Alhamdulillah... pagi2 ni, lepas subuh terus x tido. Buat breakfast terus. Ade nasi tomato & ayam masak merah sket semalam, panaskan. Maklumlah... duk ber2, bukan banyak sangat makan. Lagi2 ade org tgh nak berdiet tu... So, aku goreng beberapa ketul popia ayam & karipap sardin. Kut2 hubby teringin nak makan ke...
Pastu, petang nanti nak g umah Mak ngan Ayah Mertuaku. So, hubby suh buat sandwich skit. Plan nak bg sket karipap & popia yg froven tu jugak. Grilled Chicken Sandwich tu aku buat lebih sket tuk kami breakfast...hehe banyaknye... Air? Minum teh o je. Aku plak teringin nak lain sket, aku nye air special, Hot Lemon Tea... hehe sedap tau...
Btw; antara resepi2 yg aku buat :-
Karipap yang belum digoreng, baru kuarkan dari fridge.
Popia Ayam
Bahan2 :
- Kulit Popia (yang kecik)
- Ayam sikit (bhgian daging)
- Bawang putih
- Mix Vege
- Garam
- Perasa "Secukup Rasa"
Cara2 :
- Potong ayam kecik2
- Tumis bawang putih, Mix Vege & Ayam dgn letak garam & serbuk perasa.
- Dah masak, angkat & tunggu sejuk baru lipatkan dengan kulit popia
Karipap Sardin
Utk Doh :-
- 500gram tepung gandum
- 1/2 cawan minyak
- 2 sudu besar marjerin
- 1/2 cawan air sejuk ( letak kiub ais)
- Garam secukupnya
Cara2 :
- Campurkan sedikit garam dalam air sejuk, masukkan marjerin di dalam tepung gandum dan sebatikan, kiranya akan jadi seperti berketul-ketul halus, macam serbuk roti, panaskan minyak dan curah di dalam tepung tadi, dengan menggunakan sudu, kacau ke seluruh adunan.
- Lepas tu, curahkan air sejuk tadi dan uli hingga menjadi doh, air jangan masuk semua, kira agak-agaklah kelembutan doh tu, setelah menjadi doh dan doh pemukaan doh agak licin, masukkan doh ke dalam plastik bersih dan perap di dalam peti ais lebih kurang 1 hingga 2 jam, langkah ini penting bagi mendapatkan doh yang rangup dan senang untuk di canai nanti. Sementara itu boleh buat inti karipap.
- 1 Botol kecil sardin (hancur2kan)
- Bawang Putih (potong dadu)
- Bawang Merah (potong dadu)
- Halia (potong halus)
- 2 Biji Limau Nipis (perah airnya)
- 2 sudu besar Cili Boh
- Garam secukupnya
Cara2 :
- Tumis semua bahan. Masukkan sardin & pastikan tidak terlalu masin kerana ia perlu seimbang dengan doh yang dibuat tadi.
- Bila dah masak, pastikan ianya sejuk dahulu & baru boleh buat karipap.
Cara2 buat karipap :
- Ambil doh dalam kuantiti sikit & canaikan ia.
- Masukkan inti sardin & kelim karipap tersebut.
- Cara2 kelim boleh dibuat dengan tangan @ bekas yang bercetak.
- Goreng di dalam api yang sederhana & pastikan minyak betul2 panas.
- Sedia dimakan....ngappp...hehe
Grilled Chicken Sandwich
Bahan2 :
- Ayam (bahagian daging. Hiris nipis2) --> Bahan2 utk grill ayam; sama macam nak grill utk Grilled Chicken Salad
- Kobis (Potong Halus. Kalau ade salad, boleh jugak. Dlm fridge, itu je yg ade..hehe)
- Tomato (Hiris nipis2)
- Mayonis
- Mentega
Cara2 :
- Ambil 2 keping roti, potong tepi. (simpan bhgian tepi tu sbb boleh buat puding roti)
- Sapu mentega & mayonis kedua2 belah roti.
- Letak ayam yang sudah di grilled.
- Letak kobis & hirisan tomato.
- Sedia dihidang.
Hot Lemon Tea
Bahan2 :
- Air Panas
- 1 Uncang Teh
- Gula
- Lemon
Cara2 :
- Letak uncang teh dalam air panas & bubuh gula.
- Bila gula dah larut, perahkan lemon.
- Sedia di minum...uhhh segarnyee....
nota : Resepi2 tu semua cara aku sendiri. Maklumlah, bukan professional. Hanyalah tukang masak amatur. So, terserah pada semua. Aku suka untuk share dgn org lain.Selamat mencube! (^_*)