Assalamualaikum. Selamat Petang... Hurmm, hari ni aku masak. Tp, simple2 je. Resepi kat bawah lauk aku ngan hubby Isnin kelmarin. Sedap tul makan ikan siakap ni. Manis je isi dia. Memang one of my fav fish la... Tp, bak kata hubby, xleh selalu... Ongkosnyaaa.... ehhehehehe... Seekor aku beli tu pun bape belas hengget ye... lupe...
Sepanjang hari ni aku sebuk buat research lagi pasal Public Mutual. Yelah... nak meyakinkan orang, kita kena study & buat research. Semua tu penting. Kepada sesiapa yang belum invest lagi, meh laburkan duit anda di Public Mutual. Apa2, boleh baca details kat entry aku pasal Public Mutual.
Aku teringat kata2 Jhang Hyuk dalam siri MIDAS kat Channel 393 Astro. Dia cakap; hanya orang yang kurang bijak sahaja melabur di dalam hartanah. Hurmmm.... fikir2kanlah ye.
Ok, jom tengok resepi yang menyelerakan kat bawah ni. Sedap tauuu!!
Ikan Siakap Asam Pedas
Bahan2 :
- 1 ekor ikan siakap (belah 2)
- 4 sb pes cili @ cili kisar
- 1 sb pes bawang
- 1 1/2 inci belacan (dibakar & kisar)
- 1/2 inci halia (kisar)
- 1/2 inci kunyit (kisar)
- 1 biji tomato (kisar)
- Air asam jawa secukupnya
- Air secukupnya
- Segenggam Daun Kesum
- Garam & Gula secukupnya
- Sedikit minyak untuk menumis
Cara2 :
-
Panaskan minyak di dalam periuk. Tumis bahan kisar, pes cili & pes bawang sehingga pecah minyak. Masukkan air. Kacau sebati. Masukkan ikan & tutup periuk. Setelah mendidih, masukkan air asam jawa, daun kesum, garam & gula secukupnya. Setelah mendidih, matikan api & boleh dihidang panas2 bersama nasi putih. Sungguh menyelerakan! Selamat mencube!
0 comments:
Post a Comment