Salam Kasih Dariku ;

Assalamualaikum & Salam Sejahtera. Terima Kasih byk2... Thanx a lot... Arigato... Gambsahabnida... sbb sudi singgah & belek2 dapurku ini. TERIMA KASIH & SELAMAT MENCUBE kepada yang sudi ingin mencube resepi2 yang ada di sini. Saya budak baru belajar. Hehehe... Mula ghairah & bersemangat dgn ape jua masakan sejak bergelar isteri & jadi surirumah. Sejak itu, setiap hari dok belek majalah2 resepi, internet & ape jua sumber utk mencari sesuatu yg menarik untuk dimasak & dijamu buat suami tercinta. Setiap hari jua cuba untuk belajar sesuatu yg baru. Tapi skang, berusaha untuk cube masak best2 sebab dah sibuk dgn kerja... Moga kalian dapat memberikan semangat & sokongan serta pandangan yg berguna buatku... Silalah FOLLOW, COMMENT & VOTE blog saya ini. Terima kasih daun kari... Lain kali dtg la cni lagi... hehe (~_^) Sebarang pandangan, bolehlah email saya di yayang.nasir@gmail.com atau pun YM : yayang2332. terima kasih.



Anda suke blog ini?

Popia Ayam, Karipap Sardin, Grilled Chicken Sandwich with Hot Lemon Tea

Saturday, February 12, 2011
Alhamdulillah... pagi2 ni, lepas subuh terus x tido. Buat breakfast terus. Ade nasi tomato & ayam masak merah sket semalam, panaskan. Maklumlah... duk ber2, bukan banyak sangat makan. Lagi2 ade org tgh nak berdiet tu... So, aku goreng beberapa ketul popia ayam & karipap sardin. Kut2 hubby teringin nak makan ke...
Pastu, petang nanti nak g umah Mak ngan Ayah Mertuaku. So, hubby suh buat sandwich skit. Plan nak bg sket karipap & popia yg froven tu jugak. Grilled Chicken Sandwich tu aku buat lebih sket tuk kami breakfast...hehe banyaknye... Air? Minum teh o je. Aku plak teringin nak lain sket, aku nye air special, Hot Lemon Tea... hehe sedap tau...

Btw; antara resepi2 yg aku buat :-

Karipap yang belum digoreng, baru kuarkan dari fridge.

Popia Ayam

Bahan2 :
  • Kulit Popia (yang kecik)
  • Ayam sikit (bhgian daging)
  • Bawang putih
  • Mix Vege
  • Garam
  • Perasa "Secukup Rasa"

Cara2 :
  • Potong ayam kecik2
  • Tumis bawang putih, Mix Vege & Ayam dgn letak garam & serbuk perasa.
  • Dah masak, angkat & tunggu sejuk baru lipatkan dengan kulit popia

Karipap Sardin

Utk Doh :-

  • 500gram tepung gandum
  • 1/2 cawan minyak
  • 2 sudu besar marjerin
  • 1/2 cawan air sejuk ( letak kiub ais)
  • Garam secukupnya

Cara2 :
  • Campurkan sedikit garam dalam air sejuk, masukkan marjerin di dalam tepung gandum dan sebatikan, kiranya akan jadi seperti berketul-ketul halus, macam serbuk roti, panaskan minyak dan curah di dalam tepung tadi, dengan menggunakan sudu, kacau ke seluruh adunan.
  • Lepas tu, curahkan air sejuk tadi dan uli hingga menjadi doh, air jangan masuk semua, kira agak-agaklah kelembutan doh tu, setelah menjadi doh dan doh pemukaan doh agak licin, masukkan doh ke dalam plastik bersih dan perap di dalam peti ais lebih kurang 1 hingga 2 jam, langkah ini penting bagi mendapatkan doh yang rangup dan senang untuk di canai nanti. Sementara itu boleh buat inti karipap.

