Salam Kasih Dariku ;

Assalamualaikum & Salam Sejahtera. Terima Kasih byk2... Thanx a lot... Arigato... Gambsahabnida... sbb sudi singgah & belek2 dapurku ini. TERIMA KASIH & SELAMAT MENCUBE kepada yang sudi ingin mencube resepi2 yang ada di sini. Saya budak baru belajar. Hehehe... Mula ghairah & bersemangat dgn ape jua masakan sejak bergelar isteri & jadi surirumah. Sejak itu, setiap hari dok belek majalah2 resepi, internet & ape jua sumber utk mencari sesuatu yg menarik untuk dimasak & dijamu buat suami tercinta. Setiap hari jua cuba untuk belajar sesuatu yg baru. Tapi skang, berusaha untuk cube masak best2 sebab dah sibuk dgn kerja... Moga kalian dapat memberikan semangat & sokongan serta pandangan yg berguna buatku... Silalah FOLLOW, COMMENT & VOTE blog saya ini. Terima kasih daun kari... Lain kali dtg la cni lagi... hehe (~_^) Sebarang pandangan, bolehlah email saya di yayang.nasir@gmail.com atau pun YM : yayang2332. terima kasih.



Anda suke blog ini?

Brunch Bake a.k.a Baked Bread

Wednesday, June 13, 2012

BRUNCH BAKE

Bahan2 :
* 10 - 15 keping Wholemeal Bread - potong 9
* 10 biji Telur + Secukup Rasa + 2 sk Mayonnaise - Pukul & ketepikan

Untuk Tumis :
* 1 biji Bawang Besar - potong dadu
* 1 pkt Minced Chicken
* 1 pkt Mix Vege
* Sedikit butter
* Secukup Rasa

Taburan Hiasan (On The Top) :
* 1 biji Tomato - buang tengah, potong dadu
* Sedikit Daun Bawang @ Kucai - potong dadu
* 1 pkt Grated Cheese (Separuh pkt dicampurkan dengan bahan2 tumis & roti)

Cara2 :
  1. Pukul telur bersama2 bahan2 yang diperlukan & ketepikan.
  2. Panaskan sedikit butter & tumis bawang sehingga wangi.
  3. Masukkan Minced Chicken & masak sehingga ianya kering & betul2 masak.
  4. Masukkan Mix Vege & masak sebentar.
  5. Setelah bahan tumisan telah masak, sejukkan dan ketepikan.
  6. Campurkan roti + bahan2 yang ditumis + separuh grated cheese & masukkan ke dalam bekas untuk dibakar.
  7. Masukkan bancuhan telur ke dalam bekas tersebut.
  8. Hiaskan bahan2 hiasan di atas sekali.
  9. Simpan di dalam fridge semalaman @ selama 2-3 jam.
  10. For Bake : Panaskan oven. Keluarkan bahan yang disimpan di dalam fridge & sejukkan sebentar lebih kurang 15 minit. Kemudian, bakar bahan tersebut selama 30-60 minit (160c) @ sehingga masak bergantung kepada ketebalan bekas yang digunakan.
  11. Setelah masak, sedia dihidang.
  12. Selamat Mencube! (^_~)

Chicken Ham Baked Loaf



Chicken Ham Baked Loaf

Bahan2 :
> 8 keping Chicken Ham
> 6 keping Cheese
> 10-12 keping White Bread
> 6 - 8  Eggs
> Sedikit Daun Kucai (Chives) - Hiris Halus
> Secukup Rasa - Dibancuh bersama2 telur

Cara2 : (Senang je....)
  1. Pukul telur bersama secukup rasa dan ketepikan.
  2. Susun roti sebagai base di dalam bekas tahan oven/loyang. Sebaiknya sapu sedikit butter disekeliling bekas supaya mudah keluarkan "loaf" tersebut untuk dipotong.
  3. Susun pula kepingan Chicken Ham di atas roti.
  4. Kemudian susun keping cheese di atas kepingan Chicken Ham.
  5. Ulangi sehingga habis @ penuh bekas tersebut.
  6. Bahagian paling atas, potong sedikit Chicken Ham & Cheese & susun mengikut kehendak sendiri.
  7. Tuang bancuhan telur tadi ke dalam bekas tersebut sedikit demi sedikit & pastikan ianya dituang rata.
  8. Hias di atas sekali dengan hirisan daun kucai.
  9. Simpan dalam fridge semalaman @ selama 2-3 jam untuk pastikan bancuhan telur tersebut meresap sebaiknya ke setiap lapisan roti. (bekas ditutup dengan aluminium foil & seumpamanya).
  10. For Bake : Panaskan oven terlebih dahulu. Keluarkan bekas yang disimpan dalam fridge & tunggu sehingga lebih kurang 15 minit, barulah masukkan ke dalam oven. Bakar hidangan tersebut ke dalam oven selama 30-60 minit (160c) bergantung kepada ketebalan bekas yang digunakan.
  11. Bakar sehingga kekuningan & sejukkan sebentar sebelum dipotong & dihidangkan.
  12. Selamat mencube! (^_^)

I'm Back!

Sunday, June 10, 2012
Assalamualaikum...
Alhamdulillah... Setelah sekian lama, baru hari ni diberikan kekuatan untuk update blog ni. Ini pun, atas dasar persahabatan & ingatan buat semua, tak kira sesiapa sahaja yang singgah di sini.

Memandangkan weekend ni seorang diri kat rumah, ini antara aktiviti yang saya lakukan.... Maklumlah, en Hubby keje...

1) Sketch Mini Pelamin untuk Pertunangan adik saya August nanti... Theme : Modern Vintage.


2) Masak untuk dinner dgn suami. Campak2 je.... Very simple!

- Ikan Selar Masak Merah

 


- Mix Vege Oyster Sauce



Oh ye... haritu ade masak Brunch Bake a.k.a Baked Bread...


p/s : Bahan2 & cara2 akan saya beri kemudian ye....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...