Assalamualaikum.. Selamat Malam. Hurmm, esok dah Isnin. So, kepada sesiapa yang bekerja, tidurlah awal ye...
Ok, kali ni terpanggil pulak untuk aku share petua2 dapur utk manfaat bersama. Petua2 ni aku dapat dari sebuah buku resepi; Mmm Enaknya.
Ayam Goreng Lebih Rangup
Petua : Gaulkan ayam dengan garam dan kunyit. kemudian salutkan sedikit tepung sagu pada ayam tersebut dan goreng seperti biasa. Selain lebih rangup, ayam goreng juga akan menjadi lebih sedap.
Buang Tulang Ikan Terubuk/Parang
Petua : Pegang bahagian ekor dan kepala ikan. Tarik ia arah bertentangan sehingga bunyi berderap. Cara ini akan memudahkan kita memakan isi ikan tersebut.
Udang Sentiasa Segar
Petua : Bagi mengelakkan udang berbau busuk, perahkan air limau nipis semasa hendak menyimpannya di dalam peti sejuk. Selain sentiasa segar, udang juga akan bertahan lebih lama.
Cara Mudah Bersihkan Sotong
Petua : Rendam sotong di dalam air beras dan biarkan selama 10 minit. Hasilnya, kulit sotong akan lekang dan ia akan memudahkan anda untuk membersihkannya selain bau hanyirnya juga akan hilang.
0 comments:
Post a Comment