Utk inti :-
  • 1 Botol kecil sardin (hancur2kan)
  • Bawang Putih (potong dadu)
  • Bawang Merah (potong dadu)
  • Halia (potong halus)
  • 2 Biji Limau Nipis (perah airnya)
  • 2 sudu besar Cili Boh
  • Garam secukupnya

Cara2 :
  • Tumis semua bahan. Masukkan sardin & pastikan tidak terlalu masin kerana ia perlu seimbang dengan doh yang dibuat tadi.
  • Bila dah masak, pastikan ianya sejuk dahulu & baru boleh buat karipap.

Cara2 buat karipap :
  • Ambil doh dalam kuantiti sikit & canaikan ia.
  • Masukkan inti sardin & kelim karipap tersebut.
  • Cara2 kelim boleh dibuat dengan tangan @ bekas yang bercetak.
  • Goreng di dalam api yang sederhana & pastikan minyak betul2 panas.
  • Sedia dimakan....ngappp...hehe

Grilled Chicken Sandwich

Bahan2 :
  • Ayam (bahagian daging. Hiris nipis2) --> Bahan2 utk grill ayam; sama macam nak grill utk Grilled Chicken Salad
  • Kobis (Potong Halus. Kalau ade salad, boleh jugak. Dlm fridge, itu je yg ade..hehe)
  • Tomato (Hiris nipis2)
  • Mayonis
  • Mentega

Cara2 :
  • Ambil 2 keping roti, potong tepi. (simpan bhgian tepi tu sbb boleh buat puding roti)
  • Sapu mentega & mayonis kedua2 belah roti.
  • Letak ayam yang sudah di grilled.
  • Letak kobis & hirisan tomato.

  • Sedia dihidang.
Hot Lemon Tea

Bahan2 :
  • Air Panas
  • 1 Uncang Teh
  • Gula
  • Lemon

Cara2 :
  • Letak uncang teh dalam air panas & bubuh gula.
  • Bila gula dah larut, perahkan lemon.
  • Sedia di minum...uhhh segarnyee....

nota : Resepi2 tu semua cara aku sendiri. Maklumlah, bukan professional. Hanyalah tukang masak amatur. So, terserah pada semua. Aku suka untuk share dgn org lain.
Selamat mencube! (^_*)

Roti Bakar

Friday, February 11, 2011

Malam2 dok sorang2 kat umah ni, lapar plak xdek kawan borak... hubby keje malam... Nak makan ape? Uikss mulut ni rase nak mengunyah je... huhuhuhu... Last2 wat roti bakar... buh planta, gula & pisang... minum secawan Marigold HL Low Fat Milk Chocolate... erkkk.. Alhamdulillah...

p/s : ni 2 keping pertama... 4 keping lagi buh pisang potong kecik2, xdone nak snap... lapar punye cite..hehe... pepun, mmg sedap... (^_*)

Sweet Baby Corn

Bahan2 :
  • 3 Batang Baby Corn (potong serong)
  • 5 Batang Kacang Buncis (potong serong)
  • Bawang putih (cincang halus)
  • 1 sudu besar Sos tiram
  • sedikit air

Cara2 :
  • Tumis bawang putih sampai naik bau.
  • Masukkan sos tiram & bubuh sedikit air.
  • Masukkan sayur2an.
  • Kacau sehingga sayur masak.
  • Sedia dihidang.

nota : masak sayur2 ni adlh alternatif utk pelbagai sayur yg sama. kire cincai2 jugak.. yg penting, sedap..hehe

Ayam Masak Merah

Bahan2 :
  • 4 ketul Ayam bhgian dada (goreng dgn sdkt grm & kunyit)
  • 3 sudu besar Cili Boh
  • 1 Bawang besar (potong bulat)
  • 1 ketul tomato kecik (potong 4)
  • 1 sudu besar tomato puree
  • 1 sudu besar tomato sos
  • sedikit air asam jawa
  • sedikit gula pasir (nk likat merah, guna gula merah)
  • sedikit garam

Bhn kisar :
  • Halia
  • 1 btg Serai
  • Bawang Putih

Cara2 :
  • Tumis bahan kisar & bawang besar sampai naik bau.
  • Masukkan cili boh sampai cili masak, masukkan tomato puree, sos tomato, air asam jawa, gula & garam.
  • Tumis sehingga keluar minyak.
  • Masukkan ayam & kacau sehingga masak & kuah pekat.
  • Sedia dihidang.

