Makluman :
Pages
it's all 'bout D.e.L.i.C.i.O.U.S !! それはですすべてがおいしい
Salam Kasih Dariku ;
Anda suke blog ini?
I AM SORRY....
Amansari Residence Resort, Seri Alam, Masai, Johor
Assalamualaikum semua... Lama sangat kan dah x post resepi2 atau cerita2 terbaru? Alhamdulillah, sebenarnya, awal bulan 8, 2011 haritu saya dapat kerja kat Amansari Residence Resort, Seri Alam, Masai, Johor. Lebih kurang 35-40 mins dari Taman Pulai Utama, JB. So, sama jugak dulu masa keje kat KL, lebih kurang waktu tu dari rumah. Jammed? Mmg x dinafikan Highway Pasir Gudang mmg jammed. Tp, Alhamdulillah... sbb dah biasa dgn jammed, xdekla rase terbeban sangat...
1st time dapat job kat hotels industry. Mmg new experience. Mudah2an segala2nya berjalan lancar. Tak dinafikan jugak, awal2 saya masuk, ade masalah sket dari segi pemakaian tudung. Be Honest, since masa interview xde highlight issue tu, so saya tetap dengan pendirian saya & Alhamdulillah... Allah permudahkan. (Saya Slumber je la...ehehe) Kalau dia nak saya resign, saya bersedia. Saya xnak hanya kerana saya kena kerja, saya perlu bukak tudung. And, for others yang teringin nak masuk hotels line, kena bersedia dgn issue2 macam ni. Tak semua hotel sama. So, tetapkan pendirian anda. Rezeki Allah luas di muka bumi ni, selagi anda carik rezeki yang Halal, pasti Allah permudahkannya... InsyaAllah...
Tentang position saya, Alhamdulillah jugak, new experience sbb saya handle hotel's costing. Sebelum ni asik handle payment to creditors/suppliers je... Skang buat costing. So, best la.. Dealing ngn semua org dalam hotel & sedikit sebanyak kite belajar selok belok hotel. Generally, accounting for hotels lain sket. Tp, xjauh beza. Ape2 pun, belajarlah kite selagi kite terdaye... Seronok belajar perkara baru dalam hidup. Dan, mesti ingat, mestilah ianya berlandaskan syariah... InsyaAllah berkat hidup.
Agaknya mmg saya xboleh jadik cikgu. hehehhe.... Haritu ade gak anak murid & ade jugak bbrp mak org call... Tp, entahla... mungkin bukan itu rezeki saya, ade je halangannya. Ape2pun, bersyukur sbb Allah sentiasa bukak pintu rezeki saya & suami... Alhamdulillah...
Impian saya kerja kat hotel x lama kut. Bukan apa... Banyak sangat dugaannya & kadangkala kita takut iman kita yang nipis ini akan semakin nipis & hilang. Nauzubillah.... Ape2 pun, saya tekad untuk kuatkan iman, tambahkan ilmu & insyaAllah... mungkin, satu hari nanti boleh bukak resort/hotel sendiri yang bercirikan islamik... InsyaAllah. Ade orang cakap, kalau bercirikan islamik, susah nak dapat clients/customers & susah nak buat sales... Ye ke??? Wallahua'lam... bagi saya, apa yang kita ada di muka bumi ini semuanya dari Allah... Kalau kita ikut jalan Allah, InsyaAllah... pasti boleh bertambah2 rezeki itu.... Mudah2an...
So, nasihat untuk saya & kawan2.... Sesibuk mana pun kita, Serumit mana pun kita, Sesusah mana pun kita, jangan sekali2 kita lupa Allah... Yang penting, solat jgn tinggal... Allah boleh tarik nikmat kita perlahan2 tanpa kita sedari... Kadang2 bukan harta yang Allah tarik, tp ketenangan dalam hati kita... So, sama2 lah kita ingat mengingati... Perkara macam ni xkire la samada kita kerja hotel atau tempat lain.. Yang penting niat kita....
Khidmat 'Home Tuition'
Alhamdulillah.... haritu, hubby tercinta ada bg cadangan untuk buat kelas tuisyen. Ntahla, kalau ikutkan sebelum ni pun ramai org bg cadangan. Tapi, minat belum timbul lagi. Lepas hubby cakap tu... Ntah kenapa, datang satu semangat yang aku sendiri pun x sangka aku sebenarnya berminat untuk mengajar. Nak apply jadik pensyarah bukan x nak.... Tapi, takut kena buli ngan student je... Hehehhe.... xdek la :-P
So, Balik rumah je lepas hubby cakap, aku terus surf kat internet pasal tuition class ni. Tgk standard rate berapa & apa yang patut aku buat... So, aku pun dah survey buku2 kat kedai... Flyers pun dah separuh aku edar pagi tadi sebelum pergi pasar... Aku letak kat kereta2 kat 2 blok kat taman ni... ade banyak blok. Esok aku sambung lagi. Tak pe... slow2... Marketing punye hal, aku akan buat secara continuous sbb bile berterusan... akan bg minat kat orang. Mudah2an la... berkat doa suamiku... ehehhe...
So, aku plan akan ajar budak Darjah 1 sampai Form 5. Darjah 1-Form 3, ajar Matematik. Form 4 & Form 5 ajar Prinsip Perakaunan.
Harap2 membuka mata ibubapa kat sini la... Sbb, x sure pulak aku ade kelas tuisyen kat area Taman U tu... Tak kisah la... yang pastinya, kita niat untuk berkhidmat bg ilmu kat orang.... Dan, aku bersyukur sbb minat tu muncul jugak.... Buat bondaku, terima kasih jugak sbb darah guru itu tetap mengalir dalam diri anakmu ini.... InsyaAllah... Mudah2an segala2nya berjalan dengan lancar...
Buat sesiapa di sekitar Taman U & Taman Pulai Utama yang ingin mendapatkan khidmat 'Home Tuition', sila lah call Cikgu Siti ye... InsyaAllah... anda tidak akan sia-sia membayarnya....
Sayur Campur Udang Ala Tom Yam
Well, nama resepi ni pun aku main belasah je letak. Maklumlah... resepi aku sendiri kan. hehehe.. Kepada yang sudi nak cube, Alhamdulillah... Cubelah. Yelah, kadang2 kite kebuntuan idea nak masak ape kan... So, kawan2 lah yang boleh tolong. Ni ape yang aku termampu tolong. Maklumlah jugak kan... aku bukanlah tukang masak profesional. Cume amatur je... Sama2 lah kita berkongsi ye....
Sayur Campur Udang Ala Tom Yam
Bahan2 :
- 1/2 mangkuk udang (buang kepala & ekor shj)
- 1/2 mangkuk taugeh (haa.... ni buat sendiri jugak yee...)
- 1/2 mangkuk kacang buncis
- 1 batang serai
- 2 biji bawang merah - hiris halus
- 2 biji bawang putih - ketuk
- 2 biji air limau kasturi
- 4 biji cili padi - ketuk (tak perlu tumbuk lumat)
- Garam & Perasa secukupnya
Cara2 :
- Panaskan sedikit minyak. Tumiskan bawang, serai & cili padi sehingga naik bau. Masukkan udang & tumis sehingga udang masak. Kemudian, masukkan taugeh, kacang buncis, air limau kasturi & garam serta perasa secukupnya. Tidak perlu terlalu masak sangat sayur2 tu & boleh dihidang.
Sotong Goreng Taugeh
Resepi ni pun menu minggu2 lepas. Ni pun nak cube2 ingat, ape bahan2 yang aku gunakan. InsyaAllah... sama2 la kita berkongsi ye...
