Ok, pg td, kami bekfes, belen mee mlm td... bile dah celur. byk plak... tulah, nafsu manusia. hehe... pastu, aku goreng Jemput-jemput Kentang. Abih plak jemput2 tuh! Ngap...ngap...ngap... xsedar sbb kriuk2 jemput2 tu aku suke.
Okla...kite layan ape bhn2 dia...
(1) Mee Goreng Special
Bahan2 :
- 3 keping Maggi Bungkus (yg tiada perencah) - celur dgn air panas skjp & toskan
- 1 mangkuk kecik ayam yg telah dipotong kecik2
- Sedikit Mix Vege
- Sedikit Capsicum Hijau - potong kecik
- Sedikit Bunga Kantan yg diracik halus
- 1 ulas bawang besar (yg kecik) - potong dadu
- 3 ulas bawang putih - ketuk je
- 2 sb sos tiram
- 3 sb kicap manis (agak2 sbb ikut selera masing2)
- sedikit garam (jika perlu)
- 2 sk serbuk lada hitam
- 2 sb cili kisar
Cara2 :
-
Tumis bawang2 & bunga kantan sehingga naik bau. Kemudian, masukkan cili kisar. Masak hg pecah minyak. Masukkan serbuk lada hitam, sos tiram & kicap manis. Masukkan ayam & tutup kuali supaya ayam empuk & masak. Bila ayam dah masak, masukkan mix vege & mee yg tlh dicelur. Ratakan bahan ke atas keseluruhan mee. Tambah kicap jika perlu. Kemudian, masukkan capsicum & boleh dihidang panas2.
(2) Telur Mata Lembu
Bahan2 :
- Telur 2 biji yg di goreng berasingan
- 2 cubit lada sulah (utk 2 biji telur)
- 2 cubit secukup rasa (utk 2 biji telur)
- Sedikit butter/marjerin
- acuan telur
Cara2 :
-
Panaskan butter & letak acuan telur di tengah2 kuali leper. Pecahkan telur di tengah2 di dalam acuan tersebut & tunggu hingga masak. Letakkan secubit lada sulah & secukup rasa di atas telur tersebut. Guna api sederhana. Setelah masak, keluarkan acuan & terbalikkan telur sekiranya nak bagi telur merah masak. Ulang untuk telur yg selebihnya.
(3) Jemput-jemput Kentang
Bahan2 :
- 1 biji kentang (kupas kulit, potong dadu, rebus sebentar & toskan)
- Sedikit lobak merah di racik halus & pnjg
- Sedikit Mix Vege
- 1 ulas bawang merah - potong dadu
- 3 @ 4 sb tepung gandum
- Sedikit garam
- Sedikit air panas
- Sedikit air biasa
- Minyak untuk menggoreng
Cara2 :
-
Masukkan tepung & garam di dalam mangkuk. Gaul sebati. Masukkan sedikit air panas yg mendidih & gaul tepung & garam supaya rata. Kemudian masukkan sedikit air biasa. Pastikan adunan tidak terlalu cair. Masukkan kesemua bahan2 lain & kacau sebati. Panaskan minyak & sudukan sedikit demi sedikit ke dalam minyak panas & masak sehingga adunan garing sedikit, kekuning2an.
p/s : kalau buat jemput-jemput letak ayam pun sedap. ayam xperlu direbus @ dimasak terlebih dahulu. potong ayam kecik2 & campurkan ke dalam adunan tepung bersama2 bahan2 lain.