Salam Kasih Dariku ;

Assalamualaikum & Salam Sejahtera. Terima Kasih byk2... Thanx a lot... Arigato... Gambsahabnida... sbb sudi singgah & belek2 dapurku ini. TERIMA KASIH & SELAMAT MENCUBE kepada yang sudi ingin mencube resepi2 yang ada di sini. Saya budak baru belajar. Hehehe... Mula ghairah & bersemangat dgn ape jua masakan sejak bergelar isteri & jadi surirumah. Sejak itu, setiap hari dok belek majalah2 resepi, internet & ape jua sumber utk mencari sesuatu yg menarik untuk dimasak & dijamu buat suami tercinta. Setiap hari jua cuba untuk belajar sesuatu yg baru. Tapi skang, berusaha untuk cube masak best2 sebab dah sibuk dgn kerja... Moga kalian dapat memberikan semangat & sokongan serta pandangan yg berguna buatku... Silalah FOLLOW, COMMENT & VOTE blog saya ini. Terima kasih daun kari... Lain kali dtg la cni lagi... hehe (~_^) Sebarang pandangan, bolehlah email saya di yayang.nasir@gmail.com atau pun YM : yayang2332. terima kasih.



Anda suke blog ini?

Simple Chilli Paste

Sunday, May 15, 2011
Alhamdulillah... dapat gak aku buat pes cili petang tadi. Ni pun, gara2 cili boh dalam stok dah abis. Malas la nak beli cili boh je. Better buat sendiri kan? Cuma, rajin x rajin je sebenarnya. Ni tadi, siap asik terbersin2 lepas rebus cili tu... gas cili tu sampai ke lobang idung ku... Alhamdulillah gak, tgnku xdek la panas2 ye bergelumang cili td..

Okla, jom kita tgk versi yang simple mimple ni. Actually, ada byk jenis pes cili yang sedap. Kirenye, kalau kite masak lauk pauk kite, ada rase lebih sket umpphh la.. Btw, kire ok la kan. Cili kisar dah ada.. senang je nak masak nnti.

Simple Chilli Paste (Pes Cili yang paling mudah)

Bahan2 :

  • 150gm cili kering (potong serong dengan gunting supaya biji cili mudah keluar)
  • Sedikit garam
  • Sedikit perasa
  • Minyak secukupnya (utk kisar cili)
  • Air secukupnya (utk merebus cili & kisar)
  • 2 biji limau kasturi

Cara2 :

  • Potong serong cili satu persatu supaya mudah biji cili keluar. Tak elok makan biji cili byk. Boleh kena 'appendiks'. Kemudian, rendam cili dalam 5-10 minit. Toskan & masukkan ke dalam periuk yang berisi air secukupnya. Masukkan garam & perasa secukupnya. Rebus cili sehingga mendidih. Toskan & sejukkan sebentar. Kisar cili bersama air & minyak secukupnya. Masukkan juga perahan limau kasturi. Kisar sehingga cili lumat. Biji cili akan mudah hancur sekiranya sedikit minyak dimasukkan ketika mengisar. Selepas kisar, goreng tanpa minyak sehingga mendidih & sejukkan sebentar sebelum disimpan ke dalam peti sejuk. Ianya boleh tahan lama sekiranya dimasak terlebih dahulu. Selamat Merajinkan diri ye! (*_^)

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...