Sotong Goreng Taugeh
Bahan2 :
- 1 mangkuk kecil Sotong (potong kecik)
- 1/2 mangkuk taugeh (aku buat sendiri ni tau....)
- Sedikit hirisan lobak merah
- 4 batang cili kering (potong serong)
- 2 ulas bawang merah - tumbuk
- 2 ulas bawang putih - tumbuk
- 1/2 inci halia - tumbuk
- 1 sk sos tiram
- Garam & perasa secukupnya
Cara2 :
- Panaskan sedikit minyak. Tumis bawang, halia & cili kering sehingga naik bau. Masukkan sos tiram. Kacau sebentar. Masukkan sotong & kacau sehingga masak. Jangan terlampau lama, nanti sotong liat. Setelah itu, masukkan taugeh & lobak merah. Tidak perlu masak terlalu lama kerana khasiat taugeh akan hilang. Cukup rasa & boleh dihidang bersama nasi panas. See, campak2 je kan? ehehheh... Selamat mencube!
Blog Baru
So, siapa2 yang belum terbukak pintu hati lagi nak melabur, boleh lah jenguk blog baru aku untuk mendapatkan maklumat. Terima Kasih kepada yang sudi follow blog itu jugak.
Silalah jenguk >>> Pelaburan Unit Amanah Islam
Selamat Hari Lahir, Suamiku Tercinta
Oklah, berbalik kepada subject entry harini - 01.07.2011 adalah sempena Hari Lahir suamiku tercinta; En Mohd Suhaireel Suboh. Inilah tahun pertama birthday hubby yang kami sambut bersama. Maklumlah, sebelum ni duduk jauh-jauh, so masa & keadaan tidak mengizinkan. Alhamdulillah... aku bersyukur segalanya yang aku rancangkan berjalan lancar wp ianya sederhana. Seronok rasanya; pagi-pagi dah excited nak pergi carik barang utk buat kek & carik hadiah sekali. Balik je terus masak2 & baking kek. Alhamdulillah... btw, kek tu sebenarnye, kalau ikut resepi asal topping/frosting dia bukan cheese. Tapi aku ganti dengan gunakan cream cheese. Sedap jugakla.. Lagi sedap bila kuar fridge.
Ok, jom tengok resepi-resepi candlelight dinner aku & hubby sempena birthday celebration hubby semalam.
(1) Mocha Choco Cake with Chocolate Cream Cheese Frosting
-->Bahan2 Kek:
- 1 cawan tepung gandum - diayak
- 1 sk baking powder - diayak
- 1/2 sk baking soda - diayak
- 1/4 cawan serbuk koko - diayak
- 1/2 cawan mentega
- 3/4 cawan gula
- 1/4 cawan susu segar suam
- 2 sk instant coffee yg dicampur dgn 2 sb air panas
- 2 biji telur
- 1 sk esen vanilla
-->Bahan2 Frosting/Topping:
- 1 buku cream cheese (philadelphia) - suhu bilik
- 1/4 cawan mentega - suhu bilik
- 1 cawan gula (manis ikut suka)
- 1/3 cawan chocolate emulco
- 1 sk esen vanilla
Cara2 Kek:
-
Ayak dahulu bahan2 yang perlu diayak. Setelah itu, pukul (menggunakan mixer) mentega & gula hingga kembang. Slps itu, masukkan telur satu persatu & pukul lagi. Kemudian, masukkan bahan2 yang sudah diayak sedikit demi sedikit berselang seli dengan susu segar & kacau menggunakan senduk kayu atau spatula. Kemudia, masukkan esen vanilla & bancuhan coffee. Kacau sebati. (Jgn terlebih adun, takut adunan tercair nanti). Alaskan acuan bulat berukuran 16cm dgn baking sheet, tuang adunan tadi ke dalam acuan & bakar pada suhu 180 darjah selama 40-50 min (bergantung kepada ketebalan acuan/loyang). Setelah masak, sejukkan atas redai.
Cara2 Frosting/Topping:
-
Pukul cream cheese & mentega sehingga kembang. Masukkan gula & pukul lagi. Kemudian, masukkan chocolate emulco & esen vanilla & pukul lagi. Setelah itu, kek dibahagi dua & sapukan frosting ke atas kek & keseluruhan kek. Hiaslah ikut kreativiti anda. Selamat Cube2 :)
p/s : resepi asal boleh tengok kat SINI. thanx Ros.
(2) Carrot Rice
-->Bahan2:
- 1 cawan beras basmathi (aku guna jati je...) - basuh & toskan
- 2 cawan air panas dicampur bersama 1/2 kiub stok ayam
- 1 cawan hirisan lobak bersama2 capsicum kuning & hijau (ikut citarasa sendiri)
- 1 sk secukup rasa
- 1 biji bawang besar
- Sedikit mentega
Cara2:
-
Panaskan mentega di dalam periuk nasi. Tumis bawang hingga naik bau. Masukkan bancuhan air panas bersama stok ayam. Masukkan secukup rasa & kacau. Masukkan beras yang sudah dibasuh & ditoskan ke dalam periuk nasi tersebut. Kacau & tutup periuk nasi. Setelah nasi masak, kacau & perlu dilihat untuk pastikan nasi tidak terlalu hangit. sedia dihidang panas2.
(3) Sotong Percik (Squid Splash)
--> Bahan2:
- 3 ekor sotong size sederhana besar (potong separuh2 supaya tidak tertanggal)
- 2 sb cili kisar
- 1 biji bawang besar - kisar
- 2 ulas bawang putih - kisar
- 1 inci halia - kisar
- 1 btg serai - kisar
- 2 sb air asam jawa
- Gula, Garam & Perasa secukupnya
- Minyak untuk menumis
Cara2:
-
Lumur sotong dengan sedikit garam & perasa & bakar sehingga masak. Ketepikan. Kemudian, panaskan minyak, masukkan bahan2 kisar & masak sehingga cili cukup masak. Masukkan air asam jawa, gula, garam & perasa secukupnya. Masak sehingga kering sedikit. Masukkan sotong yang dibakar tadi & kacau beberapa minit & hidangkan.
(4) Steamed Pak Choi with Marinated Grilled Shrimp
--> Bahan2 Udang Bakar:
- 1 mangkuk kecil udang sederhana besar (dibuang kulit)
- 1 sb sos tomato
- 2 ulas bawang putih (racik halus)
- 1 sk serbuk paprika
- 1 sk secukup rasa
Cara2:
-
Perap udang bersama2 bahan2 tersebut paling kurang 1 jam. Kemudian, bakar udang sehingga masak. Ketepikan.
--> Bahan2 Sayur:
- 1 batang sayur pak choi (hehe makan ber2 je..)
- sedikit capsicum hijau & kuning
- sedikit bawang besar yang dipotong dadu
- 1 ulas bawang putih - racik halus
- 1 sb sos tiram
Cara2:
-
Susun sayur dalam pinggan. Taburkan semua bahan di atas sayur. Dan, boleh kukus sayur bersama nasi yang dimasak tadi. Itu lebih mudah. Setelah sayur masak, susun udang yang telah dibakar tadi ke dalam pinggan berisi sayur. sedia di hidang...
Ayam Goreng Mentega
Alhamdulillah.... dah separuh Rejab & hubby x ponteng lagi puasa sunat dalam bulan Rejab ni. Aku? dah awal2... sbb masalah wanita. ehehheh... dan, oleh kerana pg kene bgn tuk sediakan sahur, alang2 aku pun join la puasa. Pastu, segan plak bile x puasa sorang2... boring kan. So, dalam masa yang sama kite leh dapat keberkatan. InsyaAllah... (p/s : nasihat tuk diri sendiri jugak tuk rajin2 puasa sunat...)
