Well, ini pun salah satu lauk last week aku buat. Tulah, peram gmbo lelame... Ala, sblm ni xleh nak on9 kat dining hall, kene on9 kat bilik je.... Rimas lak duk bilik pakaian tu lame2... Duk dining table best sket sbb leh sambil2 tgk tv. hehe... Alasan je ek....
Okla, jom tgk resepi kat bawah.
Ayam Merah Masak Lemon
Bahan2 :
- 3 ketul ayam (makan tuk 2 org) - goreng dulu dengan kunyit & sedikit garam
- 1 biji bawang besar (potong bulat)
- 1 sb tomato puree
- 1 sb sos tomato
- 3 @ 4 sb cili kisar (pedas ikut suka)
- 1 sb air asam jawa
- 2 sb air lemon
- sedikit gula pasir (kalau nak likat merah, guna gula merah)
- garam secukupnya
Bahan kisar :
- 1 inci halia
- 1 btg serai (xnak kisar pun boleh, ketuk je)
- 2 ulas bawang putih
Cara2 :
-
Panaskan minyak. Tumis bahan kisar hingga naik bau. Masukkan cili kisar hingga terbit minyak. Masukkan bahan2 lain & gaul rata. Masukkan ayam yg telah digoreng & kacau rata. Bila dah pekat & masak, boleh dihidangkan.
0 comments:
Post a Comment