Salam Kasih Dariku ;

Assalamualaikum & Salam Sejahtera. Terima Kasih byk2... Thanx a lot... Arigato... Gambsahabnida... sbb sudi singgah & belek2 dapurku ini. TERIMA KASIH & SELAMAT MENCUBE kepada yang sudi ingin mencube resepi2 yang ada di sini. Saya budak baru belajar. Hehehe... Mula ghairah & bersemangat dgn ape jua masakan sejak bergelar isteri & jadi surirumah. Sejak itu, setiap hari dok belek majalah2 resepi, internet & ape jua sumber utk mencari sesuatu yg menarik untuk dimasak & dijamu buat suami tercinta. Setiap hari jua cuba untuk belajar sesuatu yg baru. Tapi skang, berusaha untuk cube masak best2 sebab dah sibuk dgn kerja... Moga kalian dapat memberikan semangat & sokongan serta pandangan yg berguna buatku... Silalah FOLLOW, COMMENT & VOTE blog saya ini. Terima kasih daun kari... Lain kali dtg la cni lagi... hehe (~_^) Sebarang pandangan, bolehlah email saya di yayang.nasir@gmail.com atau pun YM : yayang2332. terima kasih.



Anda suke blog ini?

Mee Goreng Special, Telur Mata Lembu, Jemput-jemput Kentang

Tuesday, March 29, 2011
Assalamualaikum.. Alhamdulillah... hari ni ade sikit happy. Sbb Mr Hubby ade di rumah. So, xdek lah rase sunyi dehh... Well, mlm td kami dinner simple cuisine je... Mee Goreng Special dgn Telur Mate Lembu. Haha... mase aku habaq kat fb smlm, ade sorg member cakap, apsal mate lembu. Hehe... sukati aku la... aku yg masak... Huhu, tu ayat kasar aku. Ala, saje nak bg kelainan. Lagipun, telur tu pun aku buh bentuk bulat supaya ianya cantik bila masak. Mata dia jadik kecik la tu... Kire cam mate lembu.. Kekekeke suke2 aku je.

Ok, pg td, kami bekfes, belen mee mlm td... bile dah celur. byk plak... tulah, nafsu manusia. hehe... pastu, aku goreng Jemput-jemput Kentang. Abih plak jemput2 tuh! Ngap...ngap...ngap... xsedar sbb kriuk2 jemput2 tu aku suke.

Okla...kite layan ape bhn2 dia...

(1) Mee Goreng Special

Bahan2 :

  • 3 keping Maggi Bungkus (yg tiada perencah) - celur dgn air panas skjp & toskan
  • 1 mangkuk kecik ayam yg telah dipotong kecik2
  • Sedikit Mix Vege
  • Sedikit Capsicum Hijau - potong kecik
  • Sedikit Bunga Kantan yg diracik halus
  • 1 ulas bawang besar (yg kecik) - potong dadu
  • 3 ulas bawang putih - ketuk je
  • 2 sb sos tiram
  • 3 sb kicap manis (agak2 sbb ikut selera masing2)
  • sedikit garam (jika perlu)
  • 2 sk serbuk lada hitam
  • 2 sb cili kisar

Cara2 :

  • Tumis bawang2 & bunga kantan sehingga naik bau. Kemudian, masukkan cili kisar. Masak hg pecah minyak. Masukkan serbuk lada hitam, sos tiram & kicap manis. Masukkan ayam & tutup kuali supaya ayam empuk & masak. Bila ayam dah masak, masukkan mix vege & mee yg tlh dicelur. Ratakan bahan ke atas keseluruhan mee. Tambah kicap jika perlu. Kemudian, masukkan capsicum & boleh dihidang panas2.

(2) Telur Mata Lembu

Bahan2 :

  • Telur 2 biji yg di goreng berasingan
  • 2 cubit lada sulah (utk 2 biji telur)
  • 2 cubit secukup rasa (utk 2 biji telur)
  • Sedikit butter/marjerin
  • acuan telur

Cara2 :

  • Panaskan butter & letak acuan telur di tengah2 kuali leper. Pecahkan telur di tengah2 di dalam acuan tersebut & tunggu hingga masak. Letakkan secubit lada sulah & secukup rasa di atas telur tersebut. Guna api sederhana. Setelah masak, keluarkan acuan & terbalikkan telur sekiranya nak bagi telur merah masak. Ulang untuk telur yg selebihnya.

(3) Jemput-jemput Kentang

Bahan2 :

  • 1 biji kentang (kupas kulit, potong dadu, rebus sebentar & toskan)
  • Sedikit lobak merah di racik halus & pnjg
  • Sedikit Mix Vege
  • 1 ulas bawang merah - potong dadu
  • 3 @ 4 sb tepung gandum
  • Sedikit garam
  • Sedikit air panas
  • Sedikit air biasa
  • Minyak untuk menggoreng

Cara2 :

  • Masukkan tepung & garam di dalam mangkuk. Gaul sebati. Masukkan sedikit air panas yg mendidih & gaul tepung & garam supaya rata. Kemudian masukkan sedikit air biasa. Pastikan adunan tidak terlalu cair. Masukkan kesemua bahan2 lain & kacau sebati. Panaskan minyak & sudukan sedikit demi sedikit ke dalam minyak panas & masak sehingga adunan garing sedikit, kekuning2an.
p/s : kalau buat jemput-jemput letak ayam pun sedap. ayam xperlu direbus @ dimasak terlebih dahulu. potong ayam kecik2 & campurkan ke dalam adunan tepung bersama2 bahan2 lain.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...