Okla. Ni salah satu menu semalam. Wp smlm kami buke pose kat luar, aku masak siap2 tuk sahur. Senang, bgn tinggal masukkan dlm oven, panaskan... Tak larat de nak bgn mengopek bagai...
Ok2 jom tengok bahan2. Oh ye, resepi ni dapat dari Majalah Rasa keluaran Jun 2011 di mana aku dah upgrade & downgrade resepi tu ikut citarasa sendiri....
Ayam Goreng Mentega
Bahan (untuk Goreng Ayam) :
- 1 mangkuk isi ayam yang dipotong kecil (basuh & toskan)
- 2 ulas bawang putih (racik halus)
- 1 sk serbuk paprika
- 1 sk serbuk lada putih
- Garam & perasa secukupnya
- Tepung gandum secukupnya
- Minyak untuk menggoreng
- Sedikit mentega
Cara2 :
-
Perap ayam sekurang2nya 1 jam bersama bawang putih, serbuk paprika, serbuk lada putih, garam dan perasa. Setelah itu, panaskan minyak dengan api sederhana. Salutkan ayam yang diperap dengan tepung gandum & goreng sehingga kekuning2an. Angkat & ratakan dengan mentega. Ketepikan.
Bahan2 (untuk sampingan) :
- 4 biji kuning telur
- 2 tangkai daun kari
- 3 biji cili kering (potong halus)
- 50ml susu cair (xletak sbb xde. so, gantikan dgn air)
- Sedikit serbuk lada putih
- Garam secukupnya
- Sedikit minyak
- Sedikit mentega
Cara2 :
-
Kacau kuning telur bersama2 garam, serbuk lada putih dan susu. Pukul rata. Panaskan minyak dengan mentega dengan api sederhana. Tuangkan telur yang dipukul tadi dan kacau mengikut arah jam. Kacau sehingga bersarang dan garing. (huhu silap ape ntah smlm...x garing sgt. rasenye minyak jgn banyak2..) Kemudian, angkat & hidangkan ke atas ayam yang telah digoreng tadi.
p/s : sedap tau rasa perapan ayam tu...
Nasi Halba Ayam Penyet
Okla... ni juadah makan malam kelmarin dengan hubby sebenarnya. Honestly, aku tak pernah makan Nasi Ayam Penyet kat mana2 restoran & inilah 1st time buat & rasa. Btw, resepi Nasi Halba Ayam Penyet yang aku buat ni sedap la... terasa rempah ratus kat ayam yang diperap & jugak terasa sedapnya sambal...Sup tu pun sedap...simple but nice...
Ok, jom tengok apa bahan2 dia....
Nasi Halba Ayam Penyet
Bahan2 Ayam :
- 1/2 ekor ayam (rebus dengan air, sedikit garam & sedikit perasa. Simpan air rebusan.)
Bahan kisar :
- Sedikit Jintan Manis - goreng tanpa minyak
- Sedikit Jintan Putih - goreng tanpa minyak
- Sedikit Ketumbar - goreng tanpa minyak
- 1/2 sb serbuk kari
- 1/2 sb serbuk kunyit
- 1 sk serbuk lada putih
- 4 ulas bawang putih
- 1 inci halia
- Sedikit garam
- Sedikit air untuk kisar bahan2
- Minyak untuk menggoreng ayam
- Tepung Beras untuk menggoreng ayam
Cara2 (untuk ayam) :
-
Masukkan semua bahan kisar ke dalam pengisar & kisar hingga halus. Lumurkan bahan yang dikisar pada ayam & perap semalaman atau 2 jam supaya bahan perap meresap pada ayam. Setelah itu, panaskan minyak. Lumur ayam yang diperap ke dalam tepung beras & goreng ayam sehingga garing & kekuning-kuningan. Ulang sehingga ketulan ayam habis & ketepikan.
Bahan2 Sambal :
(lebihkan cili jika mahu pedas)- 5 batang cili merah
- 5 batang cili padi
- 5 biji bawang merah, dihiris
- 4 ulas bawang putih, dihiris
- 2 biji tomato, potong 4
- 2 inci belacan
- 2 sb ikan bilis
- Air masak secukupnya (utk mengisar)
- Garam & gula merah/kasar secukupnya
- Sedikit minyak untuk menggoreng
Cara2 (Untuk Sambal) :
-
Panaskan minyak & goreng satu persatu bahan & ketepikan. Pastikan ikan bilis rangup & bawang2 layu. Setelah sejuk, masukkan semua bahan ke dalam pengisar bersama air masak secukupnya. Kisar hingga halus & masukkan ke dalam periuk & masak bahan2 yang telah dikisar itu. Masukkan gula & garam secukupnya. Masak hingga mendidih & ketepikan.
Bahan2 Sup :
- Lebihan air rebusan ayam
- (Jika tidak cukup, masukkan 1 kiub stok ayam bersama sedikit air)
- Bunga lawang, kayu manis, pelaga secukupnya
- Garam secukupnya
Cara2 (Untuk sup) :
-
Rebus semula lebihan air rebusan ayam bersama bunga lawang, kayu manis & buah pelaga secukupnya. Tambahkan air bersama kiub stok ayam jika tidak cukup. Tambah garam jika perlu. Masak hingga mendidih & ketepikan.
Bahan2 Nasi :
- 2 cawan beras, basuh & toskan (makan berdua untuk 2x...ehehhehe)
- 2 ulas bawang putih, hiris
- 1 batang kayu manis
- 2 kuntum bunga lawang
- 2 biji buah pelaga
- 1 sk halba
- 1 kiub stok ayam
- Sedikit butter
- Garam secukupnya
- 4 cawan air rebusan ayam
Cara2 (Untuk Nasi) :
-
Panaskan butter dalam periuk nasi. Masukkan bawang, kayu manis, bunga lawang, buah pelaga & kiub stok ayam. Tumis hingga naik bau. Masukkan air rebusan, garam secukupnya & kacau sebentar. Tunggu hingga air mendidih & masukkan beras & halba. Kacau & tutup periuk & masak seperti biasa. Sedia dihidang bersama ayam yang digoreng, sambal & sup. Selamat mencube!
Perbezaan antara ASB & Public Mutual Unit Trust
-
1) Diuruskan oleh kerajaan khas untuk BUMIPUTERA sahaja.
-
2) Masih dikategorikan TIDAK PATUH Syariah oleh Suruhanjaya Sekuriti. Sila lihat sini. Yang bertanda * adalah mematuhi Syariah.
-
3) Tawarkan 1 bentuk pulangan sahaja iaitu Dividen. (6%-8%)
-
4) Tiada yuran pengurusan @ Yuran tahunan.
-
5) Harga untuk jual beli ADALAH SAMA. RM1.00 seunit. Kalau laburkan RM10,000 boleh jamin dapat semula modal RM10,000. Jaminan pelaburan modal tidak akan lupus adalah TIDAK SAH menurut ulama' 4 mazhab. Sila lihat sini.
-
6) Anda boleh keluarkan bila2 masa sahaja pada waktu pejabat. Duit akan dapat terus.
Public Mutual Unit Trust :
-
1) Diuruskan oleh badan swasta & terbuka kepada semua. Terdapat Pelaburan Syariah & Pelaburan Konvensional.
-
2) Unit Trust Islamic Fund adalah patuh Syariah. Terdapat Panel Penasihat Syariah.
