Alhamdulillah.... dah separuh Rejab & hubby x ponteng lagi puasa sunat dalam bulan Rejab ni. Aku? dah awal2... sbb masalah wanita. ehehheh... dan, oleh kerana pg kene bgn tuk sediakan sahur, alang2 aku pun join la puasa. Pastu, segan plak bile x puasa sorang2... boring kan. So, dalam masa yang sama kite leh dapat keberkatan. InsyaAllah... (p/s : nasihat tuk diri sendiri jugak tuk rajin2 puasa sunat...)
Okla. Ni salah satu menu semalam. Wp smlm kami buke pose kat luar, aku masak siap2 tuk sahur. Senang, bgn tinggal masukkan dlm oven, panaskan... Tak larat de nak bgn mengopek bagai...
Ok2 jom tengok bahan2. Oh ye, resepi ni dapat dari Majalah Rasa keluaran Jun 2011 di mana aku dah upgrade & downgrade resepi tu ikut citarasa sendiri....
Ayam Goreng Mentega
Bahan (untuk Goreng Ayam) :
- 1 mangkuk isi ayam yang dipotong kecil (basuh & toskan)
- 2 ulas bawang putih (racik halus)
- 1 sk serbuk paprika
- 1 sk serbuk lada putih
- Garam & perasa secukupnya
- Tepung gandum secukupnya
- Minyak untuk menggoreng
- Sedikit mentega
Cara2 :
-
Perap ayam sekurang2nya 1 jam bersama bawang putih, serbuk paprika, serbuk lada putih, garam dan perasa. Setelah itu, panaskan minyak dengan api sederhana. Salutkan ayam yang diperap dengan tepung gandum & goreng sehingga kekuning2an. Angkat & ratakan dengan mentega. Ketepikan.
Bahan2 (untuk sampingan) :
- 4 biji kuning telur
- 2 tangkai daun kari
- 3 biji cili kering (potong halus)
- 50ml susu cair (xletak sbb xde. so, gantikan dgn air)
- Sedikit serbuk lada putih
- Garam secukupnya
- Sedikit minyak
- Sedikit mentega
Cara2 :
-
Kacau kuning telur bersama2 garam, serbuk lada putih dan susu. Pukul rata. Panaskan minyak dengan mentega dengan api sederhana. Tuangkan telur yang dipukul tadi dan kacau mengikut arah jam. Kacau sehingga bersarang dan garing. (huhu silap ape ntah smlm...x garing sgt. rasenye minyak jgn banyak2..) Kemudian, angkat & hidangkan ke atas ayam yang telah digoreng tadi.
p/s : sedap tau rasa perapan ayam tu...