Hehehhehe... tang "Jawe" tu aku tambah sendiri. Sukahati aku la ek... Aku yang masak... ehheehhe... Aku buat kek batik ni masa family datang sini. Jomla tengok resepi kat bawah.
Kek Batik
Bahan2 :
- 1 peket biskut Marrie
- 200gm Milo
- 3/4 susu pekat
- 5 biji telur
- 1 sk esen vanila
- 2/3 cawan butter
- 2 sb serbuk koko
- 1 sk nescafe
- 2 sb air panas
Cara2 :
-
Loyang 7 inci di lapik dengan kertas minyak/baking paper. Pastikan kertas tu lebih sebab senang nak keluarkan nanti. Satukan semua bahan, kecuali butter ke dalam periuk. Masak di atas api sederhana untuk pastikan bahagian bawah tidak hangit. Kacau sehingga sebati. Masukkan butter. Kacau sehingga pekat dan berbintil2. Matikan api. Patah2kan biskut Merrie ke dalam mangkuk lain. Kacau sebati & sendukkan sedikit demi sedikit ke dalam loyang tadi sehingga habis. Tekan sedikit dengan lebihan kertas supaya rata & tutup. Sejukkan di dalam peti sejuk beberapa jam. Potong & hidangkan.
Resepi dari : HanaMemories (tq...)
0 comments:
Post a Comment