-
3) Memberikan 2 bentuk pulangan iaitu; Dividen & Pertambahan Unit.
-
4) Setiap pelaburan dikenakan servis caj 5.5% & Yuran tahunan 1.5%.
-
5) Harga jual beli BERUBAH-UBAH & tiada jaminan modal pelaburan.
-
6) Boleh keluarkan bila2 masa sahaja. Tetapi pembayaran dibuat melalui debit akaun @ cek.
-
7) Terdapat beberapa jenis pelaburan yang boleh disesuaikan dengan profile risiko pelabur iaitu Aggresive, Imbang & Konservatif.
P/s: janganlah tunggu LAMA-LAMA !!!
Melaburlah dengan Unit Amanah Public Mutual
Assalamualaikum... Alhamdulillah, syukur kepada Allah sbb kita diberikan lagi nafas di bumi Allah ini. Dan, dalam pada yang sama, ucapan takziah kepada keluarga mangsa tanah runtuh di Rumah Anak2 Yatim Hulu Selangor.
Ok, sorry jugak sbb harini saya x buat entry untuk masakan. Tapi, saya nak share berkenaan Public Mutual Unit Trust. Sebagai salah seorang Perunding Kewangan di Public Mutual, saya nak berkongsi & dalam pada masa yang sama membantu anda untuk menggandakan nilai simpanan anda untuk jangka masa panjang.
Banyak orang bertanya; apa kelebihan Public Mutual Unit Trust?
-
--> Tentunya Syarikat Pelaburan Swasta No.1 di Malaysia.
-
--> Pelaburan yang berlandaskan Syariah/Islamik.
-
--> Pulangan yang tinggi serendah 10%-20% setahun, dan mungkin lebih.
-
--> Modal yang tidak hilang.
-
--> Boleh membuat pengeluaran pada bila2 masa shj. Namun, ianya tidak digalakkan kerana tujuan pelaburan adalah untuk jangkamasa panjang & mendapat pulangan yang tinggi (Min 3 tahun).
-
--> Insuran Takaful percuma.
-
--> Selamat - sebab ada pemegang Amanah (trustee).
-
--> Pengurus dana yang berpengalaman lebih 30 tahun.
-
--> Modal serendah RM1000. Tambahan pelaburan Min RM100 bila2 masa shj.
-
--> Tak cukup modal? Boleh keluarkan daripada KWSP 20% daripada Akaun 1. Duit akan dipindahkan terus ke Public Mutual. So, tak akan hilang.
-
--> Kalau melabur menggunakan KWSP, akan dapat purata Dividen KWSP 5% + purata Dividen Public Mutual 15% = 20%.
-
--> Purata Pulangan / Dividen : Simpanan Tetap = 3% - 4%, KWSP = 4% - 5%, ASB = 8%, Public Mutual Unit Trust = 10% - 20% & mungkin lebih. (Fikir2kanlah ye...)
Tidak dinafikan
segala bentuk pelaburan itu berisiko, namun, anda tidak perlu risau kerana sejarah Public Mutual itu sendiri menunjukkan peningkatan pulangan. Tidak dinafikan juga, andai krisis kewangan berlaku, ianya memberikan kesan kepada pelaburan unit amanah ini. Tetapi, ianya segera diatasi tanpa menunggu lebih lama. Kenapa? KERANA : duit/dana kita itu akan dilaburkan ke dalam syarikat2 besar di papan utama Bursa Saham seperti; TM Berhad (tempat kerja lama saya), Sime Darby, Petronas & sebagainya yang berlandaskan syariah. Syarikat2 besar ini tidak mungkin sekali akan mengalami kerugian besar & sekiranya berlaku kerugian kecil, ia pastinya mudah untuk diatasi.Sebenarnya, kalau anda pening kepala nak fikirkan pasal pelaburan anda, anda tidak perlu risau. Serahkan saja kepada perunding kewangan anda. Mereka akan uruskan dana anda. Mereka akan sentiasa membantu anda. Ianya tidak perlu dibayar.
Takut perunding kewangan/agen unit trust ini menyalahgunakan duit anda? Tidak perlu risau. Cek yang anda serahkan tentunya di atas nama Public Mutual Berhad & tidak boleh ditukarmilik.
Fikirkanlah. Masa depan kita akan terjamin andai kita melaburkan duit/dana kita ke arah yang terbaik & sesungguhnya ianya berlandaskan Syariah.
Anda kaya?
tak tahu nak buat apa dengan duit anda? ingin menggandakan duit anda? Atau anda pemilik syarikat? Ingin menggandakan nilai keuntungan syarikat anda? Melaburlah dengan bijak di Public Mutual Unit Trust. Saya sedia membantu anda.Testimonial :
Ada seorang pakcik melabur dengan rakan saya sebanyak RM30,000. Selang 7 bulan beliau ingin keluarkan duit itu untuk tujuan kecemasan. Sebaik rakan saya memeriksa simpanan pelaburan pakcik itu di Public Mutual, nilai RM30,000 telah bertambah RM8,000 kepada RM38,000 untuk 7 bulan. Bayangkan sekiranya duit/dana itu dilaburkan untuk tempoh paling kurang 3 tahun? Fikir2 kanlah...Siti Hajar Mohd Nasir
p/s : buatlah keputusan BIJAK & TERBAIK hari ini untuk masa depan anda!
Ikan Siakap Asam Pedas
Sepanjang hari ni aku sebuk buat research lagi pasal Public Mutual. Yelah... nak meyakinkan orang, kita kena study & buat research. Semua tu penting. Kepada sesiapa yang belum invest lagi, meh laburkan duit anda di Public Mutual. Apa2, boleh baca details kat entry aku pasal Public Mutual.
Aku teringat kata2 Jhang Hyuk dalam siri MIDAS kat Channel 393 Astro. Dia cakap; hanya orang yang kurang bijak sahaja melabur di dalam hartanah. Hurmmm.... fikir2kanlah ye.
Ok, jom tengok resepi yang menyelerakan kat bawah ni. Sedap tauuu!!
Ikan Siakap Asam Pedas
Bahan2 :
- 1 ekor ikan siakap (belah 2)
- 4 sb pes cili @ cili kisar
- 1 sb pes bawang
- 1 1/2 inci belacan (dibakar & kisar)
- 1/2 inci halia (kisar)
- 1/2 inci kunyit (kisar)
- 1 biji tomato (kisar)
- Air asam jawa secukupnya
- Air secukupnya
- Segenggam Daun Kesum
- Garam & Gula secukupnya
- Sedikit minyak untuk menumis
Cara2 :
-
Panaskan minyak di dalam periuk. Tumis bahan kisar, pes cili & pes bawang sehingga pecah minyak. Masukkan air. Kacau sebati. Masukkan ikan & tutup periuk. Setelah mendidih, masukkan air asam jawa, daun kesum, garam & gula secukupnya. Setelah mendidih, matikan api & boleh dihidang panas2 bersama nasi putih. Sungguh menyelerakan! Selamat mencube!
Kek Batik Jawe
Kek Batik
Bahan2 :
- 1 peket biskut Marrie
- 200gm Milo
- 3/4 susu pekat
- 5 biji telur
- 1 sk esen vanila
- 2/3 cawan butter
- 2 sb serbuk koko
- 1 sk nescafe
- 2 sb air panas
Cara2 :
-
Loyang 7 inci di lapik dengan kertas minyak/baking paper. Pastikan kertas tu lebih sebab senang nak keluarkan nanti. Satukan semua bahan, kecuali butter ke dalam periuk. Masak di atas api sederhana untuk pastikan bahagian bawah tidak hangit. Kacau sehingga sebati. Masukkan butter. Kacau sehingga pekat dan berbintil2. Matikan api. Patah2kan biskut Merrie ke dalam mangkuk lain. Kacau sebati & sendukkan sedikit demi sedikit ke dalam loyang tadi sehingga habis. Tekan sedikit dengan lebihan kertas supaya rata & tutup. Sejukkan di dalam peti sejuk beberapa jam. Potong & hidangkan.
