BRUNCH BAKE
Bahan2 :
* 10 - 15 keping Wholemeal Bread - potong 9
* 10 biji Telur + Secukup Rasa + 2 sk Mayonnaise - Pukul & ketepikan
Untuk Tumis :
* 1 biji Bawang Besar - potong dadu
* 1 pkt Minced Chicken
* 1 pkt Mix Vege
* Sedikit butter
* Secukup Rasa
Taburan Hiasan (On The Top) :
* 1 biji Tomato - buang tengah, potong dadu
* Sedikit Daun Bawang @ Kucai - potong dadu
* 1 pkt Grated Cheese (Separuh pkt dicampurkan dengan bahan2 tumis & roti)
Cara2 :
- Pukul telur bersama2 bahan2 yang diperlukan & ketepikan.
- Panaskan sedikit butter & tumis bawang sehingga wangi.
- Masukkan Minced Chicken & masak sehingga ianya kering & betul2 masak.
- Masukkan Mix Vege & masak sebentar.
- Setelah bahan tumisan telah masak, sejukkan dan ketepikan.
- Campurkan roti + bahan2 yang ditumis + separuh grated cheese & masukkan ke dalam bekas untuk dibakar.
- Masukkan bancuhan telur ke dalam bekas tersebut.
- Hiaskan bahan2 hiasan di atas sekali.
- Simpan di dalam fridge semalaman @ selama 2-3 jam.
- For Bake : Panaskan oven. Keluarkan bahan yang disimpan di dalam fridge & sejukkan sebentar lebih kurang 15 minit. Kemudian, bakar bahan tersebut selama 30-60 minit (160c) @ sehingga masak bergantung kepada ketebalan bekas yang digunakan.
- Setelah masak, sedia dihidang.
- Selamat Mencube! (^_~)