Alhamdulillah... Assalamualaikum kawan2... kembali bersiaran. Sepanjang beberapa hari ni, banyak pulak cerita yg nak diceritakan sebenarnya.. Apapun, nnti aku cerite ye... Nak upload banyak resepi2 tertangguh... ecehhh... Hehehe... yela, berkongsi tu kan amalan yang mulia lagi berpahala. So, selagi aku terdaya untuk share apa jua masakan yang aku buat, aku kongsikan. InsyaAllah... mudah2an memberikan manfaat untuk semua...
Ni resepi ringkas aku & en suami. Bile suamiku tak mahu makan berat, aku masak la ape2 yg ringkas & mengenyangkan. Alhamdulillah...
Bee Hoon Asam Pedas
Bahan2 :
- Bee Hoon sekeping (celur dengan air panas jangan lama2. Nnti boleh hancur)
- 1/2 cawan udang
- 1/2 cawan sotong
- 1 sb pes bawang @ 5 biji bawang merah & 3 ulas bawang putih dikisar
- 3 sb cili kisar
- Sedikit air asam jawa
- 1 ketul pes tom yam (dibancuh dgn sedikit air panas)
- Garam, Gula & Air secukupnya
Sayur2 hiasan :
- Sedikit kobis (racik halus)
- Sedikit lobak merah (potong halus)
- sedikit taugeh (celur dgn air panas)
- 1 batang cili merah (potong halus)
- Sedikit daun bawang
Cara2 :
-
Panaskan sedikit minyak. Tumis pes bawang & cili kisar sehingga pecah minyak. Masukkan bancuhan pes tom yam, air asam jawa & kacau sebati. Masukkan udang & sotong bersama2 air, garam & gula secukupnya. Tutup periuk & tunggu sehingga udang & sotong masak. Setelah itu, rasa kuah tersebut & tmbah perasa jika perlu. Setelah mendidih, matikan api & sedia dihidangkan bersama2 bee hoon yang telah dicelur tadi & juga sayur2an. Simple bukan? Selamat Mencube.
0 comments:
Post a Comment