Resepi dari : HanaMemories (tq...)
Pengat Pisang Sweet Corn
So, masa mak abah datang, mak abah ada bawak Pisang Awak beberapa sisir. Banyak jugak. Apa lagi... Semalam, aku teringin nak makan pengat, aku buatlah Pengat Pisang satu sisir. Dapatlah 2 bekas untuk aku bagi jiran tetangge. Sedap jugak buat Pengat Pisang guna pisang awak sbb x berapa manis sangat. Manis2 buah la...
Ok, tak yah nak cot-cet panjang2, jom kita tengok resepi kat bawah...
Pengat Pisang
Bahan2 :
- 7 biji @ 1 sisir pisang awak (potong serong, potong 2)
- 2 sb sagu
- 1 kotak santan @ 200ml
- 1 tin Sweet Corn (Jagung Manis)
- Gula Kabung secukupnya
- Gula Pasir secukupnya
- 1 sk esen vanila
- Air secukupnya
- Beberapa helai daun pandan (disimpul)
- 3 sb tepung gandum (bancuh dengan sedikit air & sedikit madu)
Cara2 :
-
Masak sagu bersama air sehingga kejernihan @ mendidih. Gunakan api yang sederhana. Masukkan bancuhan tepung sedikit demi sedikit (seperti buat jemput2, tp sikit2 je) ke dalam air yang mendidih. Dalam beberapa minit, kacau & pastikan tepung tidak melekat antara satu sama lain. Masukkan pisang, gula kabung, gula pasir, esen vanila & daun pandan. Kacau rata. Mendidih, masukkan santan & kacau. Rasa & tmbh gula jika perlu. Sedia untuk dihidang. Sedap di makan panas ataupun sejuk.
French Toast
Ok, jom tengok resepi kat bawah. Aku dah kurangkan sukatan. Bergantung kepada roti yang aku gunakan + jimat telur... ehehhe
French Toast
Resepi asal dari Joy Of Baking.Bahan2 :
- 4 keping roti putih (potong ikut suka)
- 1 biji telur
- 60 ml susu segar (1/4 cawan)
- Sedikit serbuk kayu manis
- Sedikit esen vanilla
- Sedikit garam
- 1 sb gula
- Sedikit butter for frying
Cara2 :
-
Pukul telur bersama2 bahan2 lain. Kacau sebati. Panaskan frying pan dengan sedikit butter. Celupkan roti sedikit demi sedikit & masukkan ke dalam frying pan. Terbalik2kan & pastikan kedua2 belah masak keperang2an. Ulang semula sehingga roti & bancuhan telur habis. Sedia dimakan utk sarapan pagi @ minum petang.
p/s : breakfast pagi tadi french toast bersama segelas susu suam. hurmmm.....
Jemput-jemput Ayam, Ayam Merah Pedas
Pagi ni, aku panaskan jemput-jemput ayam malam tadi nye kat dalam oven tuk breakfast. Ingatkan semalam xnak masak atas sbb2 tertentu. Tp, memandangkan hubby suke makan kat rumah, x pelah... Asalnye masak jemput2 je. Pastu, bile terpk nak masak lauk pulak, jemput2 tu xterusik dek penangan ayam merah pedas ku... Perghh pedas gak chilli paste yang aku buat smlm. Ingatkan, cili kering yang kerinting yang pedas. Hurmm, so next time jgn buh banyak sangat. Perut aku sensitif sket makan pedas2 sangat. Dia scan abis kang...
Okla, jom tengok resepi2 kat bawah. Oh ye, jemput-jemput ayam tu sedap tau... Aku pun xsangke sesedap ni... Makan ngan cili sos & mayonis... Sedappp...
(1) Jemput-jemput Ayam
Bahan2 :
- 1 mangkuk kecik Ayam tanpa tulang - potong kecik2 (tak perlu digoreng dahulu)
- 1 sb pes bawang (aku rase, yang menyedapkannya adalah pes bawang. selalu buat pakai bawang biasa, xdeklah kaw2 camni... ayam tu rasa cam ala2 grill. terasa bahan2 tu meresap kat ayam)
- 5 sb tepung gandum
- Garam & 'secukup rasa' secukupnya
- Sedikit air panas yang mendidih (utk lembutkan jemput2)
- Sedikit air biasa
- Minyak untuk menggoreng (tidak perlu banyak sangat. Cukup sekadar meliputi separuh jemput2)
Cara2 :
-
Masukkan tepung gandum, pes bawang, garam & perasa ke dalam mangkuk yang sederhana besar. Masukkan sedikit air panas yang mendidih, kacau sebati. Air panas tu tak perlu banyak sangat. Cukuplah sekadar boleh gaulkan kesemua tepung. Masukkan ayam yang telah dipotong kecik ke dalam mangkuk tepung. Masukkan sedikit air biasa. Pastikan ianya tidak cair. Gaul sebati. Panaskan minyak ke dalam kuali. Jemputkan @ sudukan sedikit demi sedikit bancuhan tepung & ayam tersebut ke dalam kuali. Goreng & terbalik2kan kedua2 belah jemput2 tersebut & pastikan ianya masak keperang2an kedua2 belah. Ulang sehingga bancuhan tepung habis. Sedia dihidang & sedap dimakan bersama sos cili & mayonis. Selamat Mencube!
(2) Ayam Merah Pedas
Bahan2 :
- 4 ketul ayam sederhana besar
- 3 sb pes cili
- 1 sb pes bawang
- 3 sb air asam jawa
- Garam & Gula secukupnya
- Air secukupnya
Cara2 :
-
Panaskan sedikit minyak ke dalam kuali. Tumis pes bawang & pes cili sehingga cili masak. Masukkan air, garam & gula secukupnya. Kacau sebati. Masukkan ayam & kacau sebentar. Tutup kuali & pastikan sehingga ayam masak @ kuah mendidih. Masukkan air asam jawa. Kacau & rasa kuah. Tambahkan perasa jika perlu. Tunggu sehingga mendidih & boleh dihidang untuk makan tengahari @ malam.
p/s : pes bawang @ pes cili boleh tgk resepi di bahagian 'categories'.
Petua Dapur #1
Ok, kali ni terpanggil pulak untuk aku share petua2 dapur utk manfaat bersama. Petua2 ni aku dapat dari sebuah buku resepi; Mmm Enaknya.
Ayam Goreng Lebih Rangup
Petua : Gaulkan ayam dengan garam dan kunyit. kemudian salutkan sedikit tepung sagu pada ayam tersebut dan goreng seperti biasa. Selain lebih rangup, ayam goreng juga akan menjadi lebih sedap.
Buang Tulang Ikan Terubuk/Parang
Petua : Pegang bahagian ekor dan kepala ikan. Tarik ia arah bertentangan sehingga bunyi berderap. Cara ini akan memudahkan kita memakan isi ikan tersebut.
Udang Sentiasa Segar
Petua : Bagi mengelakkan udang berbau busuk, perahkan air limau nipis semasa hendak menyimpannya di dalam peti sejuk. Selain sentiasa segar, udang juga akan bertahan lebih lama.
