Assalamualaikum... Dah lama x update resepi kan? Sorry la sbb terlalu banyak hal nak diuruskan. Lagipun, hari2 masak lauk simple je. Main campak2. Malu pulak nak share resepi campak2.
Resepi ni pun menu minggu2 lepas. Ni pun nak cube2 ingat, ape bahan2 yang aku gunakan. InsyaAllah... sama2 la kita berkongsi ye...
Sotong Goreng Taugeh
Bahan2 :
- 1 mangkuk kecil Sotong (potong kecik)
- 1/2 mangkuk taugeh (aku buat sendiri ni tau....)
- Sedikit hirisan lobak merah
- 4 batang cili kering (potong serong)
- 2 ulas bawang merah - tumbuk
- 2 ulas bawang putih - tumbuk
- 1/2 inci halia - tumbuk
- 1 sk sos tiram
- Garam & perasa secukupnya
Cara2 :
- Panaskan sedikit minyak. Tumis bawang, halia & cili kering sehingga naik bau. Masukkan sos tiram. Kacau sebentar. Masukkan sotong & kacau sehingga masak. Jangan terlampau lama, nanti sotong liat. Setelah itu, masukkan taugeh & lobak merah. Tidak perlu masak terlalu lama kerana khasiat taugeh akan hilang. Cukup rasa & boleh dihidang bersama nasi panas. See, campak2 je kan? ehehheh... Selamat mencube!
0 comments:
Post a Comment