Salam Kasih Dariku ;

Assalamualaikum & Salam Sejahtera. Terima Kasih byk2... Thanx a lot... Arigato... Gambsahabnida... sbb sudi singgah & belek2 dapurku ini. TERIMA KASIH & SELAMAT MENCUBE kepada yang sudi ingin mencube resepi2 yang ada di sini. Saya budak baru belajar. Hehehe... Mula ghairah & bersemangat dgn ape jua masakan sejak bergelar isteri & jadi surirumah. Sejak itu, setiap hari dok belek majalah2 resepi, internet & ape jua sumber utk mencari sesuatu yg menarik untuk dimasak & dijamu buat suami tercinta. Setiap hari jua cuba untuk belajar sesuatu yg baru. Tapi skang, berusaha untuk cube masak best2 sebab dah sibuk dgn kerja... Moga kalian dapat memberikan semangat & sokongan serta pandangan yg berguna buatku... Silalah FOLLOW, COMMENT & VOTE blog saya ini. Terima kasih daun kari... Lain kali dtg la cni lagi... hehe (~_^) Sebarang pandangan, bolehlah email saya di yayang.nasir@gmail.com atau pun YM : yayang2332. terima kasih.



Anda suke blog ini?

Popia Ayam, Karipap Sardin, Grilled Chicken Sandwich with Hot Lemon Tea

Saturday, February 12, 2011
Alhamdulillah... pagi2 ni, lepas subuh terus x tido. Buat breakfast terus. Ade nasi tomato & ayam masak merah sket semalam, panaskan. Maklumlah... duk ber2, bukan banyak sangat makan. Lagi2 ade org tgh nak berdiet tu... So, aku goreng beberapa ketul popia ayam & karipap sardin. Kut2 hubby teringin nak makan ke...
Pastu, petang nanti nak g umah Mak ngan Ayah Mertuaku. So, hubby suh buat sandwich skit. Plan nak bg sket karipap & popia yg froven tu jugak. Grilled Chicken Sandwich tu aku buat lebih sket tuk kami breakfast...hehe banyaknye... Air? Minum teh o je. Aku plak teringin nak lain sket, aku nye air special, Hot Lemon Tea... hehe sedap tau...

Btw; antara resepi2 yg aku buat :-

Karipap yang belum digoreng, baru kuarkan dari fridge.

Popia Ayam

Bahan2 :
  • Kulit Popia (yang kecik)
  • Ayam sikit (bhgian daging)
  • Bawang putih
  • Mix Vege
  • Garam
  • Perasa "Secukup Rasa"

Cara2 :
  • Potong ayam kecik2
  • Tumis bawang putih, Mix Vege & Ayam dgn letak garam & serbuk perasa.
  • Dah masak, angkat & tunggu sejuk baru lipatkan dengan kulit popia

Karipap Sardin

Utk Doh :-

  • 500gram tepung gandum
  • 1/2 cawan minyak
  • 2 sudu besar marjerin
  • 1/2 cawan air sejuk ( letak kiub ais)
  • Garam secukupnya

Cara2 :
  • Campurkan sedikit garam dalam air sejuk, masukkan marjerin di dalam tepung gandum dan sebatikan, kiranya akan jadi seperti berketul-ketul halus, macam serbuk roti, panaskan minyak dan curah di dalam tepung tadi, dengan menggunakan sudu, kacau ke seluruh adunan.
  • Lepas tu, curahkan air sejuk tadi dan uli hingga menjadi doh, air jangan masuk semua, kira agak-agaklah kelembutan doh tu, setelah menjadi doh dan doh pemukaan doh agak licin, masukkan doh ke dalam plastik bersih dan perap di dalam peti ais lebih kurang 1 hingga 2 jam, langkah ini penting bagi mendapatkan doh yang rangup dan senang untuk di canai nanti. Sementara itu boleh buat inti karipap.

Utk inti :-
  • 1 Botol kecil sardin (hancur2kan)
  • Bawang Putih (potong dadu)
  • Bawang Merah (potong dadu)
  • Halia (potong halus)
  • 2 Biji Limau Nipis (perah airnya)
  • 2 sudu besar Cili Boh
  • Garam secukupnya

Cara2 :
  • Tumis semua bahan. Masukkan sardin & pastikan tidak terlalu masin kerana ia perlu seimbang dengan doh yang dibuat tadi.
  • Bila dah masak, pastikan ianya sejuk dahulu & baru boleh buat karipap.

Cara2 buat karipap :
  • Ambil doh dalam kuantiti sikit & canaikan ia.
  • Masukkan inti sardin & kelim karipap tersebut.
  • Cara2 kelim boleh dibuat dengan tangan @ bekas yang bercetak.
  • Goreng di dalam api yang sederhana & pastikan minyak betul2 panas.
  • Sedia dimakan....ngappp...hehe

Grilled Chicken Sandwich

Bahan2 :
  • Ayam (bahagian daging. Hiris nipis2) --> Bahan2 utk grill ayam; sama macam nak grill utk Grilled Chicken Salad
  • Kobis (Potong Halus. Kalau ade salad, boleh jugak. Dlm fridge, itu je yg ade..hehe)
  • Tomato (Hiris nipis2)
  • Mayonis
  • Mentega

Cara2 :
  • Ambil 2 keping roti, potong tepi. (simpan bhgian tepi tu sbb boleh buat puding roti)
  • Sapu mentega & mayonis kedua2 belah roti.
  • Letak ayam yang sudah di grilled.
  • Letak kobis & hirisan tomato.

  • Sedia dihidang.
Hot Lemon Tea

Bahan2 :
  • Air Panas
  • 1 Uncang Teh
  • Gula
  • Lemon

Cara2 :
  • Letak uncang teh dalam air panas & bubuh gula.
  • Bila gula dah larut, perahkan lemon.
  • Sedia di minum...uhhh segarnyee....

nota : Resepi2 tu semua cara aku sendiri. Maklumlah, bukan professional. Hanyalah tukang masak amatur. So, terserah pada semua. Aku suka untuk share dgn org lain.
Selamat mencube! (^_*)

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...