Salam Kasih Dariku ;

Assalamualaikum & Salam Sejahtera. Terima Kasih byk2... Thanx a lot... Arigato... Gambsahabnida... sbb sudi singgah & belek2 dapurku ini. TERIMA KASIH & SELAMAT MENCUBE kepada yang sudi ingin mencube resepi2 yang ada di sini. Saya budak baru belajar. Hehehe... Mula ghairah & bersemangat dgn ape jua masakan sejak bergelar isteri & jadi surirumah. Sejak itu, setiap hari dok belek majalah2 resepi, internet & ape jua sumber utk mencari sesuatu yg menarik untuk dimasak & dijamu buat suami tercinta. Setiap hari jua cuba untuk belajar sesuatu yg baru. Tapi skang, berusaha untuk cube masak best2 sebab dah sibuk dgn kerja... Moga kalian dapat memberikan semangat & sokongan serta pandangan yg berguna buatku... Silalah FOLLOW, COMMENT & VOTE blog saya ini. Terima kasih daun kari... Lain kali dtg la cni lagi... hehe (~_^) Sebarang pandangan, bolehlah email saya di yayang.nasir@gmail.com atau pun YM : yayang2332. terima kasih.



Anda suke blog ini?

Salam Ramadhan 1433H dari Mrs Aireel's Cuisine

Sunday, July 22, 2012
Assalamualaikum.

Alhamdulillah. Ramadhan ke-2 baru berkesempatan belek-belek sini. Bukannya apa, tanggungjawab pada Allah diutamakan dahulu. Alhamdulillah jugak, puasa di bulan Ramadhan tak banyak beza bagi saya sebab kita dah biasa berpuasa sebelum kedatangan Ramadhan lagi. Tidak kiralah samada puasa Qadha' ataupun puasa sunat. Bagi saya, yang penting, nawaitu kita.

Dapur Pn Aireel tetap berasap. Cumanya, tidak berkesempatan untuk di letakkan di sini. Semalam, puasa pertama, saya menyediakan juadah ringkas sahaja. Gulai Asam Pedas Johor dan Sayur Bendi. InsyaAllah, di lain hari, andai berkesempatan, akan dikongsi bersama.

Syukur Alhamdulillah, Ramadhan kali ini kita dapat jumpa lagi. Syukur kepada Allah atas sgl nikmatNya. Kali ini, saya terasa semakin mahu dekat kepadaNya. Semakin mahu banyakkan membaca Al-Quran. Sejujurnya, sebelum ini memamg terlalu jarang sekali saya membaca Al-Quran. Kononnya sibuk. MasyaAllah. Astaghfirullahala'zim. Ianya membuatkan saya malu padaNya. Bukan kita tak pandai baca. Malah, kita arif tentang hal tajwid. Itu yang membuatkan saya semakin malu pada Allah. Itu yang membuatkan saya muhasabah kelemahan diri ini. Dalam masa yang sama, ingin saya kongsikan bersama rakan-rakan agar kita tidak jauh melupakanNya.

Kita harus ingat. Rezeki yang kita kecapi selama ini datangnya dari Allah S.W.T. Dan, andai kita melupakanNya, nikmat itu boleh ditarikbalik bila2 masa sahaja dan dalam apa jua keadaan. MasyaAllah.

Tiba2, saya terasa rugi masa2 silam saya. Rugi kerana x rebut peluang masa Ramadhan. Amat jarang menunaikan solat sunat muakkad yang dituntut Allah, iaitu solat Tarawikh. Namun, kini... saya berazam. Walaupun tidak dapat menunaikan di masjid/surau, saya akan usahakan di rumah. InsyaAllah. Bulan Ramadhan, bulan penuh keberkatan. Bulan ini juga doa kita dimakbulkan Allah. Allah pasti akan maakbulkan doa kita andai kita tidak lupakanNya. InsyaAllah, dengan nawaitu di hati, usaha yang istiqamah serta tawakkal atas usaha tersebut, pasti ada ganjaranNya. InsyaAllah...

Mari sama2 kita muhasabah diri. Selang beberapa tahun, bulan, hari, jam, minit, saat dan ketika... pasti akan ada sahabat serta keluarga kita yang akan dijemput Allah. Bila2 masa jua akan tiba masa kita. Sekuat mana kita bekerja yang merupakan jua ibadah, jangan lupa tuntutan kita yang wajib kita tunaikan. Biarlah duniawi dan ukhrawi seiring sejalan. Mesti ada 'wasatiah' (kesederhanaan) dan 'qana'ah' (merasa cukup dengan pemberian Allah-redha) dalam kehidupan. Yang penting, sentiasa utamakan yang wajib dahulu.

Barangsiapa menginginkan teman, cukuplah Allah menjadi temannya.
Barangsiapa menginginkan kekayaan, cukuplah qana’ah menyertainya.
Barangsiapa menginginkan nasihat, cukuplah kematian menasihatinya.
Barangsiapa menginginkan harta simpanan, cukuplah Al-Quran menjadi barang simpanannya.
Barangsiapa yang tidak cukup dengan keempat-empat hal ini, cukuplah neraka baginya.

Nauzubillah...

Salam Ramadhan 1433H dari saya dan suami.
Semoga kita mendapat keberkatan dari Ramadhan kali ini. InsyaAllah...


0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...