Cara Mudah Bersihkan Sotong
Petua : Rendam sotong di dalam air beras dan biarkan selama 10 minit. Hasilnya, kulit sotong akan lekang dan ia akan memudahkan anda untuk membersihkannya selain bau hanyirnya juga akan hilang.
Simple Bread Toast
Jom la tgk resepi paling senang untuk breakfast nih...
Simple Bread Toast
Bahan2 :
- 2 keping roti (potong 2 - ikut suka la ye...)
- 1 biji telur
- sedikit garam
- sedikit 'secukup rasa'
- sedikit mayonis
- Sedikit butter (untuk menggoreng roti)
Cara2 :
-
Pukul telur bersama2 bahan2 lain. Sementara itu, panaskan butter di atas frying pan menggunakan api yang kecil. Celup kan roti di dalam bancuhan telur & masukkan ke dalam frying pan. Terbalik2kan roti & pastikan kedua2 belah masak keperang2an. Ulang sehingga bancuhan telur & roti habis. Sedia dihidang & sesuai untuk sarapan & minum petang.
Ikan Kembung Masak Kicap Lada Hitam
Ok2.. lauk kicap lada hitam ni lauk sempoi je sebenarnye. Main campak2. Ni pun, time nak type resepi, dok cube ingat2 balik ape yang aku campak dalam koli smlm. Rase? sedap je... kalau x sedap, hubby xmakan licin.. Nasi 1 pot yang selalu x abis pun, abis... ehehhee
Jom2 tgk resepi campak2 aku... ekekkeke....
Ikan Kembung Masak Kicap Lada Hitam
Bahan2 :
- 1 ekor ikan kembung (kes makan berdua je! hehe) - goreng garing dengan sedikit serbuk kunyit & garam
- 1 sb pes bawang @ 2 biji bawang merah & 1 ulas bawang putih (tumbuk)
- 1 sb cili kisar
- 1 sk serbuk lada hitam
- 1 inci halia
- bahan rempah : 1 batang kayu manis, 1 kuntum bunga lawang, 2 biji buah pelaga
- Kicap secukupnya (lupe plak nak agak2 berapa byk guna. Tp, bg aku, asalkan dah pekat, rasa ok, ok la tu... Apa2 pun, ikut selera sendiri)
- Air secukupnya
- Minyak utk menumis
- Sedikit perasa (jika perlu)
Cara2 :
-
Panaskan minyak. Tumis pes bawang, halia, cili kisar & bahan rempah sehingga naik bau. Masukkan kicap & serbuk lada hitam. Kacau sebati. Masukkan sedikit air. Masukkan ikan yang telah digoreng terlebih dahulu. Kacau sebati & pastikan kicap mencukupi. Tidak perlu masukkan garam. Cukup sekadar masukkan sedikit perasa, jika perlu. Setelah mendidih & kuah seakan pekat, matikan api & boleh dihidang. Sesuai untuk makan tengahari @ malam.
p/s : semalam ada jugak masak sayur kobis goreng bersama udang. tp lupa nak amek gmbo lak. haa... tu kes lapo.. eheh
Simple Chilli Paste
Okla, jom kita tgk versi yang simple mimple ni. Actually, ada byk jenis pes cili yang sedap. Kirenye, kalau kite masak lauk pauk kite, ada rase lebih sket umpphh la.. Btw, kire ok la kan. Cili kisar dah ada.. senang je nak masak nnti.
Simple Chilli Paste (Pes Cili yang paling mudah)
Bahan2 :
- 150gm cili kering (potong serong dengan gunting supaya biji cili mudah keluar)
- Sedikit garam
- Sedikit perasa
- Minyak secukupnya (utk kisar cili)
- Air secukupnya (utk merebus cili & kisar)
- 2 biji limau kasturi
Cara2 :
-
Potong serong cili satu persatu supaya mudah biji cili keluar. Tak elok makan biji cili byk. Boleh kena 'appendiks'. Kemudian, rendam cili dalam 5-10 minit. Toskan & masukkan ke dalam periuk yang berisi air secukupnya. Masukkan garam & perasa secukupnya. Rebus cili sehingga mendidih. Toskan & sejukkan sebentar. Kisar cili bersama air & minyak secukupnya. Masukkan juga perahan limau kasturi. Kisar sehingga cili lumat. Biji cili akan mudah hancur sekiranya sedikit minyak dimasukkan ketika mengisar. Selepas kisar, goreng tanpa minyak sehingga mendidih & sejukkan sebentar sebelum disimpan ke dalam peti sejuk. Ianya boleh tahan lama sekiranya dimasak terlebih dahulu. Selamat Merajinkan diri ye! (*_^)
Kenapa Menyepi?
Cerita 1 : Anak
04.05.2011 haritu, sebenarnya aku mengalami keguguran! Bukan aku nak sembunyikan cerita @ gembira meng war2 kan kepada semua. Mana yang baik ambil sebagai tauladan, yang x baik jadikan sempadan. Aku sendiri xtau. Padahal baru miss sehari je period. Btw, entah kenapa petang tu, aku rasa sakit sangat perut. Badan pun terasa lemah semacam. Bila ketulan darah dah keluar, aku terasa lega sangat. Malam tu, macam seperti bulan2 lepas, setiap bulan aku akan jumpa Mak Bidan. Dia akan urut perut aku. Dia sendiri cakap, aku ok. Cuma rezeki belum sampai. Malam tu, aku cerita pada dia & dia check perut aku, dia akui, aku keguguran. Mungkin baru beberapa minggu. Aku disuruh makan jamu utk bersihkan perut. Tak perlu cuci doktor. Walaubagaimanapun, aku & hubby tetap pergi jumpa doktor. Alhamdulillah, bersih & tiada apa2 yang mencurigakan.
So, Alhamdulillah... selama seminggu aku jaga apa2 yang patut & kini aku beransur cergas & sihat. InsyaAllah... mungkin itu bukan rezeki kami. InsyaAllah... akan ada yang menyusul nanti. :)
Cerita 2 : Kerja
05.05.2011 - aku diterima bekerja di salah sebuah management office untuk shopping complex di JB. Aku seronok sebenarnya. Mungkin rezeki kerja sampai dulu. Hari pertama aku, aku ok. Boleh la. Tak de masalah. Biasalah... Orang tatang kita hari pertama je. Duk kulu kilir jumpe aku tnye aku ok ke tak. Itu HR diorg. Rupa2nya, hari kedua aku bersamaan hari last org yg kunun2 sepatutnya assists aku buat kerja. Ajar aku. Rupa2nya aku macam tertipu. Aku kene bljr dr bos. Bukan xnak. Cuma, process flow pun xajar lagi. Pastu, banyak bende yang buat aku keliru. Bukan nak banding2kan dengan company besar yang pernah aku kerja. Cuma, at least, ajar aku ikut flow. DAN, byk perkara lagi yang aku rasa boleh buat aku stressed! Lagi2 membayangkan aku yang kene buat sendiri. Nak pegang henpon 1 saat pun kene sound. Cess... Kalau belum kahwin, aku sanggup. Tp, dah kahwin, banyak perkara yang perlu aku lihat. Aku sayangkan suami & rumahtangga aku. Since my passion pun dah berubah, better aku resigned. Ilmu yang pernah aku belajar akan tetap aku aplikasikan satu hari nanti. Cuma, dgn cara yang berbeza. InsyaAllah.
09.05.2011 - aku anta surat resigned notis 24 jam! Bos tu mmg menjangkakan aku akan berenti satu hari nnti tp, x sangka seawal itu. Tak pelah... rezeki Allah ada di mana2. Yang penting, hubungan aku dengan suami tak jauh.
