Alhamdulillah.... haritu, hubby tercinta ada bg cadangan untuk buat kelas tuisyen. Ntahla, kalau ikutkan sebelum ni pun ramai org bg cadangan. Tapi, minat belum timbul lagi. Lepas hubby cakap tu... Ntah kenapa, datang satu semangat yang aku sendiri pun x sangka aku sebenarnya berminat untuk mengajar. Nak apply jadik pensyarah bukan x nak.... Tapi, takut kena buli ngan student je... Hehehhe.... xdek la :-P
So, Balik rumah je lepas hubby cakap, aku terus surf kat internet pasal tuition class ni. Tgk standard rate berapa & apa yang patut aku buat... So, aku pun dah survey buku2 kat kedai... Flyers pun dah separuh aku edar pagi tadi sebelum pergi pasar... Aku letak kat kereta2 kat 2 blok kat taman ni... ade banyak blok. Esok aku sambung lagi. Tak pe... slow2... Marketing punye hal, aku akan buat secara continuous sbb bile berterusan... akan bg minat kat orang. Mudah2an la... berkat doa suamiku... ehehhe...
So, aku plan akan ajar budak Darjah 1 sampai Form 5. Darjah 1-Form 3, ajar Matematik. Form 4 & Form 5 ajar Prinsip Perakaunan.
Harap2 membuka mata ibubapa kat sini la... Sbb, x sure pulak aku ade kelas tuisyen kat area Taman U tu... Tak kisah la... yang pastinya, kita niat untuk berkhidmat bg ilmu kat orang.... Dan, aku bersyukur sbb minat tu muncul jugak.... Buat bondaku, terima kasih jugak sbb darah guru itu tetap mengalir dalam diri anakmu ini.... InsyaAllah... Mudah2an segala2nya berjalan dengan lancar...
Buat sesiapa di sekitar Taman U & Taman Pulai Utama yang ingin mendapatkan khidmat 'Home Tuition', sila lah call Cikgu Siti ye... InsyaAllah... anda tidak akan sia-sia membayarnya....