Salam Kasih Dariku ;

Assalamualaikum & Salam Sejahtera. Terima Kasih byk2... Thanx a lot... Arigato... Gambsahabnida... sbb sudi singgah & belek2 dapurku ini. TERIMA KASIH & SELAMAT MENCUBE kepada yang sudi ingin mencube resepi2 yang ada di sini. Saya budak baru belajar. Hehehe... Mula ghairah & bersemangat dgn ape jua masakan sejak bergelar isteri & jadi surirumah. Sejak itu, setiap hari dok belek majalah2 resepi, internet & ape jua sumber utk mencari sesuatu yg menarik untuk dimasak & dijamu buat suami tercinta. Setiap hari jua cuba untuk belajar sesuatu yg baru. Tapi skang, berusaha untuk cube masak best2 sebab dah sibuk dgn kerja... Moga kalian dapat memberikan semangat & sokongan serta pandangan yg berguna buatku... Silalah FOLLOW, COMMENT & VOTE blog saya ini. Terima kasih daun kari... Lain kali dtg la cni lagi... hehe (~_^) Sebarang pandangan, bolehlah email saya di yayang.nasir@gmail.com atau pun YM : yayang2332. terima kasih.



Anda suke blog ini?

Baked French Toast Casserole, Jemput-jemput Lobak Merah

Saturday, July 7, 2012
Assalamualaikum....

Salam dihari Sabtu. Kesibukan saya sebagai Fulltime Eksekutif Akaun (Amansari Residence Resort, Seri Alam, Masai), Partime Unit Trust Consultant (Public Mutual Berhad), Partime Job (e.ReeL Touch) dan Surirumah sekaligus membataskan saya untuk update resepi-resepi yang menarik. Kadangkala masak simple-simple je coz hubby pun x kisah masak apa. Bagi saya, air tangan isteri yang sahaja boleh membahagiakan hubungan suami-isteri. Walaupun ada sesetengah orang fikir, ianya terlalu simple untuk dimasak. Saya x kisah. Yang penting, suami saya suke. Alhamdulillah...

Selain dari itu, saya juga suka masak untuk bawak ke office. Maklumlah... officemate pun suka bila kita masak. At least, dapat pahala kan... Mudah2an... Seronok rasanya bila kita masak, orang suka makan masakan kita. Syukur Alhamdulillah....

Ingat pesan bonde tercinta, "Jangan kedekut dengan makanan".... Sebab, seandainya kita rajin bersedekah kepada orang tanpa mengambilkira siapa dia.... InsyaAllah, rezeki kita semakin dimurahkan dan diberkatiNya... InsyaAllah....

Malam tadi, dah sediakan bahan-bahan tuk breakfast pagi tadi... Sambil-sambil tu, masak sekali lauk sardin atas permintaan suami tercinta. Suke betul dia makan sardin... hurmmm...

Kat bawah ni ada resepi terbaru. 1st time cuba. Itupun, hasil idea dari : ForTheLoveOfFood



1) Baked French Toast Casserole

Bahan-bahan :
  • 1 batang panjang Roti Perancis - potong serong
  • Sedikit mentega/marjerin - untuk disapukan pada bekas

Bahan-bahan A :
  • 5 biji telur
  • 1 cawan susu segar
  • 2 sb gula
  • 1 sk esen vanila

Bahan-bahan B :
  • 1/2 cawan gula perang/brown sugar
  • 1 cawan mentega/marjerin
  • 4 sb peanut butter
  • 1/2 cawan chocs chip
  • 1 sk esen vanila
  • 1/2 cawan almond flakes - disangai/bakar oven sehingga kekuning-kuningan terlebih dahulu

Cara-cara :
  • Susun roti perancis yang telah dipotong ke dalam bekas tahan oven.
  • Campurkan semua bahan A dan pukul sehingga sebati. Jangan terlalu lama pukul.
  • Curahkan dengan rata bahan A yang telah dipukul sebati ke dalam bekas yang telah disusun roti.
  • Tutup dengan aluminium foil dan simpan ke dalam fridge semalaman.
  • Keesokan hari : Panaskan oven terlebih dahulu.
  • Campur semua bahan B di dalam mangkuk dan kacau sebati.
  • Letak sebagai topping ke dalam bekas roti yang telah disimpan di dalam fridge semalaman.
  • Bakar ke dalam oven dengan suhu 160c selama 45-60 minit atau sehingga masak.

* Kalau saya, nak tau masak ke tidak, topping dia berwarna kekuning-kuningan.




2) Jemput-jemput Lobak Merah

Ni resepi sendiri. Jemput-jemput ni boleh letak isi apa-apa je. Semuanya sedap. Instant breakfast!

Bahan-bahan :
  • 1 labu bawang besar - potong dadu
  • 1 batang lobak merah - potong halus panjang (2 inci)
  • 2 cawan tepung gandum
  • Sedikit air panas
  • Sedikit air
  • Secukup Rasa secukupnya :)
  • Minyak untuk menggoreng

Cara-cara :
  • Campurkan bawang, lobak merah, secukup rasa dan tepung gandum ke dalam bekas.
  • Masukkan sedikit air panas.
  • Kacau sebati.
  • Masukkan air dan kacau sehingga adunan tidak terlalu cair dan tidak jugak terlalu pekat.
  • Panaskan minyak di dalam kuali.
  • Sudukan adunan sedikit demi sedikit ke dalam kuali yang panas minyak.
  • Goreng sehingga adunan kekuning-kuningan.
  • Ulang sehingga adunan habis.
  • Sedap di makan bersama sos cili.

3) Sos Cili - buat sendiri! ehehhe...

Bahan-bahan :
  • 5 tangkai cili merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 sb sos tiram
  • 2 keping asam keping
  • Gula dan Perasa secukupnya

Cara-cara :
  • Kisar cili bersama bawang putih.
  • Masukkan ke dalam kuali dan masak dengan api yang kecil.
  • Setelah cili masak, masukkan gula, secukup rasa dan asam keping.
  • Masak sehingga pekat.
  • Setelah pekat, matikan api dan boleh disimpan ke dalam fridge setelah sejuk.


Happy Cooking! (>_<)


Yayang : Masak dengan hati yang ikhlas, pasti hasilnya menawan!

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...