Cerita 3 : Gubahan Hamper Hari Raya
Alhamdulillah... gmbr2 kat atas tu adalah sebahagian sampel2 gubahan hamper hari raya yang aku buat sendiri. Macam ni ceritanya, alkisah kawan hubby yang meng'offer' aku. Dia mmg buat kuih2 raya, bahulu & macam2 lagi. So, kawan dia nak dia buat sampel hamper hari raya utk vip2 kat company2. So, kakak ni tanya aku, samada aku berminat. Alhamdulillah... dia xsalah carik orang. ecehhh... ehehhe aku bukan ape. Hobi kan... So, cube2lah... Kat atas tu belum siap sepenuhnya. Ada beberapa bende nak kena touch up. Itupun setelah hubby balik semalam, dia la yang komen. Cehhh pengkritik aku la tu... Overall dia suka. Cuma ada beberapa yang perlu diubahsuai. Ala... itupun, aku buat ikut bahan2 yang ada di rumah & bahan2 yang kakak tu bagi. Maklumlah, 1st time. Next time, sure pasti gempak. So, kalau ade sape2 sekitar JB yang nak tempah hantaran kahwin, atau gubahan hamper, sudi2kanlah mencuba hasil gubahan dari Chenta Creative ye... Simple, Murah & Menarik...
So, Alhamdulillah... terisi sket masa kat umah ni... Kire cam bz jugak la sbnrnye... ehehhe...
p/s : Cabaran Choco M.A.C terpaksa ditangguhkan sementara waktu atas sebab2 tertentu. InsyaAllah... tunggu jelah nanti ye....
Ikan Kembung Asam Pedas, French Toast
(1) Ikan Kembung Asam Pedas
Bahan2 :
- 2 ekor ikan kembung (belah 2)
- 1/2 cawan air asam jawa
- 4 sb cili kisar
- 1/2 inci halia (ketuk) *
- 2 sb pes bawang @ 5 biji bawang merah & 2 ulas bawang putih (tumbuk halus) *
- 1/2 inci belacan (tumbuk halus) *
- 1/2 inci kunyit hidup (tumbuk halus) *
- 1 sk serbuk lada hitam *
- segenggam daun kesum
- Garam & Gula secukup rasa
- Air secukupnya
Cara2 :
-
Ikan dicuci bersih & toskan. Panaskan minyak, tumis bahan bertanda (*) sehingga naik bau. Masukkan cili kisar sehingga pecah minyak. Masukkan ikan & air secukupnya. Masukkan garam & gula secukup rasa. Tutup periuk & tunggu sehingga ikan masak @ kuah mendidih. Masukkan air asam jawa & daun kesum. Rasa kuah & tambah perasa jika perlu. Tunggu mendidih, matikan api & sedia dihidang bersama nasi panas.
P/s : kalau buat resepi style Cik Mat letak nenas, sedap kut... Tp, aku kene pantang nenas. So, x berani nak letak. Cubalah resepi Cik Mat di sini. (*_^)
(2) French Toast
Resepi asal dari Joy Of Baking.Com.
Bahan2 :
- 6 keping roti putih dipotong 4
- 1 biji telur
- 1/2 cawan susu segar
- 1 1/2 sb gula
- sedikit esen vanilla (cadangan shj)
- Sedikit serbuk kulit kayu manis (cadangan shj)
- Sedikit butter/marjerin
Cara2 :
-
Pukul telur bersama bahan2 lain. Panaskan frying pan dengan sedikit butter/marjerin. Celup roti di dalam bancuhan telur tadi. Goreng roti di atas frying pan & terbalik2kan ke dua2 belah roti tersebut & goreng sehingga keperang2an & ulang langkah yang sama sehingga bancuhan telur & roti habis. Sedia di hidang. Sedap di makan begitu sahaja @ bersama2 madu & butter. Sesuai untuk hidangan pagi @ petang.
Ikan Cencaru Sumbat Bakar, Sambal Belacan, Sayur Kobis bersama Brokoli Ala2 Bening (lauk orang jawa)
(1) Ikan Cencaru Sumbat Bakar bersama Sambal Belacan
Bahan2 Ikan Sumbat Bakar :
- 1 ekor ikan cencaru
- 1 sb cili kisar, 1 batang serai, 1 sb pes bawang & sedikit garam (kisar bersama)
Bahan2 Sambal Belacan :
- 2 batang cili merah
- 5 biji cili api
- 1 inci belacan (bakar)
- 1 sb air asam jawa
- 1 biji limau kasturi
- Garam & Gula secukupnya
Cara2 :
-
Ikan Sumbat Bakar - Belah ikan cencaru bahagian atas kedua2 belah. Sumbatkan bahan kisar. Bakar ikan @ goreng ikan sehingga masak kedua2 belah. Ketepikan.
-
Sambal Belacan - Goreng cili merah, cili api dengan sedikit minyak. Kemudian, tumbuk @ kisar bersama belacan yang telah dibakar, air asam jawa & perahan air limau kasturi. Masukkan garam & gula secukupnya. Sedia dihidang. Sedap juga dimakan sebagai pencicah ikan bakar.
(2) Sayur Kobis bersama Brokoli Ala2 Bening
ehehe... ni lauk orang sakit @ lauk jawa la. Simple sangat lauk ni. Tp, menyelerakan & menyegarkan bile dihirup kuahnya ketika panas2.
Bahan2 :
- 3 ulas kobis (potong separuh. biar lebar2 sikit...)
- 1/2 cawan brokoli
- 1 biji kentang (potong wedges)
- 2 sb pes bawang @ 4 biji bawang merah & 2 ulas bawang putih (tumbuk)
- 1 sk serbuk bawang putih (sebagai perasa)
- Garam & Air secukupnya
Cara2 :
-
Panaskan sedikit minyak & tumis pes bawang sehingga naik bau. Masukkan kentang, serbuk lada putih, garam & air secukupnya. Rebus sehingga kentang empuk. Kemudian, masukkan sayur2an & masak sehingga sayur2an masak. Jgn masak lama sangat. Mendidih, tutup api & sedia dihidang. Senang kan?
Ikan Bawal Masak Merah, Brokoli Goreng Cili Api
(1) Ikan Bawal Masak Merah
Bahan2 :
- 1 ekor bawal hitam (goreng garing)
- Serbuk kunyit & sedikit garam
- 3 sb cili kisar
- 1 sb pes bawang @ 1 labu bawang besar & 3 ulas bawang putih (kisar)
- 1 inci halia (tumbuk)
- 1 batang serai (ketuk)
- 1 biji tomato (kisar)
- 1 biji tomato (belah dua)
- 1 sb sos tomato
- Minyak utk menggoreng ikan & tumis
- Garam & Gula secukupnya
Cara2 :
-
Panaskan minyak untuk menggoreng ikan. Lumur ikan bersama2 sedikit serbuk kunyit & sedikit garam. Goreng ikan sehingga garing. Ketepikan.
-
Panaskan minyak untuk bahan tumis. Tumis pes bawang, cili kisar, serai, halia & tomto yang dikisar sehingga naik bau. Masukkan sos tomato, garam & gula secukupnya. Masukkan tomato yang dibelah dua. Kacau sebati & sehingga tomato separuh masak. Tutup api & tuangkan kuah tersebut ke atas ikan yang telah digoreng garing.
