Salam Kasih Dariku ;

Assalamualaikum & Salam Sejahtera. Terima Kasih byk2... Thanx a lot... Arigato... Gambsahabnida... sbb sudi singgah & belek2 dapurku ini. TERIMA KASIH & SELAMAT MENCUBE kepada yang sudi ingin mencube resepi2 yang ada di sini. Saya budak baru belajar. Hehehe... Mula ghairah & bersemangat dgn ape jua masakan sejak bergelar isteri & jadi surirumah. Sejak itu, setiap hari dok belek majalah2 resepi, internet & ape jua sumber utk mencari sesuatu yg menarik untuk dimasak & dijamu buat suami tercinta. Setiap hari jua cuba untuk belajar sesuatu yg baru. Tapi skang, berusaha untuk cube masak best2 sebab dah sibuk dgn kerja... Moga kalian dapat memberikan semangat & sokongan serta pandangan yg berguna buatku... Silalah FOLLOW, COMMENT & VOTE blog saya ini. Terima kasih daun kari... Lain kali dtg la cni lagi... hehe (~_^) Sebarang pandangan, bolehlah email saya di yayang.nasir@gmail.com atau pun YM : yayang2332. terima kasih.



Anda suke blog ini?

Ikan Kembung Asam Pedas, French Toast

Saturday, May 14, 2011
Alhamdulillah... inilah antara resepi2 yang tertangguh. 1 hari sekali 2, 3 entry aku buat. Tak pelah, yg penting, ada masa, aku kongsi jugak. Walaupun resepi tu se-simple 1 2 3. ecehhh... Oklah, jom tengok ikan ape pulak kali ni? ehehhehe....

(1) Ikan Kembung Asam Pedas

Bahan2 :

  • 2 ekor ikan kembung (belah 2)
  • 1/2 cawan air asam jawa
  • 4 sb cili kisar
  • 1/2 inci halia (ketuk) *
  • 2 sb pes bawang @ 5 biji bawang merah & 2 ulas bawang putih (tumbuk halus) *
  • 1/2 inci belacan (tumbuk halus) *
  • 1/2 inci kunyit hidup (tumbuk halus) *
  • 1 sk serbuk lada hitam *
  • segenggam daun kesum
  • Garam & Gula secukup rasa
  • Air secukupnya

Cara2 :

  • Ikan dicuci bersih & toskan. Panaskan minyak, tumis bahan bertanda (*) sehingga naik bau. Masukkan cili kisar sehingga pecah minyak. Masukkan ikan & air secukupnya. Masukkan garam & gula secukup rasa. Tutup periuk & tunggu sehingga ikan masak @ kuah mendidih. Masukkan air asam jawa & daun kesum. Rasa kuah & tambah perasa jika perlu. Tunggu mendidih, matikan api & sedia dihidang bersama nasi panas.
P/s : kalau buat resepi style Cik Mat letak nenas, sedap kut... Tp, aku kene pantang nenas. So, x berani nak letak. Cubalah resepi Cik Mat di sini. (*_^)

(2) French Toast

Resepi asal dari Joy Of Baking.Com.

Bahan2 :

  • 6 keping roti putih dipotong 4
  • 1 biji telur
  • 1/2 cawan susu segar
  • 1 1/2 sb gula
  • sedikit esen vanilla (cadangan shj)
  • Sedikit serbuk kulit kayu manis (cadangan shj)
  • Sedikit butter/marjerin

Cara2 :

  • Pukul telur bersama bahan2 lain. Panaskan frying pan dengan sedikit butter/marjerin. Celup roti di dalam bancuhan telur tadi. Goreng roti di atas frying pan & terbalik2kan ke dua2 belah roti tersebut & goreng sehingga keperang2an & ulang langkah yang sama sehingga bancuhan telur & roti habis. Sedia di hidang. Sedap di makan begitu sahaja @ bersama2 madu & butter. Sesuai untuk hidangan pagi @ petang.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...