Nota : resepi ni utk 2 org makan. So, agak2 jela ye.. lagipon ni resepi cincai2 aku buat. Xletak santan/susu cair. Aku xsuke. Nanti rase lemak plak.

Nasi Tomato Cincai

(p/s : cincai sbb aku malas nak buh susu cair...hehe)
Bahan2 :
  • 1 cwn Beras (utk mkn 2 org)
  • 1 biji tomato kecik (potong dadu)
  • 1 sudu besar tomato puree
  • sedikit marjerin / minyak masak
  • 1 sudu kecil serbuk kulit kayu manis / 2cm kulit kayu manis
  • 1 kuntum bnga lwg
  • 1 Btg serai (diketuk)
  • Sedikit Mix Vegetables
  • 2 cwn Air
  • Sedikit Garam

Bhn kisar :
  • Halia
  • Bwg putih
  • Bwg besar

Hiasan :
  • - Bwg goreng
--> resepi bwg goreng :
  • Bwg merah/besar (cincang halus)
  • Tepung Gandum
  • Sedikit Garam
  • ----> gaul semua bhn & goreng guna api sdhna.

Cara2 :
  • Tumis bahan2 kisar sampai naik bau dalam kuali lain guna marjerin/minyak masak. Kalau nak tumis terus kat periuk nasi pun boleh.
  • Masukkan bhn2 lain kecuali air & beras.
  • Bila dah masak & kering sikit, buh dalam periuk nasi & air. Tunggu sampai mendidih.
  • Bila dah mendidih, buh beras & tunggu masak macam biasa.
  • Hias dgn bawang goreng. Aku xdone nak pi beli bawang goreng. Nak buat sendiri, tepung gndum abih, so... layan je la terus...hehe.
nota : selamat mencuba

Ikan Kembung Masak Singgang

Thursday, February 10, 2011
Bahan2 :
  • Ikan Kembung seekor (potong 3 - sbb makan berdua jee..)
  • 1 Biji Tomato - potong 4 (kalau nak letak bendi pun sedap...)
  • Bawang putih (tumbuk)
  • Halia (tumbuk)
  • Kunyit Hidup (tumbuk)
  • 1 Btg Serai (ketuk2 je..)
  • Cili Padi 2 je.. (tumbuk) (xmau pun xpe..tp aku suke pedas..)
  • serbuk kunyit sikit
  • 1 keping asam gelugor
  • Sedikit garam

Cara2 :
  • Didihkan air bersama2 bahan2 semua tu... kecuali ikan.
  • Bila dah didih, masukkan ikan.
  • Dah masak, masukkan tomato, angkat & hidang... kalau pakai Corningware, leh hidang terus...hehe

nota : sesuai utk yg jg kesihatan..hehe

Steamed Broccoli & Cauliflower with Black paper sauce

Nota : sama macam buat Grilled Chicken Salad. Cuma, xdek ayam je..... see! senang kan?! hehe...

Grilled Chicken Salad

Bahan2 :
  • 2 ketul ayam (bhgian daging)
  • broccoli
  • cauliflower (kobis bunga)
  • carrot
  • tomato
  • ape2 sayuran yg korang suke

utk grill ayam :
  • jintan halus (kisar)
  • jintan kasar (kisar)
  • ketumbar (kisar)

utk sos :
  • bawang putih (cincang halus)
  • bawang merah (potong dadu)
  • black paper (kisar)
  • sos tiram
  • sos cili
  • sos black paper
  • sos kicap

cara2 :
  • marinade ayam dgn bhn2 kisar & bubuh sedikit garam.
  • grill ayam sehingga masak & potong kecik2.
  • rebus / steam semua sayur2an tu. dlm air rebusan tu buh sikit garam & "secukup rasa".
  • steam agak2... jgn lame2 sgt... nnti layu sgt....
  • tumis bahan2 sos. jgn bubuh garam sbb dah cukup rasa. kalau xcukup tu, mesti something wrong...
  • tuang sos kat sayuran yg dah di steam td... gaul & hidangkan.

nota : sukatan adalah agak2... ikut selera masing2... hehe selamat try! >_*

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...