(2) Brokoli Goreng Cili Api
Bahan2 :
- 1 cawan brokoli
- 1 peket jagung muda (potong serong)
- 5 biji cili api (potong halus)
- 1 sb pes bawang @ 2 biji cili merah & 1 ulas bawang putih (tumbuk)
- Air, Garam & perasa secukupnya
Cara2 :
-
Panaskan sedikit minyak. Tumis pes bawang & cili api sehingga masak. Masukkan sayur2an, garam, perasa & sedikit air secukupnya. Kacau sebati & setelah mendidih, tutup api & boleh dihidang bersama nasi panas.
Bee Hoon Asam Pedas
Ni resepi ringkas aku & en suami. Bile suamiku tak mahu makan berat, aku masak la ape2 yg ringkas & mengenyangkan. Alhamdulillah...
Bee Hoon Asam Pedas
Bahan2 :
- Bee Hoon sekeping (celur dengan air panas jangan lama2. Nnti boleh hancur)
- 1/2 cawan udang
- 1/2 cawan sotong
- 1 sb pes bawang @ 5 biji bawang merah & 3 ulas bawang putih dikisar
- 3 sb cili kisar
- Sedikit air asam jawa
- 1 ketul pes tom yam (dibancuh dgn sedikit air panas)
- Garam, Gula & Air secukupnya
Sayur2 hiasan :
- Sedikit kobis (racik halus)
- Sedikit lobak merah (potong halus)
- sedikit taugeh (celur dgn air panas)
- 1 batang cili merah (potong halus)
- Sedikit daun bawang
Cara2 :
-
Panaskan sedikit minyak. Tumis pes bawang & cili kisar sehingga pecah minyak. Masukkan bancuhan pes tom yam, air asam jawa & kacau sebati. Masukkan udang & sotong bersama2 air, garam & gula secukupnya. Tutup periuk & tunggu sehingga udang & sotong masak. Setelah itu, rasa kuah tersebut & tmbah perasa jika perlu. Setelah mendidih, matikan api & sedia dihidangkan bersama2 bee hoon yang telah dicelur tadi & juga sayur2an. Simple bukan? Selamat Mencube.
Nak Masak ke Tak?
Assalamualaikum.... korang buat apa weekend nih? Cuti sampai esok lagi kan? Yela, sempena 1 May 2011 - Hari Pekerja (Labour Day). Ohh ye, Selamat Hari Lahir ke-18 buat adik bongsu ku, Muhammad Zulfaqar. Hurmmm... kiranya tawaran dia dapat kat Matrik Johor tu hadiah hari lahir jugak la tu. Rezeki. InsyaAllah mudah2an apa yang diimpikan akan tercapai & jgn lupa org tua. Tu yang penting.
Okla.. kalau tengok tajuk N3 hari ni mmg dah kene jugak la sebenarnye. AND, sorry sangat2 sbb gambo2 yang aku letak dalam N3 ni bukan aku yang masak. Alkisahnye begini...... Malam tadi ada kenduri tahlil kat rumah ayah mertuaku. Petang semalam, aku ngn hubby pergi Majidee. Dah sampai pun petang, tu pun sbb hubby keje... So, dapat la tolong sikit2. Mlm lepas kenduri tu baru aku tolong banyak2. Alhamdulillah.. semuanya berjalan lancar wp waktu Maghrib tu hujan lebat jugak. Risau kalau2 orang surau xdapat nak redah hujan. So, bila acara bungkus membungkus, aku takdek la join. Itupun, mak mertuaku yang tolong bungkuskan. Banyak pulak bila dicampurkan semua. So, pagi tadi.. aku panaskan la Ayam Masak Merah, Kuah Dalca ngan Nasi Serai dengan Mix Vege... (Kire sedap la jugak...). So, pagi ni aku ngan hubby dah makan BERAT.... Nampaknya, NO LUNCH yeee.... Make ur body fit! ahahhahha poyo je aku... Kang agak2 kul 3,4 sure terkedek2 g dapur carik makanan.
Eh, korang nak tau? Kelmarin aku ada buat Chocolate Bottom Banana Square. Kire, cam kek cekelat pisang la. Sedap mmg sedap. Sori la... Bukan x nak share kat sini. Hari tu buat, ade sikit failed! Dari segi rupa bentuk. So, xpe2... next time aku pasti akan buat lagi. Sbb ape? Sbb sedap. Yelah, hubby balik keje tengok bawah tudung saji ade kek tu... banyak kali gak dia ngapp. Aku tnye, sedap ke? Dia cakap sedap... Alhamdulillah. Okla tu. Pastu, semalam aku ada buat Kek Gula Hangus @ Kek Sarang Lebah. Aduhaiiiii.... sib baik atas & bawah kek je xjadi. So, aku potong cantik2 amek tgh2. Bawak g umah ayah mertuaku, Alhamdulillah... boleh tahan jugak licin. Okla tu... Lepas ni, nak try Kek Gula Hangus tu edisi kukus la pulak... Ye la, bila bakar, kene maksure oven tu xboleh panas sangat. Kalau tengok dari segi lobang2 sarang tu, menjadik jugak.. Tak pe2....ape bende pun dalam dunia ni kene buat berulang kali baru kita boleh jadik perfect! Practise Makes Perfect! Yeahhhh!!!
Xtvt weekend + cuti Hari Pekerja ni aku ngan hubby xpegi mane. Harini hubby keje malam. So, buat hal cam biasalah. Aku dok tunggu2 gak org Danga City Mall kata nak call. Hurmm, xpelah. Kalau ada rezeki, xkemane kan? Jangan risau, rezeki Allah ni terbentang luas. Terpulang pada kita sendiri nak carik kat mana. Betul x?
So, kesimpulannya... moral of the story... AND, jawapan bagi N3 hari ni ialah TAK MASAK. Yelah, dalam Islam pun ada cakap, Membazir itu Amalan Syaitan. So, xelok membazir makanan kan? Nasi tu banyak lagi dalam periuk nuu...
About him (*_^)
Wish List (>_~)
Popular Posts
-
Jemput la ye.... hehe. Tibe2 rase lapar tghri td ni. Nak makan ape lak ek. Sorang2 aje kat umah. Tibe2 teringin nak makan Jemput-jemput Ikan...
-
Hurmm... ni lauk semalam sebenarnya. Salah satu operasi gugur ikan! haha... Nasib la... Kaye tul asik makan ikan je... Ni last la ikan yang ...
-
Ikan Cencaru Sumbat Bakar, Sambal Belacan, Sayur Kobis bersama Brokoli Ala2 Bening (lauk orang jawa)Alhamdulillah.... resepi seterusnya utk operasi gugur ikan jugak! ehehhe... Ni pun kes nak habiskan stok ikan. So, korang akan nampak la ber...
Public Mutual Unit Trust
- Public Mutual (3)
Mahu Tempah Hamper / Hantaran Kahwin?
Link Me !
Categories
D' Secret
-
▼
2011
(57)
-
►
May
(17)
- Perbezaan antara ASB & Public Mutual Unit Trust
- Melaburlah dengan Unit Amanah Public Mutual
- Ikan Siakap Asam Pedas
- Kek Batik Jawe
- Pengat Pisang Sweet Corn
- French Toast
- Jemput-jemput Ayam, Ayam Merah Pedas
- Petua Dapur #1
- Simple Bread Toast
- Ikan Kembung Masak Kicap Lada Hitam
- Simple Chilli Paste
- Kenapa Menyepi?
- Ikan Kembung Asam Pedas, French Toast
- Ikan Cencaru Sumbat Bakar, Sambal Belacan, Sayur K...
- Ikan Bawal Masak Merah, Brokoli Goreng Cili Api
- Bee Hoon Asam Pedas
- Nak Masak ke Tak?
-
►
May
(17)