Alhamdulillah... hari ni hubby off. So, ada la kawan kat umah. So, hubby balik pagi tadi (sbb keje shift malam) mmg ada bawak kuih tuk breakfast. Tapi, still aku buat jugak breakfast. Ala, buat Egg Benedict cam semalam. Tapi hari ni aku xbuang tepi roti, but still ok je. Then, tengahari tadi, teringin nak goreng kentang yang tinggal 2 tu je. Esok dah nak beli barang dapur.. So, on je la. Masak nasi 1 pot, buat lauk Ayam Panggang Masak Kari. Sedap gak... hehehhe... ni mmg resepi aku sendiri. Tak rasa pulak ade kat luar... hehhe Actually, aku menggunakan kreativiti sendiri gunakan barang2 yang ada kat dapur.
Okla, jom tengok resepi2 aku hari ini....
(1) Ayam Panggang Masak Kari
Bahan2 :
PERAP AYAM
- 3 ketul ayam
- 1 ulas bawang putih (tumbuk halus)
- 1 sk ketumbar (sangai & kisar)
- 1 sk jintan manis (sangai & kisar)
- 1 sk blackpepper (sangai & kisar)
- sedikit garam
- sedikit secukup rasa
- 1 sb sos tiram
- 1 sk madu
- 1/2 biji bawang besar (potong dadu)
- 2 uals bawang putih (ketuk)
- 1 inci halia (ketuk)
- 3 sb serbuk kari (dibancuh dgn sedikit air)
- 1 sb cili kisar
- 1 keping asam gelugor
- 1 sk secukup rasa
- garam & gula secukupnya
- 1 sk tepung jagung (dibancuh dengan sedikit air) @ boleh gantikan dengan 1/2 biji buah keras yang ditumbuk halus
- Air secukupnya
Cara2 :
-
Perap ayam dengan semua bahan perap selama 1 jam atau lebih. Aku perap 1/2 jam je sebab dah terlambat nak masak, kang kelaparan kami... ekekkkeke... tp, still sedap. Kemudian, setelah ayam diperap, panggang ayam menggunakan frying pan di atas api kecil. Letak sedikit minyak & panggang sehingga ayam masak. Kemudian, tumis bawang merah, putih, halia sehingga naik bau dengan menggunakan api sederhana. Masukkan cili kisar. Tumis sehingga cili masak. Masukkan bancuhan serbuk kari, tumis lebih kurang 2, 3 minit. Masukkan air, asam gelugor, garam, gula & perasa secukupnya. setelah mendidih, masukkan ayam yang telah dipanggang tadi. Masukkan bancuhan tepung jagung/ buah keras & tunggu sehingga kuah pekat & boleh dihidang bersama nasi panas.
-
Petua : asam keping perlu dikeluarkan setelah rasa yang diperlukan sudah cukup kerana kalau dibiarkan di dalam periuk, kuah akan semakin terasa asamnya.
(2) Spicy Potato Fingers
Bahan2 :
- 2 biji kentang - dipotong panjang (jejari) & rebus sehingga empuk. Masukkan sedikit
- garam & secukup rasa ketika merebus.
- 5 sb tepung rangup *
- 2 sk serbuk paprika *
- 1 sk serbuk blackpepper *
- 2 sk serbuk kari *
- sedikit garam *
- 1 sk secukup rasa *
- Air secukupnya *
Cara2 :
-
Bancuh semua bahan bertanda (*). Adunan tidak terlalu cair @ terlalu pekat. Masukkan kentang yang telah direbus ke dalam bancuhan tadi. Gaul dengan berhati2 kerana dikhuatiri kentang akan patah dua. Pastikan semua kentang diselaputi adunan tadi. Panaskan minyak dengan menggunakan api sederhana. Setelah minyak betul2 panas, masukkan kentang tadi satu persatu. Goreng kentang sehingga kuning keemasan. Ulang sehingga kentang habis & boleh dimakan bersama sos cili.
(3) Egg Benedict
Resepi boleh tengok kat sini. Semalam buat tuk sendiri. Harini buat tuk en hubby sekali.
0 comments:
Post a Comment