Salam Kasih Dariku ;

Assalamualaikum & Salam Sejahtera. Terima Kasih byk2... Thanx a lot... Arigato... Gambsahabnida... sbb sudi singgah & belek2 dapurku ini. TERIMA KASIH & SELAMAT MENCUBE kepada yang sudi ingin mencube resepi2 yang ada di sini. Saya budak baru belajar. Hehehe... Mula ghairah & bersemangat dgn ape jua masakan sejak bergelar isteri & jadi surirumah. Sejak itu, setiap hari dok belek majalah2 resepi, internet & ape jua sumber utk mencari sesuatu yg menarik untuk dimasak & dijamu buat suami tercinta. Setiap hari jua cuba untuk belajar sesuatu yg baru. Tapi skang, berusaha untuk cube masak best2 sebab dah sibuk dgn kerja... Moga kalian dapat memberikan semangat & sokongan serta pandangan yg berguna buatku... Silalah FOLLOW, COMMENT & VOTE blog saya ini. Terima kasih daun kari... Lain kali dtg la cni lagi... hehe (~_^) Sebarang pandangan, bolehlah email saya di yayang.nasir@gmail.com atau pun YM : yayang2332. terima kasih.



Anda suke blog ini?

Selamat Hari Lahir, Suamiku Tercinta

Saturday, July 2, 2011
Assalamualaikum.... Alhamdulillah, harini aku diberikan kekuatan untuk mencoretkan sesuatu untuk dikongsi bersama. Maaflah sebab dah lama sangat x update resepi2. Bukan ape, kesihatan yang tidak mengizinkan & ditambah pula tugas tambahan yang perlu diselesaikan. Maklumlah, carik duit poket sikit. Alhamdulillah... wp aku hanyalah sebagai surirumah (wp ade sesetengah pihak mempertikaikan kenapa mesti aku duduk rumah...), aku bersyukur dengan nikmat kurniaan Allah kerana rezeki kami sentiasa datang. Wp ianya tidaklah buat kami kaya atau, aku boleh dapat gaji bulan-bulan yang beriban2, tp aku bersyukur... aku ade sesuatu! Dan jugak, kami masih lagi boleh tersenyum & bahagia! Alhamdulillah...

Oklah, berbalik kepada subject entry harini - 01.07.2011 adalah sempena Hari Lahir suamiku tercinta; En Mohd Suhaireel Suboh. Inilah tahun pertama birthday hubby yang kami sambut bersama. Maklumlah, sebelum ni duduk jauh-jauh, so masa & keadaan tidak mengizinkan. Alhamdulillah... aku bersyukur segalanya yang aku rancangkan berjalan lancar wp ianya sederhana. Seronok rasanya; pagi-pagi dah excited nak pergi carik barang utk buat kek & carik hadiah sekali. Balik je terus masak2 & baking kek. Alhamdulillah... btw, kek tu sebenarnye, kalau ikut resepi asal topping/frosting dia bukan cheese. Tapi aku ganti dengan gunakan cream cheese. Sedap jugakla.. Lagi sedap bila kuar fridge.

Ok, jom tengok resepi-resepi candlelight dinner aku & hubby sempena birthday celebration hubby semalam.

(1) Mocha Choco Cake with Chocolate Cream Cheese Frosting

-->Bahan2 Kek:

  • 1 cawan tepung gandum - diayak
  • 1 sk baking powder - diayak
  • 1/2 sk baking soda - diayak
  • 1/4 cawan serbuk koko - diayak
  • 1/2 cawan mentega
  • 3/4 cawan gula
  • 1/4 cawan susu segar suam
  • 2 sk instant coffee yg dicampur dgn 2 sb air panas
  • 2 biji telur
  • 1 sk esen vanilla

-->Bahan2 Frosting/Topping:

  • 1 buku cream cheese (philadelphia) - suhu bilik
  • 1/4 cawan mentega - suhu bilik
  • 1 cawan gula (manis ikut suka)
  • 1/3 cawan chocolate emulco
  • 1 sk esen vanilla

Cara2 Kek:

  • Ayak dahulu bahan2 yang perlu diayak. Setelah itu, pukul (menggunakan mixer) mentega & gula hingga kembang. Slps itu, masukkan telur satu persatu & pukul lagi. Kemudian, masukkan bahan2 yang sudah diayak sedikit demi sedikit berselang seli dengan susu segar & kacau menggunakan senduk kayu atau spatula. Kemudia, masukkan esen vanilla & bancuhan coffee. Kacau sebati. (Jgn terlebih adun, takut adunan tercair nanti). Alaskan acuan bulat berukuran 16cm dgn baking sheet, tuang adunan tadi ke dalam acuan & bakar pada suhu 180 darjah selama 40-50 min (bergantung kepada ketebalan acuan/loyang). Setelah masak, sejukkan atas redai.

Cara2 Frosting/Topping:

  • Pukul cream cheese & mentega sehingga kembang. Masukkan gula & pukul lagi. Kemudian, masukkan chocolate emulco & esen vanilla & pukul lagi. Setelah itu, kek dibahagi dua & sapukan frosting ke atas kek & keseluruhan kek. Hiaslah ikut kreativiti anda. Selamat Cube2 :)
p/s : resepi asal boleh tengok kat SINI. thanx Ros.

(2) Carrot Rice

-->Bahan2:

  • 1 cawan beras basmathi (aku guna jati je...) - basuh & toskan
  • 2 cawan air panas dicampur bersama 1/2 kiub stok ayam
  • 1 cawan hirisan lobak bersama2 capsicum kuning & hijau (ikut citarasa sendiri)
  • 1 sk secukup rasa
  • 1 biji bawang besar
  • Sedikit mentega

Cara2:

  • Panaskan mentega di dalam periuk nasi. Tumis bawang hingga naik bau. Masukkan bancuhan air panas bersama stok ayam. Masukkan secukup rasa & kacau. Masukkan beras yang sudah dibasuh & ditoskan ke dalam periuk nasi tersebut. Kacau & tutup periuk nasi. Setelah nasi masak, kacau & perlu dilihat untuk pastikan nasi tidak terlalu hangit. sedia dihidang panas2.

(3) Sotong Percik (Squid Splash)

--> Bahan2:

  • 3 ekor sotong size sederhana besar (potong separuh2 supaya tidak tertanggal)
  • 2 sb cili kisar
  • 1 biji bawang besar - kisar
  • 2 ulas bawang putih - kisar
  • 1 inci halia - kisar
  • 1 btg serai - kisar
  • 2 sb air asam jawa
  • Gula, Garam & Perasa secukupnya
  • Minyak untuk menumis

Cara2:

  • Lumur sotong dengan sedikit garam & perasa & bakar sehingga masak. Ketepikan. Kemudian, panaskan minyak, masukkan bahan2 kisar & masak sehingga cili cukup masak. Masukkan air asam jawa, gula, garam & perasa secukupnya. Masak sehingga kering sedikit. Masukkan sotong yang dibakar tadi & kacau beberapa minit & hidangkan.

(4) Steamed Pak Choi with Marinated Grilled Shrimp

--> Bahan2 Udang Bakar:

  • 1 mangkuk kecil udang sederhana besar (dibuang kulit)
  • 1 sb sos tomato
  • 2 ulas bawang putih (racik halus)
  • 1 sk serbuk paprika
  • 1 sk secukup rasa

Cara2:

  • Perap udang bersama2 bahan2 tersebut paling kurang 1 jam. Kemudian, bakar udang sehingga masak. Ketepikan.

--> Bahan2 Sayur:

  • 1 batang sayur pak choi (hehe makan ber2 je..)
  • sedikit capsicum hijau & kuning
  • sedikit bawang besar yang dipotong dadu
  • 1 ulas bawang putih - racik halus
  • 1 sb sos tiram

Cara2:

  • Susun sayur dalam pinggan. Taburkan semua bahan di atas sayur. Dan, boleh kukus sayur bersama nasi yang dimasak tadi. Itu lebih mudah. Setelah sayur masak, susun udang yang telah dibakar tadi ke dalam pinggan berisi sayur. sedia di hidang...

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...