingga bersarang dan garing. (huhu silap ape ntah smlm...x garing sgt. rasenye minyak jgn banyak2..) Kemudian, angkat & hidangkan ke atas ayam yang telah digoreng tadi.

p/s : sedap tau rasa perapan ayam tu...

Nasi Halba Ayam Penyet

Wednesday, June 1, 2011
Assalamualaikum... Alhamdulillah... dapat jugak aku update resepi untuk kali ini. Sorry la sbb lately kesihatan tak berapa baik, ditambah pulak kesibukan urusan lain. Masak macam2 jugak, tp xsempat nak snap gambo.

Okla... ni juadah makan malam kelmarin dengan hubby sebenarnya. Honestly, aku tak pernah makan Nasi Ayam Penyet kat mana2 restoran & inilah 1st time buat & rasa. Btw, resepi Nasi Halba Ayam Penyet yang aku buat ni sedap la... terasa rempah ratus kat ayam yang diperap & jugak terasa sedapnya sambal...Sup tu pun sedap...simple but nice...

Ok, jom tengok apa bahan2 dia....

Nasi Halba Ayam Penyet

Bahan2 Ayam :

  • 1/2 ekor ayam (rebus dengan air, sedikit garam & sedikit perasa. Simpan air rebusan.)

Bahan kisar :

  • Sedikit Jintan Manis - goreng tanpa minyak
  • Sedikit Jintan Putih - goreng tanpa minyak
  • Sedikit Ketumbar - goreng tanpa minyak
  • 1/2 sb serbuk kari
  • 1/2 sb serbuk kunyit
  • 1 sk serbuk lada putih
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • Sedikit garam
  • Sedikit air untuk kisar bahan2

  • Minyak untuk menggoreng ayam
  • Tepung Beras untuk menggoreng ayam

Cara2 (untuk ayam) :

  • Masukkan semua bahan kisar ke dalam pengisar & kisar hingga halus. Lumurkan bahan yang dikisar pada ayam & perap semalaman atau 2 jam supaya bahan perap meresap pada ayam. Setelah itu, panaskan minyak. Lumur ayam yang diperap ke dalam tepung beras & goreng ayam sehingga garing & kekuning-kuningan. Ulang sehingga ketulan ayam habis & ketepikan.

Bahan2 Sambal :

(lebihkan cili jika mahu pedas)
  • 5 batang cili merah
  • 5 batang cili padi
  • 5 biji bawang merah, dihiris
  • 4 ulas bawang putih, dihiris
  • 2 biji tomato, potong 4
  • 2 inci belacan
  • 2 sb ikan bilis
  • Air masak secukupnya (utk mengisar)
  • Garam & gula merah/kasar secukupnya
  • Sedikit minyak untuk menggoreng

Cara2 (Untuk Sambal) :

  • Panaskan minyak & goreng satu persatu bahan & ketepikan. Pastikan ikan bilis rangup & bawang2 layu. Setelah sejuk, masukkan semua bahan ke dalam pengisar bersama air masak secukupnya. Kisar hingga halus & masukkan ke dalam periuk & masak bahan2 yang telah dikisar itu. Masukkan gula & garam secukupnya. Masak hingga mendidih & ketepikan.

Bahan2 Sup :

  • Lebihan air rebusan ayam
  • (Jika tidak cukup, masukkan 1 kiub stok ayam bersama sedikit air)
  • Bunga lawang, kayu manis, pelaga secukupnya
  • Garam secukupnya

Cara2 (Untuk sup) :

  • Rebus semula lebihan air rebusan ayam bersama bunga lawang, kayu manis & buah pelaga secukupnya. Tambahkan air bersama kiub stok ayam jika tidak cukup. Tambah garam jika perlu. Masak hingga mendidih & ketepikan.

Bahan2 Nasi :

  • 2 cawan beras, basuh & toskan (makan berdua untuk 2x...ehehhehe)
  • 2 ulas bawang putih, hiris
  • 1 batang kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 2 biji buah pelaga
  • 1 sk halba
  • 1 kiub stok ayam
  • Sedikit butter
  • Garam secukupnya
  • 4 cawan air rebusan ayam

Cara2 (Untuk Nasi) :

  • Panaskan butter dalam periuk nasi. Masukkan bawang, kayu manis, bunga lawang, buah pelaga & kiub stok ayam. Tumis hingga naik bau. Masukkan air rebusan, garam secukupnya & kacau sebentar. Tunggu hingga air mendidih & masukkan beras & halba. Kacau & tutup periuk & masak seperti biasa. Sedia dihidang bersama ayam yang digoreng, sambal & sup. Selamat mencube!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...