Salam Kasih Dariku ;

Assalamualaikum & Salam Sejahtera. Terima Kasih byk2... Thanx a lot... Arigato... Gambsahabnida... sbb sudi singgah & belek2 dapurku ini. TERIMA KASIH & SELAMAT MENCUBE kepada yang sudi ingin mencube resepi2 yang ada di sini. Saya budak baru belajar. Hehehe... Mula ghairah & bersemangat dgn ape jua masakan sejak bergelar isteri & jadi surirumah. Sejak itu, setiap hari dok belek majalah2 resepi, internet & ape jua sumber utk mencari sesuatu yg menarik untuk dimasak & dijamu buat suami tercinta. Setiap hari jua cuba untuk belajar sesuatu yg baru. Tapi skang, berusaha untuk cube masak best2 sebab dah sibuk dgn kerja... Moga kalian dapat memberikan semangat & sokongan serta pandangan yg berguna buatku... Silalah FOLLOW, COMMENT & VOTE blog saya ini. Terima kasih daun kari... Lain kali dtg la cni lagi... hehe (~_^) Sebarang pandangan, bolehlah email saya di yayang.nasir@gmail.com atau pun YM : yayang2332. terima kasih.



Anda suke blog ini?

Bombay Toast

Friday, April 22, 2011
Assalamualaikum semua.... Alhamdulillah, kita masih bertemu lagi Jumaat ni. Penghulu segala hari. Harini tak ada ape yang menarik sangat. Cuma, aku nak share dengan semua yang start Jumaat (hari ini) sehingga Ahad merupakan Hari Terbuka Iskandar Malaysia bertempat di Johor Bahru City Square. Haritu, balik dari interview, aku & hubby saje jalan2 kat sekitar Iskandar. Nak carik management office Danga Bay. Saje nak tnye, kut2 ade kosong ke... Sedih kan? Tak pe, semua perkara yang kita nak wat, kena ada usaha. Aku sanggup je jalan2 sekitar JB carik2 kut2 ade company advertise keje kosong.

Waktu aku pergi kat area Iskandar tu tengahari panas terik. Huh.... megahnya tengok bangunan Iskandar. Macamane megahnya masa aku kerja di Menara TM. Well, aku & hubby pergi kat mgt office Danga Bay. Hurmmm.... receptionist tu suh aku anta je resume. Hurmm, ok la tu. At least, aku tanye kan. Lagipon boleh jalan2. So, kat ctu jugak aku nampak banner tentang Hari Terbuka Iskandar Malaysia. Actually, kat sekitar JB pun dah ade.

InsyaAllah, kalau xdek aral melintang, lepas solat Jumaat ni ajak hubby pergi sana. Jenguk2 kut2 ade rezeki. Kepada sesiapa yang perlukan maklumat, boleh klik di Facebook Iskandar Malaysia & Website.

Okla, pagi ni aku & hubby breakfast Bombay Toast je. InsyaAllah tghri nanti aku masak berat sket. Berat tu... idak ler sampai bile timbang tu, timbang pun xboleh bace. Hhhehehhe...

Jom jenguk apa bahan2nye...

Bombay Toast

Bahan2 :

  • 3 keping roti (potong 4)
  • 2 batang pisang (potong kecik) - kisar
  • 1 biji telur - kisar
  • 1 sk gula perang - kisar
  • sedikit butter utk menggoreng

Cara2 :

  • Kisar semua bahan kecuali roti. Panaskan butter atas frying pan guna api kecil. Celup roti & terus goreng. goreng kedua2 belah & pastikan ianya kekuning2an. Ulang semula sehingga roti habis. Kalau ada lebihan adunan, boleh ditambah roti & disimpan dalam fridge. Sedap dimakan begitu sahaja atau dicicah dengan susu pekat atau madu. Tapi, aku suka makan camtu je..

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...