Bercakap pasal Cabaran Choco M.A.C, orang lain mungkin pk, ala... simple je tu. Bagi aku, still need a preparation & planning. Haritu, aku dah list down all the recipes. Then, skang ni duk study pasal resepi2 tu semua & list down all the ingredients yang diperlukan, bermakne nak kene list semua bahan2, berapa diperlukan & berapa kos jugak yang diperlukan for a month. Kire bekerja keras jugak la. Aku xnak orang pk, aku main2 @ hangat2 tahi lembu ke ape... Mmg kalau difikirkan balik, mungkin jugak ade orang pk, membazir je tu.... Yela, bukan aku nak jual kan? Tak pe, kawan.... mule2 kita bagi orang rase dulu... xsalah kite sedekah pada orang. Lebih banyak kita bg pada orang, InsyaAllah... akan lebih banyak jugak la yang kita dapat... betul x?
Okla, straight away... hehehe... pagi td actually breakfast jemput2 lobak merah. Habis dah... ahakss... Yang egg benedict ni, waktu di antara selepas breakfast & sebelum lunch... Hahahha! tibe2 teringin nak makan. Hubby bgn tido td pun, aku pelawa, dia xnak... Dok layan AF sbb mlm tadi kan dia keje... Pagi2 tadi aku la pengulas AF kat dia. ehehehhe.... Hurmmm, sejak bile ntah minat AF aku nih... Mungkin sbb ni AF yang last, so xsalah aku layan je. Lagipun, hiburan aku kat umah. Ade aku kisah? ngeee3....
Ok2... banyakla cot-cet aku harini... ehehhe... Jom2 tengok ape bende Egg Benedict tu...
Egg Benedict
Sumber : MyResipi.com
Bahan2 :
- 1 biji telur
- 1 keping roti putih (buang tepi. tepi tu boleh simpan tuk dimakan. Jgn membazir)
- sedikit garam (agak2 la. nanti masin plak)
- sedikit lada hitam
- sedikit lada sulah
- sedikit serbuk paprika
- sedikit secukup rasa
- sedikit butter (untuk disapu pada bekas & pada roti)
Cara2 :
-
Panaskan oven terlebih dahulu. Sapu butter pada bekas & juga pada roti. Masukkan roti ke dalam bekas oven-safe. Letak sedikit serbuk lada hitam, serbuk paprika ke atas roti. Pecahkan telur & masukkan ke dalam bekas yang berisi roti. Letak sedikit serbuk lada sulah, sedikit garam & sedikit serbuk secukup rasa di atas telur. Actually, boleh ikut citarasa masing2. Kemudian, masukkan di dalam oven, 180C selama 15-20 minit @ sehingga telur putih masak & telur merah separuh masak @ ikut selera. Keluarkan dari bekas perlahan2 & boleh dihidang serta dimakan panas2. Sedap jugak... Selamat Mencube!
0 comments:
Post a Comment