Salam Kasih Dariku ;

Assalamualaikum & Salam Sejahtera. Terima Kasih byk2... Thanx a lot... Arigato... Gambsahabnida... sbb sudi singgah & belek2 dapurku ini. TERIMA KASIH & SELAMAT MENCUBE kepada yang sudi ingin mencube resepi2 yang ada di sini. Saya budak baru belajar. Hehehe... Mula ghairah & bersemangat dgn ape jua masakan sejak bergelar isteri & jadi surirumah. Sejak itu, setiap hari dok belek majalah2 resepi, internet & ape jua sumber utk mencari sesuatu yg menarik untuk dimasak & dijamu buat suami tercinta. Setiap hari jua cuba untuk belajar sesuatu yg baru. Tapi skang, berusaha untuk cube masak best2 sebab dah sibuk dgn kerja... Moga kalian dapat memberikan semangat & sokongan serta pandangan yg berguna buatku... Silalah FOLLOW, COMMENT & VOTE blog saya ini. Terima kasih daun kari... Lain kali dtg la cni lagi... hehe (~_^) Sebarang pandangan, bolehlah email saya di yayang.nasir@gmail.com atau pun YM : yayang2332. terima kasih.



Anda suke blog ini?

Petua Dapur #1

Sunday, May 15, 2011
Assalamualaikum.. Selamat Malam. Hurmm, esok dah Isnin. So, kepada sesiapa yang bekerja, tidurlah awal ye...

Ok, kali ni terpanggil pulak untuk aku share petua2 dapur utk manfaat bersama. Petua2 ni aku dapat dari sebuah buku resepi; Mmm Enaknya.

Ayam Goreng Lebih Rangup

Petua : Gaulkan ayam dengan garam dan kunyit. kemudian salutkan sedikit tepung sagu pada ayam tersebut dan goreng seperti biasa. Selain lebih rangup, ayam goreng juga akan menjadi lebih sedap.

Buang Tulang Ikan Terubuk/Parang

Petua : Pegang bahagian ekor dan kepala ikan. Tarik ia arah bertentangan sehingga bunyi berderap. Cara ini akan memudahkan kita memakan isi ikan tersebut.

Udang Sentiasa Segar

Petua : Bagi mengelakkan udang berbau busuk, perahkan air limau nipis semasa hendak menyimpannya di dalam peti sejuk. Selain sentiasa segar, udang juga akan bertahan lebih lama.

Cara Mudah Bersihkan Sotong

Petua : Rendam sotong di dalam air beras dan biarkan selama 10 minit. Hasilnya, kulit sotong akan lekang dan ia akan memudahkan anda untuk membersihkannya selain bau hanyirnya juga akan hilang.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...